Thursday, May 31, 2012

a messy week!!

hye, assalamualaikum!


minggu nii macam minggu huru hara rasa aku!  memula dapat berita gembira my fren Mek Zaa dah selamat deliver her new baby girl.. congrats yang! happy 4 u... esoknya plak dapat bad news from my fren, Fatenton  , abahnya meninggal dunia.. takziah, be strong dear! terkilan sangat sebab tak sempat melawat arwah masa sakit, memula dapat news zaa bersalin, dah plan nanti nak gi sekaligus jee, tapi kita hanya merancang, tuhan menentukan segalanya.. takat harini tak sempat lagi pegi menziarah family Fatenton....


pastu minggu ni jugak anak-anak demam on off, syaqir sakit perot, muntah-muntah... tengah-tengah malam bangun muntah, cerry berry.. aqif plak demam, panas badannya.. tido tak lena 2 3 malam, jaga dua-dua anak.. lagi-lagi aqif, nak kena tuam, lap badan dia, takut suhu badan naik...


mujurlah my boss outstesen, kemarin halfday, semalam cuti.. ni jap gi pon aku nak balik, buat keje tak tenang selagi anak tak betol-betol sihat.. entry pantas nii.. tak meriah takde gambor sebab tuan belog pon kelam kabut dah ni.. esok kami balik kampung, kenduri kawin my BIL.. doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik ye kawan-kawan..



**tak sempat BW belog kawan-kawan.. sorryy**

Sunday, May 27, 2012

saya jeles sama mereka

hye, assalamulaikum! :)


ya! aku jeles sangat! aku jeles dengan mereka-mereka itu.. bagi aku mereka insan yang bertuah... sungguh aku jeles! jeles sejeles-jelesnyaa.. jeles! jeles! jeles!! *berapa banyak jeles nii huh?? lol*


aku jeles ngan sape?


google


jeles ngan orang berlaki kaya?  ohh no no no.. itu sudah jodoh mereka, buat apalah kita nak jeles ngan mereka? lakiku walau tidak sekaya sultan brunei, tapi dia rajin pujuk saya ketika saya merajuk... walaupun perkara-perkara kecik... memang ngada-ngada.. tapi itulah lakiku, rajin memujukkkkk.. tak kaya pon takpelah yang, i sayang u sokmo! :P



google



ermmm jeles ngan orang berlaki hensem?? arghhhh pleassssseee *dua-dua tangan bengkok ke bahu, mata ke atas* muka hensem pon takat manalah sangat kalau perangai macam ^$%^&*^%$ .. sekadar sedap mata memandang sudah..



google


jeles ngan orang pakai kete besar? rumah besar? wang besar? laki besarr? takkkkkkkkkkkkkkk.. tak pongg.... tu rezeki memasing.. ke manalah sangat harta yang ada tu kalau diri sendiri kekurangan kasih sayang.. susah nak kata kan...


okey fine, yang sebenarnya aku jeles sangat ngan wanita-wanita yang bergelar full housewife atau surirumahtangga sepenuh masa nak gak english dulu :P  bagi aku mereka sangat bertuah sebab dapat jaga anak-anak dengan tangan sendiri.. tengok anak membesar depan mata sendiri siang dan malam, arghhh alangkah bahagianya jika hidupku juga sebegitu!



google



kalau laki aku gaji 20k, memang takde maknanya aku menyusahkan diri aku bekerja! tu memang aku dah cakap kat encik suami... nak jee duk rumah, jaga anak-anak, jaga makan pakai laki... bukan kata sekarang tak jaga anak sendiri, jagaaaaaa.. bukan kata sekarang tak jaga makan pakai laki... jagaaaaaaaaaaa.. tapi tak sepenuhnya kan.. sebab komitment kejeeeee...


bertuahnyaa mereka dapat jaga anak sendiri.. macam sekarang kita hantar kat pengasuh or taska, takat ni anak-anak aku alhamdulillah dorang jaga okey.. tapi manalah sama orang jaga anak kita ngan kita jaga anak sendiri kan..


google



sejak beranak dua ni bertambah-tambah perasaanku memberotak nak jaga ank sendiri.. rasa nak berenti kerja, rasa nak tumpukan sepenuh perhatian pada anak-anak dan rumahtangga, tapi tu satu keputusan besar yang aku kena fikirkan... lagipon laki tak gaji 20k lagi..haha :P tunggu 10 thn pon laki tak gaji 20k gaklah..kekeke


sekarang ni, teruskan je hidup macam biasa..kalau berkerjaya ni ada dugaan dan cabarnnya.. kalau jadi fullhousewifey pon sama jugak, ada dugaan dan cabarannya jugak.. dalam hidup ni buat apa-apa pon memang akan ada cabarannya kan.. terpulang kat kita untuk melaluinya :)




