Thursday, June 23, 2011

tazkirah : besarnya ganjaran seorang wanita yg bergelar ISTERI

hye, assalamualaikum! :)

di malam hari jumaat yang indah ni, elok juga kita tambahkan ilmu agama kita utk kebaikan dan panduan kita semua kan.. terutama utk kite2 wanita yg bergelar ISTERI.. petikan ni aku ambik drp 1 of my fb's fren.. aku tertarik n nak share ngan kawan2 kat sini :)

harapnya kita beroleh manfaat dan mengamalkannya dgn penuh ikhlas.. syurga seorang isteri adalah di bawah telapak kaki suaminya.. renung2kan dan selamat beramal! :)


tahukah kamu?

1. Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.  

2. Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suaminya yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.  

3. Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.  

4. Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah.  

5. Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat tujuh ketul perak.  

6. Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.  

7. Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya cepat, dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang disukainya.  

8. Apabil isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.  

9. Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan akan menjadi ketua bidadari.


Subbahanallah! cukup besar ganjarannya kita seorang isteri yang berkhidmat dgn penuh ikhlas kepada suami dan anak-anaknya.  patutlah orang kata, orang perempuan ni senang je nak masuk syurga.. janji perkara yang wajib tidak ditinggalkan dan berlaku taatlah pada suami.. nescaya pahala dan syurga menantinya di sana...

InsyaAllah.. semoga kita sama-sama memanfaatkannya :)



**tghri nnti nak keluar gi sogo, jln tar ngan mak, akak n adek.. dh jnji jumpa kat sane.. weehhuu! drp aku duk opis yg penuh 'langau' ni.. dhla seminggu ni bos xde, kursus+cuti, dtg opis pon melangut je, lebih baik aku manfaatkan maseku pd mereka yg tersyg! weehhuu! jgn jeles tau!**

16 comments:

  1. nice entry.. thanks for sharing this info dear..

    p/s: nice blog..keep blogging dear!!

    ReplyDelete
  2. semoga kite termasuk dalam kategori2 tersebut..aminn..

    ReplyDelete
  3. aminnn..semoga kite tergolong sbg isteri2 yg solehah..

    p/s: ala...nk g jalan tar jugok..

    ReplyDelete
  4. mmg besar ganjarannya kan.. harap2 kita antara golongan yg dpt ganjaran2 itu.. wah.. mmg jeles ni dgr org tu nak gi shopping dgn mak & adik beradik dia.. he..he.. nasib baik jauh.. klu dekat dah rasa nak join dah ni..

    ReplyDelete
  5. huhu..sblm ni kalo sapu sampah tu, mulut asyik pot pet jer, pasni kena zip mulut

    amboi...syoknya g shopping

    ReplyDelete
  6. wahhh bagus ari jumaat bg tazkirah :)

    oit..hapdei ek.jeles taw

    ReplyDelete
  7. ofis byk langau ye sara..haha..

    ReplyDelete
  8. adieyza,

    thanx 4 dropping by here :)

    rajin2 singgah slalu ye :)

    ReplyDelete
  9. dakcik,

    mudah2an..aminn..

    p/s : jum2! :)

    ReplyDelete
  10. hanis azla,

    tulah kak..harapnya kita dpt manfaatnya :)

    mmg best kompol adik-beradik ni kan kak hanis! :D

    ReplyDelete
  11. syariza09,

    aiipp..bkn kunci saje..sambil zikir tau :)

    persediaan utk raya..hikk

    ReplyDelete
  12. shila,

    ye ah asyik cite sndri jee..nk gk share ilmu..dpt pahala ;))

    ye ah, bos xde..boring gile kot!

    ReplyDelete
  13. maya amir,

    aah langau kak maya! serabut pale otak ni duk ngn dorg! :P

    ReplyDelete
  14. untungnyaa kita sbg isteri kan...
    cuma kita je kadang2 penat sgt..tersungut gak...
    isk2..tak baik2...

    ReplyDelete
  15. mamagee,

    yelah mama..pasni berzikir tau..xyah rungut2 dah :)

    ReplyDelete