Monday, February 27, 2012

lihatlah saya!

hye, assalamualaikum! :)


untuk tatapan kawan-kawan blog, walaupun takde yang request tapi pastinya wajah-wajah anak kesayanganku diabadikan di belogku.. aqif sekarang dah masuk 4 bulan.. berat 6kg++..  pantang panggil nama n sembang ngan dia mesti tersengeh-sengeh senyum..kadang-kadang saje je duk depan dia wat tak tau.. mesti dia panggil sambil tersengeh-sengeh sebab suh sembang ngan dia..n paling best skali nak suruh dukung dia..kalau ambik dukung dia cukup seronok budak ni tau! 


alhamdulillah, aqif membesar dengan jayanya..n alhamdulillah jugak, till now, i'm still full bf for him..semoga dimurahkan dan dipanjangkan rezeki ini untuk meyusukan dia hingga 2 tahun..  niat nak full bf memang aku pasang sebelum pregnantkan dia lagi..masa syaqir dulu tak full bf pon.. excited n seronok tengok org full bf kat anak dorang.. alhamdulillah now untuk anak sendiri teercapai hajat nak full bf.. dan semestinya aku banyak belajar n google bout the knowledge of breastfeeding nii..kalo dulu suka tengok baju-baju, blouse,tudung, shawl kat blogshop, sekarang ni suka tengok bf accessories lak..haha












tengoklah tuu tercengeh-cengeh...




sembang ngan abang aqir :)


sembang lagi :)


nak kua jenjalan nii..


 
ngan ibu :)


ngan abg aqir :)




n now, his new look
*

*

*

*

*


 
caya dah botak boy! :D












 

Wednesday, February 22, 2012

aqif's birth story vol 3

hye, assalamualaikum! :)



*entry terhutang*



ada gi sambungan aqif's birth story..since dah janji haritu cakap ade last part lagi...ni nak sambungla nii..pasni takdoklah *lama benor ambik masa nak sambung :P*



peristiwa penting saat kelahiran anak haruslah diabadikan dalam belog kesayangan..sebab nanti boleh imbas balik n esok anak dah pandai baca, bolehlah dia baca kan :)



after deliver, aqif admitted to nicu ward for 6 hour..alhamdulillah semuanya sempurna dan sihat walaupun 36wks.. dah lepas 6 jam baby dah discaj dan diletakkan bersama aku kat ward.. baby dah okey tapi aku plak bermasalah.. masalah takleh pee plak.. biasalah bila deliver normal ni, mak ngan anak kena membuang elok2 baru leh discaj ward kan.. so, aku terpaksa pee pakai tiub.. 2hari 2 malam pastu baru leh pee dgn normal n terus discaj..happy dapat balik umah :)



aku balik ke rumah makcik aku kat kepong.. and hari ke-5 baru balik kampung umah mak..sampai kat kampung malam raya haji.. so, esoknya beraya hajilah aku dalam pantang..hehe..sib baik raya haji..kalo raya puasa frust skit ah kan..haha


hari ke-7 nurse datang check-up kat rumah..nurse cakap baby nampak kuning sikit..kena terus ke klinik utk cek bacaan kuning.. waktu tu dah tengahari, nurse cakap klinik tutup..pukul 3 baru bukak balik *pelik aku klinik tutup time lunch hour*.. so, pukul 3 barulah kitorang ke klinik..eh, aku tak gi pon..mak ngan cik suami je pegi..


sampai pukul 5, tak balik-balik lagi dorang.. risaunya aku tuhan jelah yang tahu masa tu :(  dalam 5.30 dorang balik, mak cakap nurse bg reference letter kena terus bawak ke hospital sebab bacaan tinggi sangat.. 375.. nurse cakap kuning aqif cepat naik sebab dia dikira pre-mature baby.. aku dah risau sangat2..aku takde pengalaman anak kena kuning sbb syaqir dulu tak kena kuning..


terus siap ke hospital.. masa tu hujan lebat sangat-sangat..sampai spital, jumpa doctor n kena admitted.. aqif diletakkan di bawah lampu biru kat bilik fototerapi..lampu atas bawah tanpa alas.. dahla masa tu aqif kecit sangat-sangat.. badan tak berisi lagi..mesti sakit duk dalam baby-cot tu.. masa tu dah sebak tengok keadaan dia..tapi untuk kebaikan dan kesihatan dia takkan aku nak marah dorg letak aqif camtu..itu prosedur n cara rawatan utk turunkan bacaan kuning tu kan..



dah lepas register semua kitorang balik..keadaan aku masa tu agak tak keruan..sebab teringatkan n rindukan aqif sangat2..malam tu tido peluk kain selimut dia *sobsss*... baru nak tido je, pukul 11.45pm terima call dari doctor suruh ke hospital dgn segera.. masa terima call tu aku dah nanges2 n macam2 fikir.. sambil tu pujuk hati sendiri jangan fikir bukan-bukan..