**selingan**




ni kat airport minggu lepas masa hantar Kak Long mengerjakan umrah..


dorang berangkat jam 11 pagi.. keluar airport masing-masing kelaparan..singgah Cyberjaya pegi makan dulu sebelum pergi rumah my sis, Wani.. ni bubur c kecik aqif, sekarang ni haruslah berbekal bagai kalau keluar jalan-jalan.. kalau tak mau merengek jee.. mana cukup minum susu jee..


merengek pon comel anak ibu nii!  eiii geram ah! kata abg aqir :D







**harini kan bos kite kan cutiiiiiiii, kite boring giler dah niiiiiiiiiiii tak tau nak watpee..ayoooooooo**





Thursday, May 24, 2012

petua banyakkan susu ibu

hye, assalamualaikum! :)



aku perasan sejak 2 minggu kebelakangan ni, production susu makin menurun.. arghhh tidakk! *cepat-cepat tenangkan diri*... aku tak tahu aku ada silap makan ke, minum kee.. ermmm.. susah nak cakap.. nak cakap hormon aku n emosi aku yang tak stabil ke apa, tak jugak.. takde apa-apa yang membebani kepala otak yang buat aku tensyen sekarang ni..


about the environnment at my opis tu biasa dah, alah bisa tegal biasa dah pon.. sepanjang setahun lebih berpindah ke sini, takde sehari pon yang buat aku happy gilaaa datang kejee.. tapi aku dah tak ambik pot dah sume tu sekarang ni..lantak ah! buat sakit pale otak jee nak mikir hal tu, banyak lagi menda-menda lain aku nak pikir... janji keje aku jalan, bos aku tak bising ngan aku....


tapi serius aku cakap production sekarang agak teruk.. biasanya memang aku pump 2x sehari je kat opis.. pukul 11 pagi ngan 4 petang... gapnya panjang sangat kan.. tapi dah terbiasa camtu.. 2x pump tu selalu dapat dalam 15 ke 20oz..


tapi sekarang ni sekali pump baru dapat 6oz, sebelah petang lak tak sampai 4 oz... sedehnyaaaaaaaa... tapi tetap syukur, masih ada rezeki untuk Aqif minum... cuma tulahh.. merudumlahhhhhh :( kalau balik rumah, dah siap pump mesti syaqir datang dekat aku, bila dia tengok susu tu sikit cepat-cepat ah dia cakap "cikitnya cucu adik buu, ciaaannnnn adik" hihikkk comel! tapi aku tetap syukur, aku cakap "ermm takpe, alhamdulillah ada jugak rezeki adik nak minum nii, nanti ibu pump lagi banyaklahh"



so, here i want to share some tips or petua yang boleh menambahkan susu ibu.. sharing is caring :)




google
arghhh...tengok gambar ni tiba-tiba tak sabar nak balik bf kan my baby aqif!



Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. 

Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :




1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.



2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.



3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu



4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.



5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.



6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.

• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.

• Ambil suplemen yang sesuai jika tubuh selalu lesu & tidak dapat memenuhi kuantiti susu yang diperlukan.

• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.



7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.



8. Petua masyarakat kita:



* Cekur Manis


Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com



* Kacang Tanah


Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini



* Air Longan


Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)



* Halba dan Jintan Hitam


Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba



* Bunga Melur


Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.



Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com



* Lobak Putih


Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.



* Pucuk Betik

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.



* Tuaman Daun Sirih


Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak


* Jantung Pisang


Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.



* Makanan Tinggi CLA


Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.




Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.



Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.



* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu



* Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu


1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.

2. Jambu batu – makan begitu sahaja.

3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.

4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.

5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan

sebelum dimasak.

6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat

7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi

8. Barli – air atau bubur barli.

9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.

10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.

11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.

12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe

13. Air horlicks

14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)

15. Teh hijau jepun

16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.

17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.

18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.



