Sunday, December 30, 2012

Happy New Year 2013!

hye, assalamualaikum!


nothing much to write down here, just to wish to all my bloggers and friends, Happy New Year 2013.. hope for the best in 2013, better than 2012.. Happy New Year! :)







**senyumkan wajah, riangkan hati, gembirakan diri demi orang tersayang disekelilingku walaupun musibah yang datang di akhir-akhir tahun begini sedikit menyentakkan aku dan cik suami, demi anak-anak, ku gagahkan juga terima dengan redha, harap Dia aturkan yang lebih baik untuk kami di tahun 2013.. harap aku kuat dan segalanya dipermudahkan oleh DIA.. aku still tak ready nak share kat sini, nanti bila dah solved and ada kekuatan aku share ngan kawan-kawan... oh ye! 2hb aku cuti sebab syaqir masuk tadika, hope dia okay and jadi anak murid yang rajin dan pandai!  ada lagi kelengkapan yang tak lengkap, esok nak pergi beli.. tak caye rase, anak aku dah nak sekolah! terasa diri ini macam ke arah ke'tua'an pulak.. k, bye!**







Tuesday, December 25, 2012

my sweety cuty pie!

hye, assalamualaikum! :)


dah lama tak cerita perkembangan anak-anak kat belog... catitan penting untuk review di masa akan datang :)  syaqir dah masuk 5 tahun and dah start sekolah minggu depan.. alhamdulillah dapat masuk Hasanah Kids.. an islamic pre-school.. monthly RM320.. belajar tadika and transit situ sume sekali... itu monthly punya rate.. gigil jugak tapi demi untuk kebaikan n masa depan anak.. yang penting ilmu agama dititikberatkan.. nak harap aku yang ilmu agama tak seberapa ni apalah sangat kan... kalau boleh anak-anak ni biarlah yang terbaik and harapnya syaqir boleh ikut sume subject and rajin sekolah tauuu... 


registration fee nanti bayar masa bukak sekolah.. fuhh semangat tengok registration fee.. ade 2 3 tempat aku survey, harga lebih kurang and our choice is Hasanah Kids sebab islamic school..  fengsan duit mengalir almost 1k untuk registration fee.. ermm takpelah tabahkan hati.. pujuk diri sendiri.. kerja penat-penat kalau duit tak habis kat anak nak habis kat mana lagi.. orang lain pon merasa menda yang sama kan *hazab pujuk diri-sendiri* :P










abag aqir now.. makin besar makin nakal.. hope bila dah sekolah nanti aqir lebih behave and pandai bawak diri k? ;)




adik aqif pulak? ermm budak tu sejak dah masuk setahun alhamdulillah dah kurang sakit-sakit... dedulu kejap-kejap demam, kejap batuk, selesema.. sekarang dah makin okay... erm perkembangan sekarang ni makin nakal.. dah panjat-panjat.. bayangkan duk kat babychair makan tu pon die boleh panjat nak keluar.. nasib baik kita tengokkan.. kalau tak tengok memang selamat ke bawah jelah.. aissyy luruh jantung mak!  pastu still tak jalan lagi.. kaki dia dah kuat kalau kita pegang tangan dah jalan sikit punya laju, tapi bila lepaskan tangan, dia jalan 2 3 steps pastu terus duduk and merangkak!  aissyy, anak ibu cepatlah jalan, nanti boleh ibu shopping shoes yg comel2 kat adik :)



yang lain pulak, ermm mulot memang bisinglah... tah apa jee yang direpeknya.. pastu suka nyakat abang... kalau tengok abang nak tido, cepat-cepat dia gi korek bijik mata abang, pastu abang pon menyinga marah! hihi.. then, suka cakar-cakar orang sambil buat muka terkejut.. comel!  gigi pulak sebatang sebelah bawah baru tumbuh.. lambatnyaa nak tambah yang lain.. hehehekk.. tapi bagos gak.. kang duk gigit ngah minum haru ibu dia.. hehehe...  makan pulak sekarang dah makan nasik lembek and lauk yang aku masak asing untuk dia.. kadang-kadang buat jugak bubur.. kalau lauk tu buat masak lemak, sup.. camtu jelah... nak variety sangat sebab gigi dia tak banyak lagi kan..



yg lain, ermmm banyak lagilah.. tak tertaip lah pulak... tapi overall semuanya okay and mambahagiakan hati kami, ibu n apaknya :) eh cop! lagi satu, alhamdulillah, untill now, aqif still bf!  tinggal lagi lebihkurang 8 bulan sampai 2 tahun, harapnya terus ada rezeki untuk aqif! :)






















kalau bagi makan sendiri jawabnya banyak lantai yang makan daripada masuk mulot... asiyyy :D

