Wednesday, January 30, 2013

pengalaman memandu buat pertama kali dalam hidup di kota metropolitan kuala lumpur

hye, assalamualaikum! :)

*panjangnya tajuk :P*



fuhhhh, lap habukkkkk.. banyaknya habukk... seminggu tak update, macam-macam nak canang, tapi apakan daya, kekangan masa membataskan segalanya...  eceh, macam ayat novel... betollah, lately tak dapat nak update belog hari-hari macam dedulu... asyik dengan keje, keje, keje!  nyampah!  eh, dah kata 'bekerja', haruslah 'kerja' kan... heeeeeee.. nak ngelat aje kejenyaaaa...



yelah, bukan apa, sejak berpindah ni, workload kat sini agak terlebih, tak cam kat my old office dedulu, banyak melangut jeee.. ooppss!  yelah, maknanya, workload tu masih waras, boleh diseimbangkan dengan aktiviti sosial.. sekarang?  errrrrrrmmmmmmmmmm :((



okay, lupakan kisah kerja.... nak share ngan kau orang, harini genap sebulan aku drive kereta pergi kerja... weehhuuuuu!  yelah start syaqir bukak sekolah, aku mula jadi Mak Supir.. mak supir waktu petang jelah, waktu pagi cik suami antar anak-anak.. hihikkkk...  pengalaman first day drive kereta dari rumah ke office di kota metropolitan kl ni, gigil jangan cakaplah Kak Bedah ooiii! hok aloh...  tapi aku buat-buat cool jeee... gituuuuu.... hok aloh *okay, nampak sangat penangan Setia Hujung Nyawa, hahaha*



google




sebenarnya kalau nak ikutkan, takdelah susah pon drive ni kannnnnnnn.. ececehhhh..kemainnn..hahahha..tapi tang parking yang pack aku fail!! hihihi.. nasib baiklah parking kat my office ni lengang, tak pack, kalau tak menggagau gak weh... tapi balik umah la penat skit tang parking ni... sebabnya aku kena menapak dari parking ke rumah..  bayangkan dengan dukung Aqif, beg 3 4 bijik kiri kanan, dengan nak monitor syaqir lagi, cross jalan lagi kau... huhhh... menguji kesabaran, kekuatan mental fizikal ko!



parking memang kalau nak betol-betol depan umah memang tak dapatlah, parking dah dikonker oleh penduduk tetap, kitorang yang sewa ni takde parking, padahal bayar je maintanance rm70 sebulan tau! tak adil kan?  sebab tu membuak-buak aku duk survey nak beli rumah sekarang ni.. eh? tetibee kannnnnnn..ehehehe




google




isshh banyaknya bebel.. okay-okay.. pengalaman drive kereta selama sebulan ni kan, ermm setakat ni baru 3 4 kali aku kena hon ngan pemandu tegar kl ni.. baruu okay.. eh, oraitlah tu kan... hehehe... pastu kalau naik highway tu.. aku gigil lebih skit sebab korang tau jelah pemandu-pemandu tegar ni kalau drive kat highway sume pakat pecut, aku duk terkial-kial kat lane kiri, serius dua rius aku gigil.. yang ni betul tak tipu tau... pastu balik ngadu kat cik suami "kalau naik Duke tu sayang gigil jee, tengok orang laju sayang tekan gak 70"... dia bantai gelak sebab dia kata kat highway 70 km/j macam siput je pon.. okay fine.. bini awk siput -_-




yang lain, okay.. cuma bila time jem, aku tak reti nak tukar lane, nak tukar masuk lane kanan selalu bagi signal lama-lama pastu tutup balik sebab takut nak masuk... padahal dah bagi signal tu mesti dorang bagi kita masuk kan.. ermm tahlah.. baru-baru ni sume tak berani... yang lain-lain okay je.. takde 'cium' pape lagi.. and kalau boleh taknak 'cium' papelah.. nauzubillah...