Sumber http://www.surijunior.com/2011/10/petua-banyakkan-susu-ibu.html

Wednesday, May 23, 2012

itik yang comel

hye, assalamualaikum! :)


gini alkisahnya, kunci rumah kitorang ada 2 set, satu aku punya, satu lagi dia punya.. tapi sekarang ni kitorang share je kunci yang sama sebabnya kan abang aku ada tinggal sekali kat rumah sementara dia cari rumah sewa.. so, aku punya kunci tu bagi Abang pegang, yang cik suami bagilah kat aku, sebabnya cik suami balik lambat, kitorang dah sampai umah, baru dia sampai...



hari mula-mula dia nak bagi kat aku tu, dia keluarkanlah kunci rumah tu daripada set kunci-kunci dia tuu.. kunci dia banyakkan.. kunci motor, kereta, kerja..banyaklah.. pastu dia dah keluarkan tu, dia cakap takde keychain nak gantung.. aku cakap kat dia letak jelah dalam handbag aku... nanti sampai opis aku gantungla kat opis..sebab kat opis banyak keychain.. dorang yang pegi overseas tu banyak bagi ole-ole kan.. pagi esoknya, dah sampai opis aku ambiklah kunci tu dari dalam bag tuu.. tengok-tengokk

*



#



*



#



*



#



*



dia gantung kunci ni kat pin Aqif..tergantung ngan seekor itik pink comel disitu..hahaha.. tergelak aku sorang-sorang :P agaknya dia nak bagi aku senang cari, takot tercicir sebab ada 2 anak kunci kan..haha



aku dah keluarkan pin itik pink comel tu, gantikan ngan keychain singapore ni.. nak letak yg eiifel tower punya keychain takdapat lak.. rupa-rupanya dia punya cincin tu eksyen jee macam keychain, puas aku godek-godek tak mau terbukak line cincin keychain tu.. untuk hiasan jelah..tak boleh gantung kunci...





**harini dah kamis, esok jumaat dah.. kejapnya masa berjalan sekarang ni kan.. puasa ada sehari tak terganti lagi :P**



Tuesday, May 22, 2012

which one do you prefer?

hye, assalamualaikum! :)


sebagai wanita berkerjaya *sangatlah konon :P*, aku nak tanya, korang prefer beli ke or masak on weekdays?  kalau tanya aku ni, dengan beraaaatt menjawab "beli jeee".. tehee!  korang?? korang?? hehh! samelah tuu..ye takk?  :D



google
masaklah sangat kann :D



masa kat umah lama dulu, memang aku beli jee hari-hari kerja... memang jarang sangat berasap dapor umah kalau hari kerja.. nasik pon beli.. punyalah bertuah laki i! haha!  nak kata tak masak langsung tu ermmm adalah jugak masak... tapi simple-simple jelah.. bila time datang boring dah tak tau nak makan apa.. tengok ada barang masak, aku masak jelah... tapi bila weekend, aku memang akan masak betul-betul, orang kata masak pon banyaklah lauknya :P  sebab kitorang every friday memang akan singgah supermarket beli stok masak, bila penuh sepeti ais tu, rajinlah masak kan.. tak rajin gak memang kena cepuk ah ngan laki! haha


google
gambar hiasan semata.. takde makna aku masak meriah gitu..heh!



sejak duk rumah baru ni lak, memula pindah dulu hari-hari aku masak hari kerja tau.. uissshhh... mood dapor baru kat rumah baru, rajinnnnn masak kau! :P  bila masak tu plak, kalau ada lauk lebih, masuk fridge, esok bawak bekal ke opis.. jimatt sangat... plus, aku ni jenis pemalas nak turun kantin.. makan nak, turun pergi beli malas, bagos! :P


sekarang ni, mood masak dah mula terhakis sikit demi sedikit.. aissshhhh.. sangat tak elok kan... bukan apa.. sebabnya sekarang ni jarang sangat keluar pergi beli stok barang masak.. dedulu balik kerja ngan cik suami, tiap jumaat pergi supermarket borong barang masak, sekarang ni balik sendiri.. cik suami kerja hari sabtu... sape nak bawak gi supermarketttt? kalau beli pon gitu-gitu je kat kedai runcit kat rumah.. jadinya, kalau masak pon gitu-gitu jelah.. *macam sedihhhh jee..:(*


kadang tu aku kirim je kat akak aku belikan lauk kat luar.. weekend beli lauk kat luar? seeee?? isshh issshh :P faktor persekitaran pon mempengaruhi mood kita untuk masak sebenarnya.. macam sekarang kat area rumah baru ni, banyakkkkk sangat stall n kedai-kedai makan, medan selera, so banyak choice, lagilah mood malas masak membuak-buak :D  fikir-fikir, takat nak makan 2 orang, penat-penat kerja, balik nak masak lak, ermmm baik beli jelah.. kalau masak, beli bebarang masak pon dah bape inggit, penat lagi masak, tulah lagi senang beli jee tuu :D



google
eh, dah lama tak projek kek lah! :D





**ermmm kalau dah gitu kekdahnya, skill masak pon lari wehh!  dahla memang tersedia kurang pandai masak, lagilah terkurangg.. adehh! (-,-)**

banyak complain!