=






=





=






=






=





=





=




=


omaknya? makin membulat dengan jayanyaa! :(










Tuesday, December 11, 2012

12.12.12



hye assalamualaikum! :)


tak de apa nak cakap pon.. dah tarikh harini cantik sangat.. 12.12.12.. mesti ramai orang kawin harini kan.. pedulik hape weekdays pon kan.. janji date cantik.. lagi pon cuti sekolah.. hari-hari ade je orang kawen.. pelik aku.. asal cuti sekolah mengawanlah dorang-dorang ni... ooppsss! merapek jelah pulak! maafkan saya... ehehehe  :P






google image





**mentang-mentang minit mesyuarat dah siap! huhu!  cepat pulak siapnya! yelah tetibe my boss nak buat meeting minggu depan lak.. aisyy baru minggu lepas meeting.. derita i tau!  tapi hari dorang meeting minggu depan i cuti balik kampung.. pedulikkanlah dorang tuu.. janji minit aku dah setel...ehehehe... i balik kampung sebab kenduri kawen kakak i... kakak okay! :D**






Monday, December 10, 2012

oh my english!! *menangis*

hye, assalamualaikum! :)



tak tahulah nak cerita camne ni... duk buat minit mesyuarat... taip satu dua ayat... padam balik... taip lagi dua tiga patah padam lagiii... aiiissyyyyyyyy... aku ni memang tak suka buat minit mesyuarat... masuk mesyuarat pon tak suka... dengar orang ni cakap ni, orang tu cakap tu... ishhhh dah nama pon kerja kena tadahkan jugak telinga niii...




masa kat opis lama okay lagi, dorang meeting cakap bahasa ibunda, buat minit pon dalam bahasa ibunda.. tapi sejak pindah opis baru ni, segala mak nenek english! fengsan mak! surat omputih, meeting cakap omputih walaupun yg meeting dalam tu takde omputih, minit kena buat dalam omputih jugak! eeii, masa opis lama buat dalam BM pon aku kemain payah nak siapkan, ni kan lagi full English!  pastu faham-faham jelah.. english mesti tahap tough punya!  i ni bukanlah pro english sangat pon.. takat sikit-sikit je bolehlah.. ohh my english! :(







Google translate help me a lot... tapi nak buat point-point pon aku terkial-kial.. sebab aku belum adapt dengan isu-isu dlm meeting tu, ni kan lagi nak buat minit! serius rasa macam nak menangis :(



Royalty-Free (RF) Clip Art Illustration of a Cartoon Businesswoman Crying Over A Lost Opportunity by Ron Leishman




tapi last meeting, minit yg aku buat tu approved without any change.. wahh!  puas hatilah jugak kan! puas aku duk perah pale otak, kasi ayat nampak ayat-ayat profesional gitu, bukan ayat budak-budak sekolah! hihikkk!!





Royalty-Free (RF) Clip Art Illustration of a Cartoon Happy Businesswoman Tossing Paperwork by Ron Leishman
ibaratnya camtulah aku perasaan aku masa tu :D











Monday, December 3, 2012

masa menCEMBURUiku!

hye, assalamualaikum! :)



sila baca betol-betol ye kawan-kawan! CEMBURU.. bukan CUMBU tauu.. hahaha.. masa nak taip tajuk tu pon berapa kali aku duk delete and baca betol-betol sebab takot tersalah! hahahaha! penangan lama tak update entry lagilah duk terkaku-kaku.. hihihihi...




yup! lama sangat tak jenguk belog and tak bw belog kawan-kawan! ya ampun! sorry kawan-kawan! lately i am so busy! busy like a bee! bee pon kalah! penat tauuuuuuuuu! :(  baru aku perasan, sejak aku tukar opis, aku sedikit kebizian, bukan sikit, banyak sampai belog sendiri pon terabai! fb pon dah jarang-jarang..  yup, kerja agak overload dengan  kes aku 'special' kat sini tak habis-habis.. sampai pening aku dibuatnya.. arghh bila lah aku nak aman n normal macam orang lain! 




baru ni baru lepas settle a big conference.. aku tak pernah handle conference, tak pernah jadi secretariat conference.. international conference lak tu.. 1st time held in Malaysia pulak tu.. memang tercabar betollah.. aku buat macam-macam.. invitation, registration counter, transportation.. fengsan lah jugak lari sana-sini panggil participant tu bila limo dorang dah sampai.. call limo and cab service nak balik hotel, pergi airport, nak pergi jalan-jalan klcc.. macam-macam dorang ni... yelah dah datang jauh-jauh naklah dorg jalan-jalan kat kl ni kan.. macam kitalah jugak, sambil berenang, sambil menyelam..huhuhu... 




but overall was going well and participant tu pon baik-baik sumenye.. paling tak boleh lupa, satu hari yg kl hujan lebat tu sume cab taknak datang jemput dorang, aku terpaksa hantar dorang sendiri ke hotel, dengan kereta my friendlah weh, aku mana drive.. hikkk.. lastnya aku sampai umah kul 9 malam, kena marah ngan laki, dah jerja sangat kekdahnya.. betol jugak kata laki aku haritu, bukan tak boleh hantar dorang kat lrt station pon, gatal pegi hantar sampai ke hotel.. huhuhu.. dah tak terfikir apa haritu :D




okay, got to go! nak bw belog u olls pulak! :)





google image





**teringin tu weh, tak dapat-dapat lagi!**