Thursday, July 5, 2012

bangga sekampung dengan Ustaz Azhar Idrus (UAI) :)

hye, assalamualaikum! :)








source from Google



sapa tak kenal ustaz u-tube nii kan? Ustaz Azhar Idrus a.k.a UAI.. atau ada jugak yang panggil Ustaz Youtube... kelas kau ustaz! hehehehe... sapa yang dengar ceramah or kuliah beliau kalau tak gelak or gusi kering memang tak sah kan! dengar ceramah ustaz ni memang tak kering gusi!  selain daripada gaya penyampaiannya yang terang, jelas dan bersahaja, contoh-contoh keadaan or situasi yang diberikan bagi menjawab sesuatu hukum memang mudah diterima dan jelas kan.. yang penting unsur lawak yang bersahaja dalam loghat teganung!  sebab tu kalau tengok kat mana-mana kuliah or ceramah beliau, memang beribu-ribu jemaah... alhamdulillah :)


eh, i kan terengganuan, haruslah bangga! ustaz kegemaran ramai yang berjaya menarik minat jemaah-jemaah muda khususnya untuk lebih dekat dalam mendalami ilmu-ilmu agama dan lebih seronok ke masjid untuk mendengar kuliah agama yang disampaikan.. syukur.. paling aku banggakan kerana aku adalah sekampung dengan ustaz! orang Kappung Ladang! *sebut gaya orang teganung cakaplah wehh..hihi*


alhamdulillah! ada anak jati Kg Ladang yang berpendirian agama, sebagai orang berilmu agama dan pendakwah yang berjaya menarik perhatian dan minat masyarakat untuk mendekatkan diri ke arah ilmu agama!  "ustak, ingat saya dok??"  eh, tetiba?? ;P



dulu-dulu masa sekolah, kawan aku selalu duk cerita kat sekolah, dia selalu dengar kuliah ustaz ni kat Surau Ladang *masa tu aku tak tahu nama ustaz tu Ustaz Azhar ni*... dia cerita kat aku apa yang ustaz tu ceramah, aku dengar dia cerita pon dah bantai gelak sakan!  sehari tu aku cakaplah kat kawan aku tu, aku nak joint dengar kuliah ustaz tu kat Surau Ladang... sebab macam best, kelakar kan.. sambil tu yang penting dapat ilmu agama...  lepas tu aku ikutlah kawan aku ni dengar ceramah ustaz ni kat Surau Ladang tu... memang kelakar , best n sempoi!



now, bila UAI ni dah jadi satu fenomena, aku pon tanyalah kat kawan aku tu "Shah, ceramah ustza yang kita dengar kat Surau Ladang tu UAI ke?"  tanya kat FB je pon, kata canggih kan..ehehe.. kawan aku tu pon bagitaulah memang UAI... dia kata tak sangka UAI tu dah femes habis sekarang ni sampai dah jadi macam satu fenomena! 



masa tu barulah aku ingat muka dia camane sume, pastu masa bulan puasa zaman aku sekolah dedulu selalu gi ambik bubur lambuk kat Surau Ladang... UAI nilah yang tukang cedokkan bubur lambuk tu dalam bekas kitorang... masa tu ustaz muda lagi... hensem kau! hidung terletak...hehehe.. masa ambik bubur tu plak selalu mintak nak lebih "bang, letok lebeh sket bang"... hahaha! Abang tu aku panggil, kau ada? hehehekk :P



apa pon, aku harapkan UAI terus success dalam menyampaikan ilmu agama beliau... dan kita yang mendengar biarlah mengambil segala ilmu yang disampaikan sebagai panduan dan amalan bersama...  mungkin ustaz ni sense of humour... cara penyampaian dia memang bersahaja dan kelakar.. tapi kalau dia serius pon orang boleh terima dan seronok mendengarnya kan ;)



sekali lagi aku nak cakap, sebagai orang Kampung Ladang, aku memang bangga!  gud luck ustak! :)





jom sama-sama like fb UAI  disini







11 comments:

Kakzakie Purvit said...

Ohhh... untunglah org kampung Sara. Mesti seisi kampung pun bangga sama. Best UAI nie. Semua org kenal dah..

ezy.fia said...

tumpang bangga!!!
walaupon saye org telok pasu bkn ladang..
tp tetap terengganu..
haha

Irfa said...

fuyoooooooooooooooooooo abang yg tak tahan tu.mmg UAI kegemaran semua lapisan masyarakat ;)

syariza09 said...

tahniah sbb sekampung!!!
kalo skrg panggil ustaz tu abang ok tak???hahaha

Bazilah (^0^) said...

aritu UAI ada dtg bg ceramah kt n9 pon sy ngan suami pegi. Mmg ramai sgt lah org. ktorg smpi before kol 7 dah kena parking jauh.mmg fenomena la UAI ni :)

Han Hanni said...

Kg sebelah..hihik

Hanis Azla said...

sekampung kan.. sapa tak bangga.. tp skrg sure payah nak jumpa dia kan.. he..he.. dulu pun ust don mengajar kat surau rumah akak.. yg dtg kita org yg mmg tiap sabtu pergi pergi kelas kat surau.. tak ramailah sgt sbb waktu tu org tak kenal.. skrg ni agaknya klu dia ngajar lagi mahunya tak cukup tmpt kat surau tu..

Myra Jay said...

Wahhh!! sekampung dengan UAI ye..

Ustaz Idola masa kini ;D

BUNGA said...

kim salam ustaz :)

EMBUN KARINA ABDULLAH said...

nice entry! hi im already follow ur blog.. feel free to visit n follow me back. thanks :)

eMMe said...

uih! maunye tak bangga...
satu kampung tu...
bile2 mase je leh jumpe ustaz UAI, tapi dia mesti sibuk kan dengan ceramah, ade je org jemput dia..., hurm..nnt leh gi raya umah Ustaz UAI kan Sara, heeeee....