hye, assalamualaikum! :)


cik suamiku memang kuat komplen.. komplennnnn je kejenyeee...... ehh cop! bukan komplen apa pon.. nak cite dia tu suka sangat komplen apa yang aku pakai.. which is very-very good sangatlah.. sebabnya kita ni tak nampak apa yang kita pakai tu sebenarnya okey ke tak okey.. walaupun pagi -pagi dah setengah jam duk membelek-belek depan cermin... mata kita tak sama ngan mata orang yang tengok kita kan..


google
gambar hiasan semata-mata



lagi-lagi bila suami sendiri tegur "eii sayang nii..mane elok pakai baju tu", "tudung tu singkat sangatlah", "kain tu jaranglah" macam-macam lagilah.. tang tu bagi aku memang perlukan teguran daripada dia.. hey, dia yang tanggung dosa kita kot... apa-apa kita pakai ni, dosa pahala sume dia tanggung kan.. sebagai isteri kenalah ikot apa yang dia bagi n tak bagi pakai betol tak? :D


tapiiiiiiiiiiiiiii... apa yang dia suka komplen yang buat aku, somentimes macam argghh, takkanlah tak bolehhh?? errmmm :(  dia sangat pantang kalau aku pakai baju kaler-kaler soft, pucat, kaler coklat..haa siaplaa.. dia cakap tu kaler-kaler orang tua.. okey fine... baju kaler-kaler tu memang aku dah tolak tepi dalam almari kat umah tu... tapi kadang-kadang aku buat deeeeekk jeee.. pakai gak... sebab sayang kot baju-baju tuuu.. masa kita beli kain kita tanya dia cakap ikotlah... okeylah kot, bila dah siap baju, kita pakai dia komplen lak, tak bagi pakai :(


google
jangan harap dia bagi aku pakai english cotton color-color cam gitu :(



than, tang tudung.. aku ni memang syrian scarf yang tegar... hari-hari memang pakai shawl ngan inner syria and tudung syria tuu.. tudung awning keras tu memang jarang sangat pakai... bawal lak lagilah dah lama gila tak pakai...  tapi sekarang ni kan dah back to the oldies.. tudung bawal dah jadi trend balik..


google


actually bawal tak lapuk dek zaman kan.. memang evergreen.. aku je yang tak pakai sejak start keluar tudung express awning keras tu, tudung syria, shawl, pashmina bagai... pastu sekarang ni malam-malam nak iron baju kadang-kadang ada tudung n shawl yang tak match, pastu tengok stok bawal yang tak gerak-gerak tu ada yang match, tanyalah kat cik suami... "b, leh tak syg pakai tudung bawal ni?"  cepat-cepat ah dia jawab "eii takyahlah, tak lawo" okeyy fine.... cantikkkkkk sangat bini dia ni sampaikan kalau pakai tudung bawal terus tukar jadi tak lawa *lol*



google
the very the lady gaga



bab kasut pon ikotkan dia nak komplen jugak... sebab sekarang ni aku dah tak pakai heels, wedges.. pakai flat jeee.. yang tu alasannya  aku cakap sebab petang-petang balik keje aku nak kena ambik 2 orang hero kecik kat taska.. so, kalau dengan heels, wedgest mau terpeleot tetengah jalan sapa nak jawab? so, dia diam, takleh cakap apa.. tapi bila sesekali aku pakai dia ngomellah "barulah sexy skit"... sexy yeee??? muahahaha! yolah cayang! :P


google



then, makeup.. dedulu pagi-pagi pegi keje kemain makeup.. sekarang ni eye liner, blusher, tu jee.. lipstik pon tak!  bukan apa, lipstik tu aku memang sengaja tak pakai sebab kalau berlipstik, bergloss bagai rasa tak puas ciom anak-anak.. lagi-lagi nak gomol Aqif puas-puas... hehehe... pastu bila sampai opis naklah touchup taruk lisptik balik, tapi terus datang kat kepala hotak ni "kat opis, depan laki orang kemain nak berlipstik, depan laki sendiri pucat lesi jeee" terus tak jadi berlipstik.. jawabnya sampai petang memang tak berlipstik.. petang lepas solat lagilah tak kuasa nak berlipstik :P  tapi tang makeup ni cik suami kurang skit komplennya :D


gitulah kekdahnya laki aku.. bab-bab pemakaian aku memang dia cakna habis.. eh lagi satu, tertinggal! tang handbag.. ermm samalah.. suka gak komplen, macam orang tualah, tak cun lah, tulah, nilah... sebab tu kalau nak beli handbag ke, kasut ke, aku kena pegi ngan dia jugak, kalau gi ngan kekawan memang aku takat belek jelah, nak beli idaklah sebabnya nanti balik umah ada orang komen, pastu komplen, pastu dia tak bagi pakai, haaa kan membazir jeeee :D


