Thursday, June 28, 2012

boy ke girl?

hye, assalamualaikum! :)



masa dia 7 bulan ritu mula masukkan dia dalam walker, senang aku nak buat kerja.. eh, tapi tak jugak... jap-jap terjongol kat dapor datang cari aku..aissyy aqif..aqif..













kaki tu takyahlah nak berstokin bagai.. berlapik bagai.. anak ibu kan boy.. kena ah lasak skit.. takat terpijak sampah-sampah kecil kat umah ibu tu takde maknanya sampai memudaratkan diri sendiri.. sakit sikit je tahan jela.. nangis jelah kejap ye! =D



budak ni kan dah besar.. dah macam-macam ragam.. dah nak masuk 8 bulan aqif menunjukkan tumbesaran yang membanggakan dan membahagiakan hati ibu dan abahnya... walaupun kalau pergi mana-mana orang tanya "boy ke girl ni?"  pastu dengan bangganya ibu dia jawab "boy"  pastu orang yang bertanya tu mesti cakap "la boy ke... ingatkan girl" O_O



aku taulah masa pregnant haritu aku memang berharap sangat dat my baby tu girl.. tapi bukan rezeki aku lagi untuk timang cahayamata perempuan *fuhh ayat*.. keluarnya boy.. aku tetap bersyukur and happy.. anak kot.. sape tak sayang anak senah oiiii.... takpelah tak dapat girl lagi sekarang ni, nanti kita proceed baby girl tau b! *pesanan untuk suami tersayang* :D



aku ni dukla tilik-tilik aqif, tang manalah girl nyaaa... muka dia lah kann.. orang mesti tengok muka nak teka boy ke girl.. sebab takat ni aku pakaikan baju seluar sume yang boy je kat aqif.. tak penah lagi bagi pakai pink! hehhh, tak betollah tu mak dia nak bagi pakai pink kat anak laki kan! 



tapi aku penah jumpa kat shopping mall ritu, kat dalam nursing room, sorg lady ni tukarkan pampes anak dia... aku mati-mati ingatkan girl, sebab pakai pink dari atas ke bawah, siap pakai gelang tangan lagi.. sekali dia bukak pampes anak dia, keluarlaa bebird tuu.. terang-terang laki.. bebird lak sikit punya b***r :P  pelik lak aku.. kalau camtu, anak tu besar esok terpesong lak, sape nak disalahkan kan?  nauzubillah, minta dijauhkan =)



takpelah aqif, orang cakap boy ke girl kee, yang penting anak ibu comey, sihat sempurna seadanya.. ibu tau, kecomelan aqif tu tak lain tak bukan menurun daripada ibulaa.. sape lagi kan?? kan... kan... kannnn? =P




**ada yang cakap nanti besar mesti jambu aqif ni, ohh jambulah sangatttt =P**

okey jee..lain kali jangan fikir bukan-bukan...

hye, assalamualaikum! :)


harini bersiaran dari opis orang lain, pc orang lain sebab kena jaga bos orang lain.. my boss terbiar keseorangan kat bawah..muehehe.. ni first time aku jaga bos orang.. semalam siap gi recee dulu.. macam-macam aku tanya kat PA dia... yelah lain bos lain ragamnya kan.. harini dah dekat 1 hari jaga dato' ni okeylaa.. he's cool babe! mana tak cool nya.. pagi petang meeting, tinggal aku sesekor tercongok buat hal sendiri jee.. seronok ah! hihi... lunchtime jap tadi je dia ada jap.. ehehehe



aku ingatkan dia macam %&*^&$ tapi rupa-rupanya dia okey... haaa tulaa orang-orang tua kata dun judge a book by its cover... kelas kau senah! orang tua berfalsafah omputih bagai.. kau ada? heeeeee :D



aku jaga bos orang ni sampai esok jee.. minggu depan kembalilah ke tempat asal.. tapi bos aku ni kata cuti, tadi ada jee datang naik melepak kat atas nii.. saje nak skodeng aku ke apa? aiissyyy bos.. bos... macam-macam ragamlah bos ni kan.. tapi my boss tu pon cool jugak.. dia datang tanya "eh sebok ke?"  aku dengan selamba jawab "takde ah sebok, buat-buat sebok je sebenarnya"  lol... boleh? :P



muka suci lepas solat..petang hari tak kose nak touchup-touchup..bedak-bedak, tenyeh gloss sudah!
berfareeda bagai jugak kekdahnya.. kelas kau maria!
eh, tetiba tak malu tempek pic muka sendiri ek.. lah korang ni, bukan selalu pon, kasi ah can skali! :P






