Monday, September 24, 2012

ICT vs SCT

hye, assalamualaikum! :)


kitorang kan kalau tiap kali balik kampung, mesti pekena ICT.. kalau tak, rase tak lengkap je aktiviti balik kampung!  eh cop! bukan ICT kat shah alam, ni ICT refer to the Ikan Celup Tepung! muehehehe.. tulah nikmatnya kampung di muara pantai (?) bukan muara untuk sungai jeke?? okey abaikan penulisan ayatku yang semakin tak betol lately ni kan.. 





this is the ICT.. ikan segar dari laut :D


 
ini lak SCT --> sotong celup tepung.. pon segar dari laut :D


makan tak hengat :P


abang aqir yang garang :X


mak budak yang gelojoh.. hahahakkk :P



 ermm ni masa yang cuti raya tulah *berzaman punya cerita*.. makan lima orang, teh o ais, ngan ABC sume sekalai berapa entah.. lupe dah.. dah lame benor.. hihi.. tapi sangat murah berbanding kat Pantai Teluk Ketapanag.. oh yee, fyi, ni we olls makan kat Pantai Batu Rakit tau.. cadangnya nak makan kat gerai Pok Nong *alaa yang masuk JJCM TV3 tu* tapi Pok Nong cuti raye gi aritu, tak niaga lagi.. ni pergi kat gerai yang lagi ke depan skit *macamlah u olls nampak kan*lol*.. okey jugak rase die, n still murah *tapi dorang kata Pok Nong tu lagi murah, ye ke dok?? hehehhe*






**ada masa update entry seketoi, wehhuu! :D**






Monday, September 17, 2012

rasa tercabar!!!

hye, assalamualaikum! :)



eh, takde yang tercabar, mencabar, dicabar pon!  saje je pon buat tajuk kasik gempak biar korang cepat-cepat terjah belog i olls! gempak keeeeee? padahal u olls tak heran pon kan! aisssyyy.. lately takde masa sangat nak update belog, curi-curi bw pon kejap-kejap jee... 'banyak kerja sangat' kekdahnya... phewwwwwwwww..




taknak cakap pasal kerja, mencacatkan mood blogging jee *lain macam lak bunyiknya hahaha*.. dah lame tak cerita kesah dua orang hero cilik aku tu kan.. yang abangnya dah 4 thn 9 bulan, adiknya dah 10 bulan ++.. lagi sebulan lebih dah setahun... oohh how time flies! tak terase pon.. aku rasa macam dia babyyyyyyyy jee lagi *sebab gigi tak tumboh-tumboh, haha*

















dah besar dah budak ni kan?  tengok-tengok dah pandai makan sendiri.. hehe.. ibu dia je kejam dah lame sangat tak update pasal aqif kat belog.. now aqif dah 10 bln setengah.. dah pandai duduk sendiri tanpa disokong, mulot memang bisinglah, kalau dah membebel payah nak berentinya.. pastu suka lawan jerit-jerit ngan abang.. abang jerit dia jerit.. jerit sampai tak terkeluar suara.. pastu abang geram kat adik siap cakap "eii geram ah adik aqif ni, comey sangat".. anak-anak ibu memang comel :)



pastu aqif ni giginya tak tumbuh lagi sampai sudah, haritu duk demam sampai berat turun, tu pon nampak lagi badan dia dah susut, tak bambam macam dulu dah..dah tak geram kan.. masa die duk demam tu ingatkan dia nak tumbuh gigi, tapi tak pon.. demam pandai menda lain *bukan pandai mintak adik ye kawan-kawan :P*



then, merangkak pon tak.. mengesot *betol ke spell tu :P*  ke belakang jeee.. asyik reverse jelah, ke depan baru pandai.. kalau tengok die ngesot macam kesian jee.. lagi-lagi time nak ambik barang menan, nak cepat gayanya tapi tak berapa laju sangat pon.. hehe, its okey dear, enjoy your growing phase ok ;)



ermm lagi apa ek.. ermmm.. haaa.. kaki dah laju.. eh bukan laju jalan.. kalau kita pegang dua tangan dia memang selambe deek jee dia jalan.. memang dah kuat benor dah kakinya.. pegang sebelah tangan pon dia try jalan.. hop anak ibu cepat jalan tak macam abang aqir dulu setahun 3 bulan baru jalan..hehekk.. kalau kat sofa tu pon dah pandai pegang n bangun sendiri :)


makan pon dah macam-macam.. means bukan bubur jelah saje.. buatkan cucur kentang, yang lembek-lembek jelah.. nak kata variety sangat tu tak jugak.. tak berani lagi nak bagi yang keras-keras sebab dia takde gigi lagi kan... ermm tu jee perkembangan aqif.. alhamdulillah sihat sempurna seadanya.. oh ye! lagi satu! till now, he's still full bf tau! alhamdulillah! harap dapat sampai 2 tahun.. harap sangat-sangat :)






haa ni plak abang aqir.. makin besar makin nakal perangainya.. makin ngada-ngada.. kadang-kadang tu letih nak melayan mood merajuknya tuu.. merajuk tak tentu pasal, kuat memberontak *sebijik perangai ibu die..haha*.. tahun depan dah sekolah tadika budak ni tau.. borang register sekolah dah hantar, bayar je belom..muehehehe... 