google



bagi aku, aku tak kesah dia nak komplen tu ini pon, n wajib kena ikot apa yang dia tegur n larang sebabnya kita sebagai isteri, berhias ni wajib untuk suami kita kan.. biarlah sedap dan elok dipandangan suami kita.. lagi pon macam aku cakap tadi, dosa pahala apa yang kita pakai ni kan suami kita yang tanggung.. yang penting niat dalam hati apa yang kita pakai tu adalah berhias untuk suami kita semata-mata.. pahala dapat, suami pun suka.. bertambah-tambah sayangnya! cewah! :D





**petang baru dapat update, bizilah weh**

Tuesday, May 15, 2012

quality time with family

hye, assalamualaikum! :)


semalam kembali berkhidmat untuk negara.. hari jumaat memang dah apply cuti.. tapi hari senin  tercuti.. EL lah.. penattttttttttttttttttt badan.. sebab on weekend tu ada kenduri doa selamat rumah makcikku, sempena mereka akan pergi mengerjakan umrah weekend nanti... sama-sama ngan Kak Long n Abg Long aku... penatnyaa badan macam aku tukang masak.. bolehhhhh?? padahal tolong buat rempah ayam goreng jeeeeeee.. alah kira adalah jugak sumbangan tenaga aku kann.. walaupun realitinyaa kejap-kejap ribakan si Aqif nenenlah..apa lagi hihikkk


dua beradik berjubah... alamak, cekcilah pulak tershelak jubah Aqif :P








abang aqir macam biasa.. tak habis-habis dengan peace dia :D


ibu diaa? berjubah bagai jugak! anak sulong dah nak dekat bahu mak dah... betapa 'comel'nyaa ketinggianku... ohh tidakk! :P



dua minggu berturut-turut nii penuhlah agenda kami adik-beradik... mak datang kl sebab dorang berangkat hari ahad nii..pastu siaplah agenda kami pulak... orang tua tu kalau datang kl tak bawak jejalan memang tak sah.. paling kurang her feveret place ke IKEA!  tapi yang aku sentap tiap kali dia datang mesti tetengah bulannnnnnnnn.... ayoooooooo.. haritu call dia dah sound aku suruh bawak dia jalan-jalan umah adik aku kat Cyberjaya.. order siap-siap nampak! haruslah kena turutkan jugakkkkkkk :D


tambah, sekarang ni abang aku pun dah tinggal kat rumah aku.. dia dah keje kat kl dah... lagilah meriah kitorang adik beradik kat sini.. sume hangkut duk kl.. tinggal mak ngan adik bongsu je kat kampung.. sekali-sekala mak datang kl memang seronok... lalalala  sambil nyanyi riang ria dalam hati...





**dapat spend quality time with family sekali-sekala memang menyeronokkan kan.. sayang dorang ketat-ketat :D**

Wednesday, May 9, 2012

my breastfeeding (bf) journey

hye, assalamualaikum! :)


harini usia Aqif dah 6 bulan 10 hari.. alhamdulillah.. till today he's still full breastfeed.. n i of courselah officially a fully bf mummy! exclusively tau! sebab dah lepas 6 months kan... syukur ya tuhan! *tadah tangan..aminn* now, my journey of bf diteruskan lagi.. jika diizinkan olehNya nak sangat-sangat sampai 2 tahun *sambil doa dalam hati*


bunyi full bf, tapi caya tak korang kalau datang umah aku, bukak fridge kat dapor umah aku *ade ke orang gi umah orang pastu masuk dapor, cek peti ais tuan umah..lol* korang cek kat deep freezer atas tu, takde sebotol pon stok ebm aqif kat freezer... yang ada cuma kat fridge bawah jeee... tu jelah stok yang mensurvivekan aqif... stok aku sekarang ni cukup-cukup sedang-sedang elok untuk sehari dua jee.. kalau pagi-pagi bawak beberapa botol bagi kat pengasuh, adelah tingaal 2 3 botol lagii.. tu jelah.. tapi tetap syukur sangat-sangat..

google
ermm memang takdapatlah nak simpan stok ebm banyak gini..jeles sangat tengok dorang yg dapat simpan buat stok sebanyak gini :(



tapi takpe, aku kuatkan semangat jugak.. bf mummy tak boleh down semangat, nanti susu lagi tak meriah... bukan tak penah simpan buat stok, pernah.. ada... masa dalam pantang haritu banyak sangat... tapi disebabkan aku cetek ilmu lagi psl bf sume ni masa tu, susu tu dah rosak, aku tak konpiden nak bagi minum kat aqif... bila googling, tanya kawan-kawan at last aku ambik keputusan buang je stok-stok tuu.. macam nak menanges masa tuuu...