**selingan**




kemaruk Setia Hujung Nyawa ehh!  hok aloh mung niii! heeeeeeeeee :D





si ikram tu kenapa?  memanglah sweet dia buat camtu, tapi sweet kat bini orang kottttttt... issshhhh!
emo terlebih, hahahaha... laki i pon terjebak layan drama ni... hiii kkk:P





Monday, January 21, 2013

kisah 'si kenit'

hye, assalamualaikum! :)



genap setahun sebulan Aqif dah pandai berjalan.. yayyyy!! ibu teruja sangat, abah apatah lagi!  Abang Aqir? lagilah teruja!  tapi kan, masa memula dia pandai jalan tu kami terpaksa menahan rasa keterujaan tu, tak boleh tunjuk sangat kat dia masa dia duk berjalan terkedek-kedek ke hulu ke hilir tu sebabnya kalau dia perasan kitorang tengok dia, automatically dia akan duduk!  ishhhh!!!



harimau muda, yeahh!




pastu, nak taknak terpaksalah kitorang buat tak tahu jee masa dia duk kedek-kedek round kat hall kat rumah...  padahal dalam hati menjerit-jerit teruja tengok dia dah jalan!  *redha* actually, kalau ikotkan Aqif ni masa belum umur setahun ritu lagi dah pandai jalan tapi masa tu dia takde keberanian nak jalan sendiri, orang pegang laju je jalan, bila lepaskan tangan, dia duduk... 



yang dia betol-betol jalan sendiri ni masa setahun tulah, terkejut gak kitorang duk tengah tengok tv, tetibe ada mende kenit jalan-jalan kat depan kitorang *okay, panggil anak sendiri mende kenit, fine*  pastu kitorang teruja lah kan! pastu dia terkejut gaknya dengan keterujaan kitorang, langsung terus dia terduduk pastu tak jalan dah sampai sudah.. okay maknanya dia taknak kita tunjukkan keterujaan kat dia masa dia tengah syok jalan tu, mengganggu konsentrasi kot ek :D



dah pandai jalan, panjat pon dah pandai.. bayangkan tengah makan dalam baby chair tu pon boleh nak panjat keluar gak, macam nak terkeluar jantung aku tengok gaya dia, kalau jatuh tak ke naya!





penggemar remote astro yang tegar.


remote astro tu jangan harap kau nak konker, memang dia tak bagi punya.


ini apa hal lak ni? :D


see? remote melekat je kat tangan dia.


lompat-lompat atas sofa? okay nak.


blur pulak gambar.  harap maaf, hp mak dia tak canggih.


helloooooo.. pantang sebut hello letak tangan kat telinga :)



alhamdulillah Aqif membesar dengan baik dan sihat tapi cuma kurang berat badan sikit... hope appointment klinik bulan 3 nanti, berat Aqif dah naik ke paras normal mengikut umur ye nak.. dah macam-macam ibu bagi makan sekarang ni, dah malas nak kontrol sangat tu tak boleh, ni tak boleh, nurse kata apa yang kita makan dia dah boleh makan.. cuma kalau masakkan untuk Aqif memang aku letak garam hujung jari je, tak berani nak bagi rasa or perasa dalam makanan dia... bagi rasa gitu-gitu jee...



gigi pulak?  ermmm.. sampai sudahnya 2 batang kat bawah tu jelah... yang atas, bayang pon takde lagi.. risau pulak aku... orang lain setahun dah nak dekat penuh *tipu*  so, kalau nak bagi makan yang keras-keras tu kena betol-betol monitor dia sebab gigi 2 batang jee.. kesian anak ibu...