bila merajuk or marah kat aku sukalah cakap "eii bagi polis tangkap ibu, aqir tak sayang ibu, bia polis pukul ibu"  then aku tanya balik "kalau ibu mati camne?"  dia jawab "biarlah ibu mati, aqir tak sayang pon ibu, biar aqir duk ngan aqif ngan abah je"  hahahaha.. sesuka hati dia jee kan.. time dia marah suh aku mati..hehehe.. pastu bila dia marah kat abah dia skali dia cakap "abah pon bagi kat polis tangkap, biar ibu mati ngan abah"  ahaha, macam-macam jee..mane tah dia belajar cakap cmtu :D







**teringat keletah dorang masa duk kerja kat opis, dan-dan  tu rasa nak balik pelok ciom dorang! ahhh, hati seorang ibu camtu kot kan!**








Monday, September 10, 2012

Hari Raya 1433H :)

hye, assalamualaikum! :)



lamanyaaa kamar belog menyepi tanpa kasih sayang oleh tuan belognya.. kalau laki dibiarkan lama tanpa kasih sayang begini bagaimanakah rupa agaknya ye? mesti dah macam senget sebelah je rupanya kan! hahaha... mengarut-ngarut jee.. mulelah start merepek sebab lama sangat tak ketok keyboard... eh cop!  hari-hari pon ketok keyboard tau.. tapi buat kerja urusan rasmilah... kata pekerja berdedikasi.. haruslah! *stetment yang sangat ikhlas*lol*




okey, dalam pada aku menyepi aku ada jugak sempat singgah belog kawan-kawan tau... seronok baca n tengok pic gambar raya korang.. meriah memasing kan.. tak habis ngan cerita sambutan raya kat kampung halaman, sambung ber'openhouse' pulak kat kl nii.. rumah sedara mara, kawan-kawan, tempat kerja.. fuhhh makan rendang, lemang, ketupat saja ko senah.. baju pon dah makin sendat *akulah tu*sedeh betol*






ini kami sekeluarga di pagi raya.. raya tahun ni baru ada gambar yang sememeh sikit.. kalau tahun-tahun lepas ya ampun!  tema pulak last minit tukar jadi pinky+greeny!  supposely i pakai hijau jugak, tapi aqif punya baju melayu ijau terlajak besar.. yg pinky tu mak aku belikan.. ngam-ngam jee.. so, tetibe tukor theme color jadi pinky greeny.. nasib baik i ada baju kurung pinky greeny tu.. hehe



memula masyammm je muka abang aqir...


pastu dah mula dah.. die dah ok..hihi









love them very much! :)



okey, itu saje untuk warm up okey kawan-kawan!  nanti free i up lagi.. bukan apa, agak kebizian skitlah.. ni pon up sebab ada orang request suh update, rindu nak baca kekdahnya.. aku ni tak sampai hatilah nak biar orang kerinduan lama-lama sangat kan, karang lain jadinya.. nah! macam retis sangat rasanya! ahahaha!



okey, bubbye! ;D






Tuesday, August 14, 2012

Salam Aidilfitri



hye, assalamualaikum! :)



sana sini dah cerita raya, baju raya, kuih raya, balik kampung.. kerja pon dah malas! opismate dah ada yang dah selamat sampai kampung semalam *awal kemain cuti!* ehh? okey aku pon dah lama mood raya sebenarnya.. ikot hati dah malas nak kerja tapi apakan daya, saya yang menurut perintah.. plan asal nak balik kampung lepas jumaat tak dapat..  bos cik suami tak bagi halfday :(  so, nak taknak hari jumaat malam baru bertolak ke kampung *kompom jemmm!!*  ikot hati nak kerja je hari jumaat tu tapi my opis dah tutup langsung hari jumaat tu! sume dah pakat cuti! aiissyyy.. nursery anak pon dah tutup jumaat.. memang nak tak nak aku kena cuti jugak.. cuti tinggal ciputttttttttt :(



tak terasa kejapnya ramadhan dah nak meninggalkan kita.. sedehhhhhh.. harap diberi kesempatan untuk bertemu lagi di ramadhan akan datang sebab tak berkesempatan nak bertarawih.. yelah kewajipan menjaga anak-anak itu lagi penting kan.. menjaga anak pon dijanjikan ganjaran pahala oleh Nya.. tarawih hanyalah sunat bagi yang berkelapangan.. rugi tak rebut peluang tu... insyaAllah tahun depan dapat kot :)



okey, gian tak membebel kat belog, dah terlanjur terpanjang pulak :D



Google



di kesempatan ini, diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin andai selama blogging ada terkasar bahasa, entry yang kurang elok pembacaan korang dan komen-komen yang menyinggung hati kawan-kawan blogger semua.. pada yang balik kampung, drive elok-elok.. selamat perjalanan pergi dan balik.. makan ketupat rendang semua tu ingat-ingat skit, nanti berat mencanak naik meroyan pulak! *eh? peringatan utk diri sendiri sebenarnya* ehehehe..

selamat bercuti u olls!


Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin!






**tak sabar nak balik buka pose kat kampunggggggggg**