masa sebelum habis cuti pantang aku gigih nak buat stok, tapi masa tu susu aku kurang meriah.. baby aqif banyak minum direct, bila pump sikit sangat hasilnya...  bila dah start keje, alhamdulillah susu kembali meriah, tapi tak dan kejar nak simpan stok.. takpe janji stok yang ada tak pernah putus...


kawan yang memula banyak bagi suppot kat aku si Rose.. masa aku dalam pantang dia call n offer pinjamkan breast pump dia.. syukur.. jimat dah kat situ.. info pasal bf pon banyak refer dia..hihikk.. pastu Shila pon suppot me, pinjam breastpump dia masa hantar servis yg Ros punya pump.. senanglah masa tuu satu letak opis, satu letak rumah... pastu c Shila dah pregnant dia dah mintak balik dah dia punya.. awal prepare untuk 2nd baby ekk..bagos! semangat-semangat! :D

google

sekarang gigih mengusung pump ni ke hulu ke hilir..pagi-pagi datang opis..petang-petang balik umah.. yelah dah ada 1 jee.. ingatnya nak jugak beli yang sendiri..takkan sudah pinjam orang punya kan.. sekarang tengah survey, kalau boleh nak yg practical n senang bawak ke hulu ke hilir...



setakat ni aku tak penah ambil apa-apa suppliment untuk bf nii.. susu pon tak minum *aisshhh*... ada baru-baru ni sekali susu macam down sangat.. aku dah survey pastu jumpa yang pil ASI tuu.. tapi aku tak berani nak makan sebab tak berapa yakin n apa kesan dia.. sekarang ni cuma  jaga pemakanan jelah.. banyakkan makan sayur-sayuran, produk tenusu, kekacang... *kadang-kadang langgar etika pemakanan gak aku nii..makan ikut sedap mulot je*



tapi alhamdulillah susu sekarang dah kembali meriah.. syukur.. stok sekarang pon dah banyak sikit.. sebab aqif pon dah start makan... cuma sekarang ni aku tak boleh lagi nak tinggal aqif.. contohnya esok suppoosely aku kena ke Kuching, Sarawak.. kursus kat sana 3 hari... aku tak konpiden nak tinggalkan dia lagi.. susu kompom-kompomlah tak cukop.. cik suami lak awal-awl dah sound "ehh, mana boleh..tak bole, tak boleh.. dahla sekarang aqif dah start makan..takkan B nak bangun masak bubur sume"  hahaha.. saje aku bagitau dia, tapi memang aku dah cakap awal-awal takpat joint kursus tu kat HR..


ape pon, i enjoy sangat-sangat being a full bf mummy.. tak ralat, tak susah, tak leceh, tak menyusahkan, tak memalukan *ada setengah org malu sbb fikir cmne nk bf bby kat public sume*..... nak seribu daya, taknak seribu dalih...  so, to all bf mummy teruskan perjuangan kita yee kawan-kawan! demi kepentingan dan kesihatan anak kesayangan kita semestinya! cayok-cayok! ;)



google
sekarang ni pegi mana-mana, memang selalu bawak bf cover nii.. kat mana-mana pon selak jelah, kan dah cover.. hehe
*eh sebijiklah pulak bf cover minah salleh ni ngan aku punya, tp i punya color hitam :D*





**esok cuti..yayy yayyy!!**




tertinggal 'calong'! *entry pantas*

hye, assalamualaikum! :)


ini entry pantas ye kawan-kawan!  ekoran entry Tumis Laksa last day, aku baru perasan... dalam tu beria duk explain "tumis laksa ni taruk calong banyak-banyak baru sedap tau kawan-kawan".. tapi dalam resepi yang aku bagi tu haram takde masukkan calong! ahahaha *gelak besar-besar*


dibuatnya kawan-kawan yang dah set nak masak tu, tengok-tengok takde aku sebut masukkan calong *kawan-kawan dah tau calong tu apa kan*, haaa ni nak bagitau, masa masukkan sayur-sayur tu, boleh masukkan calong sekali ye kawan-kawan... pastu barulah masukkan mee kuning... hikhikkk :D




google
agak-agak tak tau rupe calong tu, aku membaikkan hati googling rope calong..
nilah dia calong yee kawan-kawan :D






*taknak tengok video ibu kejam dera anak dia.. tak sampai hatiiiiii.. macam tu punya olang pon ade ke???!!!**



Monday, May 7, 2012

tumis laksa

hye, assalamualaikum! :)

pelik ke bunyinya tu? pernah dengar tak? tengok? makan? apatah lagi yee.. ehehe.. ini menu masakan terengganu.. korang akan jumpa menda alah ni kat terengganu jee.. kat lain takde rasa aku.. sebab tak penah jumpa lagi kat tempat lain... ada setengah orang ganu panggil mee rebus.. ada panggil mee calong.. tapi aku sefamily panggil tumis laksa..  nak tau rupanya camana?