sampai je kat hospital terus jumpa doctor yang call tadi..doc explain kat aku pasal kuning aqif..rupa-rupanya kuning dia naik lagi masa aku hantar dia ke hospital tu..dah naik ke 415..padahalnya masa balik dari klinik baru 375.. so, doc explain prosedur pindahan darah perlu dilakukan pada aqif kalau bacaan tak turun.. bacaan kuning dia masa tu sudah di tahap yang tinggi... tapi kalau bacaannya turun, pindahan darah takkan dibuat.. doc bagi permission form dan aku setuju untuk lakukan pemindahan darah tuu.. kiranya persediaanlah in case perlu jugak dibuat pindahan darah..


macam-macam doc explain, tentang effect kuning semua.. aku sebagai ibu tentulah mendoakan yg terbaik untuknya.. paling risaukan effect ke otak dan baby akan jadi lemah.. yaAllah masa tu tuhan je yg tahu perasaan aku dan tak putus-putus doakan yang terbaik untuk aqif...


balik rumah malam tu langsung tak dapat tidur, rindu dan risaukan aqif sangat-sangat..4 hari 3mlm aqif admitted ward.. selama tulah duk berendam air mata aku kat rumah *nasib baik tak meroyan, mana elok ibu dlm pantang menanges kan*..hari2 gi susukan dia dan hantar stok susu.. alhamdulillah hari ke-4 dah discaj..  lepastu hari2 continue ambil bacaan kat clinik pulak..sampailah kuning dia betol-betol turun ke paras normal..


so, dalam pantang aku tak makan apa-apa ubat or jamu sebab takot kuningnya naik balik.. hari ke-40 baru start makan ubat besalin..n macam-macam gak google petua nak turunkan kuning..makan sengkuang cina, susu kambing, jus anggur, susukan dia sejam sekali..kalau dia tido kejutkan dia..nak kejutkan dia tu punyalah susah budak ni tau.. macam-macamlah..semua aku telan untuk kesihatan anak..  alhamdulillah sekarang aqif sihat seadanya :)



masa ni hari ke-2, lampu atas je sebab kuning aqif cepat turun ke 215.. alhamdulillah berkat susu ibu.. anak ibu kuat! :)










ni last day masa nak discaj..
cinonettt je aqif masa nii.. kat tangan kiri kanan aqif lebam biru-biru banyak sangat sebab bekas kene inject..alahai ciannya anak ibuuu.. tak sanggup nk tengok tangan dia masa tuu..





**macam nak mati kesejukan duk opis nii..sejuknyaaaaaa**



Wednesday, February 15, 2012

aduh, malu!

hye, assalamualaikum! :)


nak dengar cerita tak? meh sini, adik-adik, akak abang, duduk rapat-rapat.. jangan gaduh-gaduh! aipp aippp.. abang akak janganla rapat sangat..sikit-sikit sudahlah! :P



google



korang tau tak?  minggu lepas, hari jumaat aku ada appointment kat hospital..appointment baby aqif.. appointment kat pakar ENT untuk hearing assesment.. masa keluar ward bersalin haritu nurse bagi appointment ni.. beranak sekarang ni macam-macam kan.. dedulu beranak continue appoinment bualanan kat clinic jee kalau takde apa masalah..sekarang ni bila baby 3 bulan kena cek telinga lak utk hearing assesment.. yelah sekarang kan macam-macam penyakit.. doctor suruh gi cek gi jelah uuntuk kebaikan anak-anak :)


appointment pukul 10, tapi pukul 10 baru keluar rumah.. dah sampai spital.. mak oiii! ramainya manusia yang sakit!  tapi kitorang ni letak kad jap.. dalam setengah jam dah kena panggil..heee..sukaaaa! :)  alhamdulillah pendengaran aqif okey dan normal semuanya..



google


dah siap semua terus ke cafe hospital nak isi perot! bukan isi perot anak, isi perot maknya nilah! mana leh tahan lapor jap terus bertukar jadi singa kelaparanlah! tehee!  sila ambil maklum aku adalah full breastfeed mummy..so haruslah jap jap lapar..jap jap lapar *alasan je sebenarnya tu*


tengok-tengok makanan banyak menarik, tapi aku just ambil sandwich, pau kacang ngan mee goreng untuk cik suami.. kitorang tapau je.. malas nak makan kat cafe tu.. pastu kan..haa ni nak cite nii.. masa bayar kat budak cashier tu, total sume RM5.50, aku bagi RM10.. so, cashier tuu bagilah balance RM4.50.. pastu dengan selamba aku bagi balik coin tu kat budak cashier tuu.. sambil dalam hatiku mengomel "isshh buta ke apa budak ni? coin 50sen pon tak kenal ke?" sah-sah tu coin tah negara asing mana kan..terang-terang dah color gold..pastu budak tu buat muka blur..


cashier : erm taknak ke?

aku : tu bukan 50sen *dengan muka poyonya*

cashier : oo taknak duit baru eh?