**saje buat muka masam, kalau senyum nanti ada lak yang jatuh cinta..kan susah.... **stetment buat orang nyampah lagi :P**

Tuesday, June 26, 2012

fall in love : all about mustard yellow

hye, assalamualaikum! :)


lately, apa semua-semua benda yang kaler mustard yellow msti aku jadi teruja! teruja tengok, pegang, try-try, fitting-fitting.. tak kirelah handbag ke.. kasut kee.. baju keee... apa-apa yang mustard yellow lah! tengok orang pakai mustrd yellow pon suka! boleh dikatakan "arghhh! i fall in luv with mustard yellow"


kalau pegi window shopping, apa benda jee yang aku tak try kalau tengok yang mustard yellow! huhhh.. hormon mustard yellow dah mneyelinap dalam enzim-enzim badanku.. eh? betol ke tidak nii? *abaikan :P*






























tapi takde ah hormon mustard yellow tu buatkan aku sampai jadi kurenggg camtu sebab fanatik kat mustard yellow habis! ahahaha!



all pics credited to Pak Google



**esok kena ganti PA lain, aissyy 1st time jaga bos orang, kekok lak rasa**

Monday, June 25, 2012

alahai anak

hye, assalamualaikum! :)



semalam waktu pegi ambik anak-anak kat taska, syaqir tengah makan.. tapi mukanya monyok sangatt.. aku tengok dia, dia pon tengoklah aku.. takde excited macam biasa... rupa-rupanya budak tu demam...alahaii anak.. anak... bukan main panas badannya.. aissyyy  T________T



abang aqir yang kian membesar :)


rasa macam dah lama tak tempek gambar syaqir kat belog kan.. hihikkk asyik adik je interprame.. zaman abg aqir nak interprame dalam belog ibu dah berlalu..haha



yang si aqif pon batuk kahak tak sembuh-sembuh lagi.. makin banyak kahaknya.. tido malam pun tak lena sangat budak tu... mak dia lagilah tak lena tido.. bapak dia?? lenaaaaaaa je manjang :P aku ni jap-jap tengok anak tergolek sana sini.. dia tak selesa tido baring terlentang, dah pandai budak tu, aku terjaga jee tengok dia duk meniarap, kepala steady jee duk tengok makpaknya ketiduran..haha.. meniarap dalam samar-samar lampu tido, tak nanges pon.. comel je anak ibu! hihikkk!



so, malam tadi bawak dorang pergi klinik.. yang abangnya dah sampai kat klinik elok pulak dah turun panasnya.. 35.8.. masa petang gi ambik tu bukan main panas lagi.. yelah sekarang ni cuaca tak menentu, jerebu bagai... ubat still kena bagi tiap 6 jam walaupun suhu dah turun.. tapi semalam syaqir behave jelah, tak aktif macm biasa.. tak sedap badan gamaknya...


ni gambar aqif masa demam yang haritu.. sengehhh jeee :P


adik aqif bambam!



yang aqif pulak kena neb.. sebab bernafas pon berbunyi... batuk pon kahak pekat lagi bunyinya...  punyalah meraung budak tu nanges masa kena neb tuu... alahaiii... nak buat camane kan.. tapi lepas neb semalam kahak still ada.. kurang sikit je pon.. petang ni kalau still batuk kahak ada lagi nak kena bawak gi neb lagi... aku tak mintak ubat ngan doct tu sebab ubat-ubat ni tak elok sangat untuk budak below 1 year kan..lagi-lagi antibiotic, tak digalakkan kan.. harapnya batuk kahak aqif berkuranganlah..