**





**






**





eh takde lagi? main cak cak nampak :D





**







haaa ni dia Tumis Laksa! slrrrpp! taruk calong banyok-banyok! sedapp!


pecah telor sebijik memang sedap!


haa ni paling tak menahan ni! nostalgia habis! tumis laksa ni sedap dimakan dengan nasik! kalau ada tumis laksa ni takde lauk lain dah sedap sebab dalam tu dah complete ada ayam n sayor-sayoran.. masa kecik-kecik dulu nilah lauk feveret aku adikberadik.. memang terangkat! makan sampai licing, hirup kuah dalam pinggan tuuu.. makan lak reramai ngan kawan-kawan sekampung kat beranda rumah! fuhhh! sepinggan sorang tak cukop! :D


haaaa budak ni pon layan tumis laksa! siaplah makan nasik bertambah-tambah!


cehhh! thums up ko! :P


nahh! tengok! habis licing syaqir makang! hehehe






bagi korang, mesti tengok tumis laksa ni macam mee sup biasa jee kan... tapi ce korang try sekali buat, nak cari kat kl or mana-mana tempat memang takde.. masak sendiri.. cuba rasa kelainannya.. nak masak mende ni senang jee.. mudah sangat-sangat.. kata orang terer masak macam aku ni, main campak-campak jee..kehkehkeh...


oh ye! korang tau ke calong tu apa? okey, calong tu sebenarnya fish ball..orang teganu panggil calong.. tumis laksa ni letak calong banyak-banyak lagi sedap tau!


okey cakap banyak ape de hal kan? tengok resepi pastu try buat sekali! pasni mesti nak repeat buat lagi.. lagi satu terutamanya pada sesape yang kadang-kadang berat montotnak masok dapor, pening kepala pikir nak masak apa tu memang sesuai sangat masak tumis laksa ni, sebabnya all in 1.. ayam ada, sayor ada, mee ada :D

**


bahan-bahan tumis laksa :-

sebungkus mee kuning - basuh bersih-bersih
3 ke 4 ulas bawang putih - diketuk
sebijik bawang besar - dihiris
setengah sudu besar lada hitam - ditumbuk *nak pakai serbuk siap pon boleh tapi kureng sikit ah, tumbuk gak sedap
isi ayam - nak letak banyak mana suke hati koranglah, camporkan tulang-tulang best sikit
sawi - agak-agaklah banyak mana pon
carrot - sama gak agak-agak korang letak banyak mana pon
garam secukup rasa


cara-cara buat tumis laksa :-

1) tumis bawang putih, bawang besar, lada hitam dan ayam hingga naik bau
2) masukkan 2 mangkuk air - didihkan
3) masukkan sayur-sayuran dan mee
4) masukkan garam secukup rasa
5) rebus sampai semuanya sebati dan masak, siap!

*jangan rebus lama sangat, nanti mee tu kembang tak sedap pulak



haaa.. senang kan? pejam mata je weh! sayor-sayoran tu terpulanglah korang nak tambah kobis ke, cauliflower ke, taugeh kee.. macam aku ikut stail mak aku dedulu zaman susah, letak sawi jee, carrot pon kadang-kadang je ada  *emosi la plak..sobss :P* eh korang jangan taruk seafood tau, sebabnya nanti spoil! rasa ayam tu je dah sedap n original lah...letak ayam, sawi ngan carrot pon dah cukop.. memang rasa macam mak buat! eh, tapi mana boleh lawan air tangan mak lah kan :D


okey, selamat mencuba kawan-kawan! :)





*rajin update belog nampak! tehee!*



day after day... now he's 6 months old!

hye, assalamualaikum! :)


perkembangan Aqif 6 bulan :-


~ minggu lepas dah kena cucuk 6 bulan.. haritu 2 cucuk sekaligus.. yg 5 bulan sekali.. sebab masa appointment 5 bulan dia batuk n selesema.. doc cakap nanti combine cucuk ngan 6 bulan.. ciannya anak ibu..kiri kanan kena cucuk *dahla peha gebus macam drumstik kepci..nurse yg tu yg cakap*.. tapi nanges jap je masa cucuk tu.. macam rambolah anak ibu ni! :D


