Monday, January 21, 2013

kisah 'si kenit'

hye, assalamualaikum! :)



genap setahun sebulan Aqif dah pandai berjalan.. yayyyy!! ibu teruja sangat, abah apatah lagi!  Abang Aqir? lagilah teruja!  tapi kan, masa memula dia pandai jalan tu kami terpaksa menahan rasa keterujaan tu, tak boleh tunjuk sangat kat dia masa dia duk berjalan terkedek-kedek ke hulu ke hilir tu sebabnya kalau dia perasan kitorang tengok dia, automatically dia akan duduk!  ishhhh!!!



harimau muda, yeahh!




pastu, nak taknak terpaksalah kitorang buat tak tahu jee masa dia duk kedek-kedek round kat hall kat rumah...  padahal dalam hati menjerit-jerit teruja tengok dia dah jalan!  *redha* actually, kalau ikotkan Aqif ni masa belum umur setahun ritu lagi dah pandai jalan tapi masa tu dia takde keberanian nak jalan sendiri, orang pegang laju je jalan, bila lepaskan tangan, dia duduk... 



yang dia betol-betol jalan sendiri ni masa setahun tulah, terkejut gak kitorang duk tengah tengok tv, tetibe ada mende kenit jalan-jalan kat depan kitorang *okay, panggil anak sendiri mende kenit, fine*  pastu kitorang teruja lah kan! pastu dia terkejut gaknya dengan keterujaan kitorang, langsung terus dia terduduk pastu tak jalan dah sampai sudah.. okay maknanya dia taknak kita tunjukkan keterujaan kat dia masa dia tengah syok jalan tu, mengganggu konsentrasi kot ek :D



dah pandai jalan, panjat pon dah pandai.. bayangkan tengah makan dalam baby chair tu pon boleh nak panjat keluar gak, macam nak terkeluar jantung aku tengok gaya dia, kalau jatuh tak ke naya!





penggemar remote astro yang tegar.


remote astro tu jangan harap kau nak konker, memang dia tak bagi punya.


ini apa hal lak ni? :D


see? remote melekat je kat tangan dia.


lompat-lompat atas sofa? okay nak.


blur pulak gambar.  harap maaf, hp mak dia tak canggih.


helloooooo.. pantang sebut hello letak tangan kat telinga :)



alhamdulillah Aqif membesar dengan baik dan sihat tapi cuma kurang berat badan sikit... hope appointment klinik bulan 3 nanti, berat Aqif dah naik ke paras normal mengikut umur ye nak.. dah macam-macam ibu bagi makan sekarang ni, dah malas nak kontrol sangat tu tak boleh, ni tak boleh, nurse kata apa yang kita makan dia dah boleh makan.. cuma kalau masakkan untuk Aqif memang aku letak garam hujung jari je, tak berani nak bagi rasa or perasa dalam makanan dia... bagi rasa gitu-gitu jee...



gigi pulak?  ermmm.. sampai sudahnya 2 batang kat bawah tu jelah... yang atas, bayang pon takde lagi.. risau pulak aku... orang lain setahun dah nak dekat penuh *tipu*  so, kalau nak bagi makan yang keras-keras tu kena betol-betol monitor dia sebab gigi 2 batang jee.. kesian anak ibu...



dari segi susu pulak, sampai harini aku still full bf kat Aqif, walaupun susu sekarang dah tersangat sikit, stok pon dah habis, harap apa yang pump sehari-hari je ada.. sekarang gigih jugak pump walaupun dapat sikit sangat... kalau boleh aku taknak campur lagi, Aqif baru masuk setahun dua bulan, sayang lagi nak campor fm..  baru-baru ni ada 2 3 kali jugak tak bekalkan susu kat nursery sebab terputus bekalan, dah habis :(  



aiiissyyy, kalau ikotkan aku takyah citer mende-mende ni kat sini, tambahkan stress, susu lagi berkurang, doct pon dah nasihatkan jangan fikir sangat, nanti jadi lagi macam haritu *taknak :(*  tapi dah hal anak, mesti fikir kan... ermm takpelah sekarang ni aku nak try ambik shaklee.. dengar ramai yang okay ambik shaklee ni.. harap okay and susu kembali meriah macam dulu.. uolls pernah try shaklee? okay tak? share lah skit ngan i :)






**ermmm kenapa tetiba rasa cam free je harini ek, dah lama tak rasa free camni, selalu asyik ade kejeeee  jee:P**






15 comments:

Fieza79 said...

spe la yg tk teruja tgk anak mula nk berjalan..tgh sbr jgk ni..firas lau pegang laju je jln..bila lps kn tgn terus duduk..lngsung tkde keberanian..

Mama Hanim said...

seronok kan tengok telatah anak kecil camtu.. cute sangat..

~SHiLA~ said...

awl gak la jln umur setahun.xlame lg dah belari.hehe

shaklee tu try amek yg trial utk sebulan tu dulu.klu ok,boleh beli utk 4bln trs tu.jimat cket beli 4bln trs

nadia said...

bilaaa laaaa nadia nak rasa ada anak jugakkk niiii T___T
pinjam anak akak jap :p

syariza09 said...

ni mesti free lah ni, sbb tu leh wat n3 panjang hihihi..pandai aqif, cpt jer dia berjalan2

sy tgk berat badan dia ok jer, nurse kata x berat lg yer, x per pasni gigih kasi berat pula ok

Kakzakie said...

Siapa pun sama Sara mesti exited bila pertama kali lihat anak menapak utk jln.

Shaklee ramai yg dah minum dan kakak rasa Sara bolehlah cuba.

nadia said...

kak sara, nanti konpemmmm dia tolong akak kemas rumahhhh :p

Miz Fieza said...

wah dah jalan dah....harris kiter dah nak 1 tahun 1 bulan tak jalan lagi hehehe....

*by the way bukan further kat oversea tapi mtk posting kerja hehehe

nik ros said...

comel jea dia. mcm2 gaya tau..hehe
makin aktif la skarang ni yea

Hana Amylia said...

Alahai comel nye dia...

klau ada anak sendiri best nye...ehh..heheh :D

Kuazue Mohd said...

as salam... cik azue datang vertandang...by the way..dtg ni nak menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1

nadia said...

comeyyyy anak kak sara ni! :)

Kakzakie said...

Kakak datang lagi jenguk si comel lote ini Sara...

ieda immi said...

alhamdulillahhh
dah mula berjalan yee
haa lepas nie mama kena lebih hati2 lah
dah lebih agresif nie ..
baguslah dik full BFF lagi .. ;) sampai kalau boleh 2 tahun tau ;)

wahida said...

comel!! budak2 mmg suka main remote tv kan...