stroller adik dah patah.. nanti cakap kat abah kita beli baru ye dik :D


pegi tesco terpaksa letak dalam trolley barang.. bantal-bantal tu bukan kami beli pon, saja ambik letak buat sandar aqif..haha


eh, sukee pulak dia!








ibu nak ambik gambar adik, abang lak sebok interprame... aisssyy ngikut perangai sapelah abg aqir ni :P


haaa kan dah kena ngan adik.. saje je tutup muka abang.. heeee :D



1hb nanti adik aqif genap 8 bulan... kejap sungguh rasanya!  bulan depan lak dah boleh daftar tadik abang aqir.. errmmm tak puas lagii nak main-main ngan diaa... dah nak sekolah anak ibu... rasa macam tuaaaa je pulak bila anak dah mula sekolah... hahahaha.. stetmentttttttt buat orang nyampah :P




**harapnya batuk aqif berkurangan n abang aqir dah tak demam.. anak-anak ibu kuat kan! :)**

kisah kursus

hye, assalamualaikum! :)


lamanya tak mengupdate belog kerana kekangan masa ye kawan-kawan.. mintak maaplah banyak-banyak... mood blogging sekarang ni pun suka swing-swinglah... jap layan, jap tak layan... biasa ah tu, pompuan ni penuh dengan hormon-hormon yang tak stabil sampai membuatkan laki masing-masing pening melayan kerenah para isterinya... eh? para? macam ramai jeee! ohh tidakk! no no noooooo :D



google



minggu lepas aku kursus dari senin sampai khamis... heaven! sebab takyah mengadap langau-langau opis tuuu.. tenang sikit jiwa!  kursus khidmat pelanggan berbudi bahasa.. kelass kau maria.. kau ada? ahahaha... ni kes member team sorang yang ala-ala gitu-gitu tulah.. sikit-sikit kau mampu? kelas kau sara! kau ada? kata ratu! wah! diva sangat!



google



haa gitulah kekdahnya dah terjebak dah aku dalam dunia mereka itu! ahahaah!  bagos gak terjebak dengan dorang ni sebab lecturer haritu ya ampun punyalah TAK BEST! huhhh! memasing duk hitung jam berapa nak habis jee.. muka toya je memasing.. serius tak best lecturer tu! satu je yang best, hari ketiga kursus kitorang pergi SOGO! haaaaa kelas tak kelas ko jah! hihihihi! kau ada?? muahahaha...



google



actually kami kena buat survey kat kaunter-kaunter jabatan kajaan and swasta.. kata kursus khidmat pelanggan kau.. haruslah kena tengok service counter camne apa sume kan.. pastu esoknya tu kenalah present.. biasa ah kursus ni kan ada LDK.. apaa? ingat sesedap je satu sesi bershopping di hari berkursus? amboiii banyak cantik muka hang! :D





google
ada yang sempat shopping kau! dorang yang datang luar kl memang ambil kesempatan shoppinglahh.. haruslah kan! ehehe




hari jumaat pulak aku EL sebab kekurangan kesihatan :D  aku batuk-batuk, selesema.. aqif pon same.. badan rasa tak sedap, suara pon dah nak tak nak je keluar.. tercutilah hari jumaat tu.. duk berehat 3 beranak kat rumah.. harini feel better sikit.. datanglah mengadap langau-langau kat opis ni balik... gedebushhh! :'(




**nak datang kerja pon berkira-kira.. pikirkan malas mengadap langau-langau ni tauuu :(**

Friday, June 15, 2012

tak setia!

hye, assalamualaikum! :)


aku memang tak setia orangnya.. suka bertukar-tukar... bila dah bertukar pada yang baru terus semangat datang... suka main tukar-tukar... oppss! cop yee kawan-kawan! bukan bertukar pasangan.. ayooo! nauzubillah.. minta sisih malaikat 44! saya sayang suami saya.. sayang dia ketat-ketat :P


aku nak cakap aku suka tukar-tukar layout belog aku ni kan! korang perasan tak? tak perasan sudah, tak paksa pong :P  kalau takde keje camnilah jadinya... sebab kan aku dah lame tak update belog, nak bagi mood blogging mari, aku tukarlah layout.. main klik tu ini.. tukar-tukar, font, colour.. baru semangat balik nak layan belog...hihikkk..

