now, aqif dah 7 months++, dah makan macam-macam dah *tipu* ehehehe.. lepas seminggu diperkenalkan solid food tu, now aku dah campurkan sayor-sayoran and ikan or ayam dalam bubur dia... untuk snack time aku bagi puree buah.. epal, pisang, mangga... memang selera dia makan :)
wanita berkerjaya macam aku *stetment wanita berkerjaya harus*, kita kenalah bijak bertindak dalam penyediaan solid food anak-anak.. baik dari segi cara and masa penyediaan.. paling penting masa! sebab kita terkejar-kejar nak pegi keje, masak bubur anak pon kalau boleh nak cepat... dalam cepat, khasiat bubur anak harus diutamakan..
salah satu cara yang praktikal adalah frozen pureed! yee memang cepat dan mudah! gambar ni my 1st time buat stok puree menggunakan ice tray! memang seronok! macam main masak-masak jeee pulak kat dapor haritu! comel kan :D aku buat puree bayam, potato, labu and carrot..
cara buatnya? rebus sayor-sayor tu sampai empuk.. toskan kemudian blendkan.. aku guna blender jee, takat ni takdok duit gi nak beli food processor :P yang ada food processor tu lagi senang..kalau pakai blender masukkan sikit air untuk mudahkan dia blend.. dah siap tuang je terus dalam ice tray comel tu :)
bertutup.. mengekalkan kesegaran n khasiat sayor-sayoran tu.. ice tray ni beli kat giant.. kat giant jee ada yg pesen bertutup nii.. kat lain takdok.. jenama giant.. produk giant.. gi cari kat giant jelah ye kawan-kawan.. pegi cari kat tesco memanglah takdok..hihikk
siap untuk dibekukan dalam peti ais... pagi-pagi campak je dalam beras yang dah kita kita buat stok siap macam dalam entry ini... pastu nak tambah isi ayam ke, isi ikan ke terpulanglah..
10 - 15 minit dah pon siap bubur anak! cepat, mudah dan pastinya berkhasiat! sebabnya anak-anak kita makan bubur yang dimasak dari bahan-bahan segar tanpa bahan pengawet.. berkali ganda lebih baik khasiatnya daripada nestum yang dibancuh dengan air.. memanglah mudah tapi penuh dengan bahan pengawet... not gud for our babies :)
masa syaqir umur macam aqif ni pon tetiap hari aku gigih buatkan bubur nasik.. memang tak pernah bagi nestum.. nestum tu time darurat jee.. sebab bagi aku kalau boleh nak beri yang terbaik untuk anak-anak.. aku memang kurang bagi menda-menda yang instant untuk anak-anak masa berumur below 1 year.. puree buah yang instant tu lagilah aku tak penah beli kat pasaraya sebab mende-mende macamtu lagilah banyak bahan pengawetnya kan.. yang dah-dah tentu sangat-sangat tak elok untuk anak-anak..
sebab tulah haritu aku kata aku jeles ngan mereka-mereka yang bergelar surirumahtangga sepenuh masa sebabnya dapat sediakan fresh food untuk anak-anak kan... hari-hari boleh tukar menu.. anak-anak pon membesar dengan sihat :)
bekal aqif masa outing...
budak comot tengah makan! actually dia tak berapa pandai lagi nak duduk kat baby chair tuu.. tapi omaknya mana larat nak suap sambil riba.. dahla tak reti duk diam budak tecit ni tau! kena monitor make sure dia duduk dediam :D
**tapi ada jugak fullhousewife yg tak masak kat anak2 dorang, bancuh nestum jee, bagi fm..uhh rugi!! takpelah itu masing-masing punya cara n pilihan :)**
17 comments:
bagus! sila vangga dgn diri sendiri. bkn senang tau wanita berkaliber mcm kiter ni nk buat itu ini..
ayat2 sara lam n3 ni betul2 mcm buat iklan..iklan giant pon hado..hehehe
Demi anak sanggup buat apa saja. Anak sihat siapa yg senang dan selesa Sara? Kita juga kan.
KC dah lama tak ambek tau benda2 camni sebab Aiman dah besar. Elok jugak KC baca entry Sara ni .. dpt gak membukak minda yg dah lama unactive dek benda2 ni. hehehe.
Sara, bestnya tengok awak bercerita.x sabar nk bagi aishah makan juga dan harapnya wahida rajin macam sara jugak lah nanti..umur brp bulan br boleh bg mkn benda2 tu eh?
Wah...bagus la idea ni..tapi anak2 I dah besar...heheh...
sedap yeeee
Akak masa anak2 kecik tanggungjawab ini banyak pass kat adik coz dia jaga anak2 semasa akak keluar bekerja. Sebabkan kesian akak yang gi kerja dan balik lambat semua dia buatkan akak cuma uruskan dia org masa hujung minggu. Sekarang rasa rugi tak lalui semua pengalaman tu...
Rindu masa budak2 kecik dulu...
bagus sara...homemade food mmg terbaik bt bby kan..yg pnting best dn puas hati dpt 'main' masak2 puree utk anak...
baya firas jgk la ni..
salam ziarah, feel free follow me k
bagus tips simpan bahan tu..nanti kalu ada anak blh prektiskan...
hihih
rjnnye la ari kje pn wat bubo.aku dulu wiken je.ari kje,BS yg buat.sebek BS tu mmg rjn.haha
seronoknya tgk ibu yg rajin mcm sara ni.. tiba2 rasa bersalah pula dgn anak2 akak.. sbb waktu dia org baby akak suapkan nestum dgn puree yg ready made aje.. hu..hu..
untungnya adik dpt mama rajin mcmni..mesti lazat rasa puree home made sara :D
tertarik dgn bekas kiub tu.nnt akk nak p cari :P
comelnya baby.bertuah awak :)
saya sudah follow 221, dan saya akan bahagia jika anda sudi follow kembali kawan, terima kasih
ditunggu
wah..rjin2
KooWyg http://sinsakuchanel.com/ EcmTly [url=http://sinsakuchanel.com/]シャネル バッグ 新作 2012[/url] LrsKmk http://ninnkicoach.com/ GrmJba [url=http://ninnkicoach.com/]コーチ キーケース アウトレット[/url] AzuZgc http://diorautoretto.com/ FikWmr [url=http://diorautoretto.com/]ディオール リップ[/url] ZepFbu http://nihongucci.com/ YxyVaq [url=http://nihongucci.com/]グッチ 長財布 レディース[/url] PzaYoh http://longchampnihon.com/ SztLku [url=http://longchampnihon.com/]ロンシャン バッグ ロゾ[/url] QksBzj http://sinsakuvuitton.com/ AmrJuc [url=http://sinsakuvuitton.com/]ルイヴィトン バッグ[/url] YwpFix http://gekiyasuprada.com/ AraPie [url=http://gekiyasuprada.com/]プラダ 店舗 広島[/url] DniAlo http://uggsinsaku.com/ SpyVjw [url=http://uggsinsaku.com/]UGG クラシックミニ グレー[/url]
Post a Comment