Friday, March 5, 2010

~~berikn yg terbaek utk mereka :)


olo2 tomeyy :)

salam.

ape...??no no noooo...bkn bby sara laaaaa..ble mse lak sara ni preggyyyyyy :P

itu hiasan semate2 utk entry kali ni :)

dr smlm xde idea nk update blog.

so by today aku nk share info.  baek utk sume kite2 yg bergelar ibu or bakal bergelar ibu or yg sdg counts da day 4 delivery :) n x lupe jgk utk aku of cozlah knn yg mmg kepinginnnnnnnnn sgt nk preggy lagiiiiiiii :P

kesahnyee 'Tips Memilih Pakaian Bayi' dan 'Penjagaan Pakaian Bayi'.  as a mummy sumee nk bg yg terbaek utk anak2 kite knnn... so sile bace n slmt beramal :)



Tips Memilih Pakaian Bayi

Kain daripada kapas
Pakaian yang dibuat daripada kain kapas boleh membantu menjaga kesihatan kulit bayi. Memakaikan bayi anda pakaian daripada kain kapas akan melindungi kulit bayi daripada kerengsaan disebabkan sentuhan atau geselan. Selain itu kain kapas mudah menyerap peluh dan sesuai dipakai ketika cuaca panas. Ketika musim hujan pula, kain kapas membantu tubuh bayi kekal hangat.



Pilih saiz yang tepat
Ada ibu bapa yang membeli pakaian bayi agak besar dengan alasan boleh dipakai lebih lama tetapi jangan juga membeli pakaian yang hanya muat-muat badan dan terlalu ketat.Bayi sepatutnya memakai saiz new born dan sekiranya bayi anda dilahirkan besar, sebaik-baiknyanya pilih saiz pakaian bayi berusia satu hingga enam bulan. Usah pakaikan bayi dengan pakaian besar kerana ini membuatkan si kecil sukar bergerak dan kelihatan besar.



Elakkan baju bertali
Hindarkan memilih pakaian bayi yang perlu diikat. Fesyen bertali hanya sesuai untuk orang dewasa dan bukannya bayi.Sebaliknya pilih baju yang berbutang pada bahagian depan kerana ia lebih mudah untuk anda memakaikannya.



Berleher lebar
Pilih pakaian yang berleher lebar atau bulat supaya kepala bayi dapat masuk dengan mudah menerusinya dan berlengan lebar.



Butang
Baju yang mempunyai butang di bahagian hadapan sesuai dan mudah dipakai sepanjang enam bulan pertama usia bayi.Manakala baju yang mempunyai butang pada bahagian bawah memudahkan kerja menukar baju dan lampin.



Penjagaan pakaian bayi


 
Asingkan pakaian
Jangan campur pakaian anda dengan pakaian bayi ketika membasuh.Mengasingkan pakaian bayi membantu mengelakkan bakteria pada pakaian dewasa terkena pakaian bayi anda.Ini menjamin kebersihan sekali gus menjamin kesihatan kulit bayi anda.



Guna sedikit sabun
Basuh pakaian bayi menggunakan sedikit sahaja sabun.Sabun yang terlalu banyak digunakan menyebabkan kulit bayi merengsa.



Cara basuhan tangan
Jika basuh menggunakan tangan, elakkan memberus terlalu kuat.Sebaiknya anda gosokkan dengan tangan sahaja dan ketika membilas pastikan benar-benar bersih dan bebas daripada sabun untuk mengelakkan sebarang kerengsaan apabila dipakai semula oleh bayi.



Cara basuhan mesin
Gunakan program basuhan lembut.Program basuhan biasa boleh merosakkan pakaian bayi dan sebaiknya usah guna cecair pemutih kerana ada bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bayi merengsa.

 
notakaki :  klo aku tnye kt syaqir :"syaqir nk adik x?" dea jwb "amau" ( xmau ) smbil geleng2 kepale
soo...???  T__T

3 comments:

siti said...

jgn tye anak...tye bapak ler, msti mauuuu :-j

-Sara- said...

ct : hahaha..bapak kn sntiase on jee :-j

NURUL@KAK CHIK said...

bila lg hasrat nk tambah baby lg puan sarah
:)