okey tu jee nak cakap, esok weekend kan?? weehuuu!! okey bubbyee! happy weekend! :)

Thursday, June 14, 2012

puree session

hye, assalamualaikum! :)


now, aqif dah 7 months++, dah makan macam-macam dah *tipu* ehehehe.. lepas seminggu diperkenalkan  solid food tu, now aku dah campurkan sayor-sayoran and ikan or ayam dalam bubur dia... untuk snack time aku bagi puree buah.. epal, pisang, mangga... memang selera dia makan :)


wanita berkerjaya macam aku *stetment wanita berkerjaya harus*, kita kenalah bijak bertindak dalam penyediaan solid food anak-anak.. baik dari segi cara and masa penyediaan.. paling penting masa!  sebab kita terkejar-kejar nak pegi keje, masak bubur anak pon kalau boleh nak cepat... dalam cepat, khasiat bubur anak harus diutamakan..



salah satu cara yang praktikal adalah frozen pureed! yee memang cepat dan mudah! gambar ni my 1st time buat stok puree menggunakan ice tray! memang seronok! macam main masak-masak jeee pulak kat dapor haritu! comel kan :D  aku buat puree bayam, potato, labu and carrot..


cara buatnya? rebus sayor-sayor tu sampai empuk.. toskan kemudian blendkan.. aku guna blender jee, takat ni takdok duit gi nak beli food processor :P  yang ada food processor tu lagi senang..kalau pakai blender masukkan sikit air untuk mudahkan dia blend.. dah siap tuang je terus dalam ice tray comel tu :)


bertutup.. mengekalkan kesegaran n khasiat sayor-sayoran tu.. ice tray ni beli kat giant.. kat giant jee ada yg pesen bertutup nii.. kat lain takdok.. jenama giant.. produk giant.. gi cari kat giant jelah ye kawan-kawan.. pegi cari kat tesco memanglah takdok..hihikk


siap untuk dibekukan dalam peti ais... pagi-pagi campak je dalam beras yang dah kita kita buat stok siap macam dalam entry ini... pastu nak tambah isi ayam ke, isi ikan ke terpulanglah..



10 - 15 minit dah pon siap bubur anak! cepat,  mudah dan pastinya berkhasiat! sebabnya anak-anak kita makan bubur yang dimasak dari bahan-bahan segar tanpa bahan pengawet.. berkali ganda lebih baik khasiatnya daripada nestum yang dibancuh dengan air.. memanglah mudah tapi penuh dengan bahan pengawet...  not gud for our babies :)


masa syaqir umur macam aqif ni pon tetiap hari aku gigih buatkan bubur nasik.. memang tak pernah bagi nestum.. nestum tu time darurat jee.. sebab bagi aku kalau boleh nak beri yang terbaik untuk anak-anak.. aku memang kurang bagi menda-menda yang instant untuk anak-anak masa berumur below 1 year.. puree buah yang instant tu lagilah aku tak penah beli kat pasaraya sebab mende-mende macamtu lagilah banyak bahan pengawetnya kan.. yang dah-dah tentu sangat-sangat tak elok untuk anak-anak..


sebab tulah haritu aku kata aku jeles ngan mereka-mereka yang bergelar surirumahtangga sepenuh masa sebabnya dapat sediakan fresh food untuk anak-anak kan... hari-hari boleh tukar menu.. anak-anak pon membesar dengan sihat :)


bekal aqif masa outing...


budak comot tengah makan! actually dia tak berapa pandai lagi nak duduk kat baby chair tuu.. tapi omaknya mana larat nak suap sambil riba.. dahla tak reti duk diam budak tecit ni tau! kena monitor make sure dia duduk dediam :D




**tapi ada jugak fullhousewife yg tak masak kat anak2 dorang, bancuh nestum jee, bagi fm..uhh rugi!! takpelah itu masing-masing punya cara n pilihan :)**