~ dah boleh meniarapkan diri sikit-sikit... baru-baru lagi tengah belajar.. so bila meniarap tu kejap-kejap jee.. mulot lelebih bising suruh orang terbalikkan badan dia balik :)


~ dah start makan masa betol-betol masuk 6 months haritu.. so, dah seminggu aqif makan n seminggu jugak ibu dia gigih menyediakan solid food dia pagi-pagi :D


~ dah pandai panggil-panggil orang.. tiap kali naik lift umah, sape je ada dalam lift tu mesti dia panggil "hey, haii" gitulah lebih kurang :D


~ dah pandai main n capai menan.. main soft toy dia.. pastu masuk dalam mulot.. ermm biasalah kan..


~  sekarang suke ketap-ketap bibir dia.. tengok gaya macam gatal gusi.. nak tumbuh gigi ye bucuk ibu nii ;D


~  suka membebel sambil minum.. kalau tengah nenen, nak jugak bunyi suara dia..pastu abg aqir marah "isshh, bebel lak adik aqif nii..diam ah minum cucu (susu) tu" hahaha *abg dia pelat tak habis-habis :P*


~  suka orang menyembang dengan dia.. kalau duk layan dia tak jadi buat kerja orang tau :D



masyam jee muka.. baru bangun tido..kena kejut ngan ibu nak angkut pegi JJ :D


mamai lagi..


ewahh.. macam maher zain lah pulak..haha :P


nak galok-galok doh :P


sukanya diaaaa.....


dengan ibu.. comot je ibu dia gi JJ..mentang-mentang belakang umah je..haha :P






* puas dapat tengok anak membesar depan mata sendiri.. anugerah terindah dalam hidup :)*



Sunday, May 6, 2012

syaqir's birthday *entry expired*

hye, assalamualaikum! :)



birthday syaqir 13.1.2012..harini dah 7.5.2012 baru nak update.. jahatnya mak dia :P kesian anak.. takpelah omputih kata better late than never kan :D


sebab 4 tahun, so ada 4 slices cake, ada 4 flavour
*ada ke orang buat gini? :P*


bufday boy teruja tengok bufday cake...


time tiup memang dia excited!


sebenarnya beli kek ni dah sehari lepas hari bufday dia.. mak dia frust dah buat oreo cheese cake masa hari bufday dia tu tak menjadi keknya :(.. small celebration kat umah jee.. beli yg slices jelah... takpelah janji tiup lilin kan abg aqir ;D kek-kek tak penting, yang penting kasih sayang ibu kat abg aqir tak pernah terpadam walaupun dengan kehadiran adik aqif..ibu sayanggggg anak-anak ibu :)


eh tetiba pulak ada kari kepala ikan merah?  ini cik suami request nak makan haritu.. bufday anak, bapak yang lebih-lebih request nak makan apa..haha.. takpelah demimu suamiku sayang, ku masakkan jua gulai kari kepala ikan merah itu... 1st time kot.. cik suami thumbs up.. kawwww dia cakap! hehe.. nanti kita repeat buat lagii yeee..  ehh memang ada skali haritu dah repeat dah kalo tak silap.. maklumlah ni berkurun punya gambar :D







*semalam buat sup tulang tapi tak jadi.. silap beli rempah.. rempah yang biasa pakai tu takde.. ermm pangkah dah rempah cap Mak dot dot dot tuuuu :(*



Thursday, May 3, 2012

cubaan demi cubaan

hye, assalamualaikum! :)



gigih meniarapkan diri...


iyahhhhhhh...


setelah cubaan demi cubaan menggigihkan diri untuk meniarap, finally yayyyy! aqif dah nerak ni ibuuuuu :D



kan dah 6 bulan.. nilah masanya aqif meniarapkan dirinya.. tapi kadang-kadang malas jugak budak ni tau! berat tubuh kata tok wang! hahaha... tapi bila dah meniarap tu takdelah lama... mulalah terjerit-jerit panggil orang.. pastu bila orang dah balikkan semula badan dia, terus tersengeh-sengeh, buat muka tak bersalah langsung! :P





pesanan untuk kawan-kawan belogku sayang : sekarang ni stail aku tak balas komen kat entry aku, bukan bermakna sombong yee kawan-kawan... bukan bermakna aku tak appreciate komen kawan-kawan... takkk...takk..bukan..bukann *sambil geleng-gelengkan pala*.. tapi lepas aku baca komen korang kat belog aku, aku akan terus berdesupp ke belog korang n mengkomen entry kat belog korang lak ok? deal? *salam*  jangan malas-malas komeng tau! ;D*