aku : hah? oh ye ke? okey sorry.. thank you.. (cepat-cepat ambik balik duit tu terus blah sambil jalan laju-laju)


ahahaahahaha!!! *sila gelak kuat-kuat bersama aku*  tah apa-apa je kan? malu wehhhhhhhh! nampak sangat tak tahu perkembangan semasa aku ni! sampaikan orang dah keluar coin baru pon ko tak sedor sara weh!  yelah, kata baru pas beranak.. duk ngadap anak jee..mana tahu kerajaan malaysia dah keluarkan dueit syiling baru! ahaha!  aku pon tak tahu apa sepatutnya aku nak cakap kat budak tu.. sorry? thank you? dahla budak laki.. ahahaha!!


cerita kat cik suami dia tersengeh jee..dia duk kat luor cafe je masa tu..dia cakap ingatkan tahu pasal syiling baru tu.. elleh, awak tak cakap manalah saya tahu sayang ooii! :D



google




**dapat duit tu, pegang je tak rasa ape pon..ringan jee..tak rasa cam duit lak :P**

Tuesday, February 14, 2012

wordless wednesday

hye, assalamualaikum! :)



pic from Google



gitulah kekdahnya keadaan aku sejak masuk kerja secara rasminya kemarin.. bizi kan? actually banyak sangat story nak up kat belog tapi masa membataskan segalanya.. helpppppp!!!




**rupa-rupanya takde orang tanggung buat kerja aku selama 3 bulan ni.. means my boss lah buat sendiri semuanya.. dialah boss, dialah pa..alahai ciannyaa.. patutlaa line telefon ni semacam jee..cakap jap terus line putus..tah apa jugaklah dibuatnyaa..haha**

Thursday, February 2, 2012

co-pilot dengar kata pilot jelah

hye, assalamualaikum! :)



semalam cuti hari wilayah.. penuhkan aktiviti dengan berjalan-jalan, makan-makan, shopping-shopping, window-window shopping.. sampai lenguh-lenguh satu badan.. dah lama tak exercise jalan-jalan..gitulah gayanya!  yelah kalau ikutkan secara rasminya tak habis lagi aku punya tempoh berpantang.. kan ke 100 hari? tapi ais hari-hari aku telan! cuaca panas tak tahanlah weh!



google




hajat hati nak bawak syaqir gi aquaria klcc, sebab baca kat paper sempena hari wilayah dapat 30% diskaun tiket aquaria tapi cik suami pulak nak gi mid valley.. aissyy dah dia pilot, aku co-pilot jee..terpaksalah ikut jee kan..  da lama tak gi mid walaupun opis sebelah jee ngan mid..


waktu duk sakan shopping, masa masuk kat butik nichii boleh pulak ada insiden yang mengharukan!  syaqir tu kalau berjalan memang mana reti nak duduk diam.. lari sana, lari sini.. tengah duk cuci mata pilih-pilih baju sekali dengar "gedegup".. pastu suara budak nangis! satu butik tergamam!



rupa-rupanya si syaqir teraccident ngan anak cina! dorang lari-lari.. yang si syaqir dari arah utara.. anak cina tu dari arah selatan..dorang tak perasan, sekali dah lari selaju-lajunya bertembung lah.. dahi bertemu dahi, hidung bertemu hidung.. syaqir sampai tergolek, anak cina tu tak tergolek.. terus dua-dua nangis!  memang kuat sangat bunyinya.. syaqir pecah bibir, n berdarah hidung.. semua org satu butik tu tergendala aktiviti shopping mereka..termasuklah aku.. terus kitorang keluar dari butik tu.. lepas dari tu barulah duk dediam syaqir tu..budak-budak biasalah bila dah kena, rasa sakit baru beringat.. tapi aku risau gak hidung patah ke apa, tapi dah cek-cek tengok okey jee.. balik umah sapukan minyak n buang darah beku dalam hidung..huhh! haruuuu betollll... tapi aktiviti shoppingku tak terhenti di situ, lepas makan-makan sambung balik..kul 8.30 mlm baru balik..hihiikk..



oh ye! aku still bercuti lagi tau! 8hb baru start kerja.. tu pun terus pergi kursus..cewah! dedikasi sungguh! masuk-masuk kerja je terus pergi kursus! haha.. kursus 2 hari lepastu 10hb nak cuti lagi.. baby aqif ada appointment ENT kat hospital.. jawabnya 13hb baru masuk opis, bersua muka ngan bos and opismate..hehekk.. yelah dah awal-awal bulan ni banyak lak public holiday..supposely 31hb dah start keje tapi tgk calendar berderet-deret public holidaynya, malaslah nak jap keje jap cuti..baik sambung terus... lagi pon mood keje tak marii lagi laa oiii ;P


boringla entry tak ada gambar kan.. actually dah melambak-lambak pic dalam hp nak tempek n story kat sini tapi kehilangan kabel pulak dah.. jadi simpan dulu la buat pekasam.. especially nak cerita pasal aqif.. budak tu makin hari ke hari makin bam-bam n sekarang dah pandai senyum nak sembang-sembang ngan orang.. kalau dah sembang ngan dia memang ralitlah duk tersengeh-sengeh budak tecit tu :)




**tengah duk pikir nak buat apa birthday cik suami minggu depan ek**