dari segi susu pulak, sampai harini aku still full bf kat Aqif, walaupun susu sekarang dah tersangat sikit, stok pon dah habis, harap apa yang pump sehari-hari je ada.. sekarang gigih jugak pump walaupun dapat sikit sangat... kalau boleh aku taknak campur lagi, Aqif baru masuk setahun dua bulan, sayang lagi nak campor fm..  baru-baru ni ada 2 3 kali jugak tak bekalkan susu kat nursery sebab terputus bekalan, dah habis :(  



aiiissyyy, kalau ikotkan aku takyah citer mende-mende ni kat sini, tambahkan stress, susu lagi berkurang, doct pon dah nasihatkan jangan fikir sangat, nanti jadi lagi macam haritu *taknak :(*  tapi dah hal anak, mesti fikir kan... ermm takpelah sekarang ni aku nak try ambik shaklee.. dengar ramai yang okay ambik shaklee ni.. harap okay and susu kembali meriah macam dulu.. uolls pernah try shaklee? okay tak? share lah skit ngan i :)






**ermmm kenapa tetiba rasa cam free je harini ek, dah lama tak rasa free camni, selalu asyik ade kejeeee  jee:P**






Sunday, January 20, 2013

apa perlu buat bila dah klik 'CASH OUT' Nuffnang?






hye, assalamualaikum! :)



bila belogwalking, tengok and baca cerita belogger cash outkan hasil cik Nuff dorang, baru teringat dah lama tak cek account cik Nuff aku.. eceh... macamlah lebat sangat pon masyuknyaa... tiap kali cek, tengok adelah dapat 20 sen, 30 sen... hampir 5 tahun belogging, sampailah sekarang tak pernah pon aku dapat hasil cik Nuff *lap air mata*... 




google




yelah belog aku ni bukan belog selebriti fofular, bukan belog gadis comel yang sentiasa mendapat perhatian ponnnnnnnn *buat mulot muncong panjang*, takat belog cipisan.. eh, picisan je pon.. kalau ada hasil tu kira baik lah tu cik Nuff nak gak bagi kan... so, baru ni aku merajinkan diri cek account cik Nuff aku... ooo.. dah berubah rupa ye cik Nuff *nampak tak punya lama aku tak cek account cik Nuff sampai berubah rupa pon aku baru tahu? tak nampak sudah!*




pastu kat menu tepi-tepi tu kan, aku klik jelah menatang apa yang ada... pastu ada button 'CASH OUT'... wah ni sudah bagos! selama ni duk baca belogger duk klik 'cashout', klik 'cashout' kan, tengok pada figure tu takdelah banyak sangat, tapi bolehlah.. teruja ko! 1st time ni wehhh! eh, sapa nak bagi duit kat ko free-free gitu je kan... sambil ngadap pc, canang citer tu, canang citer ni kat belog ko, pastu orang tu masuk baca, orang ni datang baca, alih-alih dapat duit!  aissyyy! mestilah teruja! sambil berhibur, sambil dapat duit!  ooh, berhibur eh blogging ni? watever!




pastu kan, bila kita dah klik 'CASH OUT' tu kan, pastu kan aku dah tak tau buat apa dah *garu kepala*... sebabnya macam habis camtu jee.. memang camtu ke u olls? u olls u olls yang sentiasa mendapat hasil yang lebat kat cik Nuff tu tolong bagitau kat aku boleh? aku ingatkan dia adalah mintak details kita plak, cam details no account bank kita ke, alamat rumah kita ke kotnya dorang nak post cek kan... tapi takde pon.. cek kat ibox email pon takde pape pon... camane tu weh?  tolonglah i olls kawan-kawan yang baik hati lagi budimannnnnnnn.. camne i nak dapat cek tu kalau takde pape information? 



google
muka i olls tengah blur *bajet comel*



tolong saya, saya budak baru belajar, jangan gelak tau, tak baik! *sambil garu kepala lagi*



k, bye!





Thursday, January 17, 2013

you are my big boy!

hye, assalamualaikum! :)





13 January 2013 hari ahad baru ni harijadi syaqir yang ke 5.. alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur anak ibu, masih beri peluang untuk ibu dan abah membesarkan anak ibu yang makin hari makin bijak dan soleh ni hendaknya :)



tapi nak dijadikan cerita, hari jadi syaqir tu jatuh hari majlis bertandang akak aku kat sebelah suaminya.. jadi, kelam kabut and sume bertumpu kat majlis tu, sampai sorang pon takde wish kat syaqir... orang tak wish okay lagi, tapiiiiiiiii.. tak tahu nak cakap camne, rasa macam taknak cerita tapi takpelah cerite jelah... aku and cik suami tersayang pon boleh terlupa! :(



jahat tak? jahat tak? jahat kan??!!  wat a bad mummy!  wat a bad papa! :(  feel like we are the worst parent in the world! :((



nak tau, bila masa kitorang ingat?  masa on the way balik ke kl lepas majlis tu petang tu!  tetibe je aku cakap kat cik suami "b, harini bufday syaqir lah! ya Allah, langsung lupaaaaaaa"  cik suami pon mengiakan dan suruh aku mintak maaf kat syaqir sebabnya masa tu aku lepas marah kat dia, tau jelah bebudak ni kalau tak buat perangai, sampai kita bertukar jadi hulk baru reti nak duk diam kan..



dan-dan tu aku panggil dia and usap kepala dia cakap "syaqir harini bufday syaqirlah, happy bufday sayang, i luv u".. tapi dia macam takde perasaan pon.. yelah dia tak berapa reti lagi kot bufday ke apa kot.. tapi bila aku cakap tu dia ade gak senyum.. pastu balik tu singgah Big Apple kat JJ sebabnya dari semalam sebelum tu duk haruk nak Big Apple, tengok kat tv punya pasal.  nak bagi kek dia taknak.



tapi semalam, cik suami belikan jugak kek yang comel, nanti-nanti pasni baru nak celebrate betul-betul..  lepas balik dari school, kitorang buat surprise, kemain seronok dapat kek comel ultraman :)






walaupun kecik, tapi dia seronok :)


ooppss abah cekci! :P




bufday boy and adik yang makin nakal! :)



to Abang Aqir,

ibu nak wish happy bufday, semoga anak ibu jadi anak yang soleh dan diberikan akal fikiran yang bijak, dan kesihatan yang baik selalu, we luv u much!  im so sorry sayang sebab boleh terlupa harijadi syaqir haritu, ibu ngaku ibu paling teruk kat dunia ni.. sorry sayang.. luv u.. :-*




alhamdulillah, sejak dah sekolah, syaqir makin rajin dengan buku, drawing, coloring.. and paling teruja dia siap boleh ajar aku cara sembahyang.. "ibu, nanti kalau nak buat camni (sambil dia sujud), ibu letak hidung kat sejadah tau, kena cium, jangan letak dahi je, salah camtu"... can you imagine wat i feel at the time? i am so touching!  alhamdulillah, syaqir dah pandai, and kita boleh tahu dia pay attention kat kelas masa belajar kan :)



pagi tadi pulak, takyah kejutkan dia, dia dah bangun sendiri, gud my big boy! pastu dia gi masuk bilik air basuh muka (assume as ambil air sembahyangla kan), dia ambil sejadah and kopiah, sembahyang sebelah abah dia tengah solat subuh.. oohh! my Allah!  alhamdulillah.. feel like my tears are going down my cheek!  sekali lagi, so touching! *lap air hidung*



malam tadi pon sama, abah tengah solat isyak, dia pon sama solat tapi adik buat kacau, baru nak angkat takbir, adik dah datang kacau.. kelakar pulak tengok gelagat dua beradik tu... berapa kali lah jugak syaqir angkat adik sambil ngomel "adik duk sini dulula, abang nak solat, jap gi main ngan abang ek" aku senyum-senyum jee, syaqir pon sound "ibu tengoklah adik ni, abang nak solat lah"  ehehehe :D







** kesihatan aku pulak kurang mengizinkan, minggu ni kerja 2 hari jee.. ya Allah, dugaan lagi.. aku pasrah**