Thursday, June 28, 2012

boy ke girl?

hye, assalamualaikum! :)



masa dia 7 bulan ritu mula masukkan dia dalam walker, senang aku nak buat kerja.. eh, tapi tak jugak... jap-jap terjongol kat dapor datang cari aku..aissyy aqif..aqif..













kaki tu takyahlah nak berstokin bagai.. berlapik bagai.. anak ibu kan boy.. kena ah lasak skit.. takat terpijak sampah-sampah kecil kat umah ibu tu takde maknanya sampai memudaratkan diri sendiri.. sakit sikit je tahan jela.. nangis jelah kejap ye! =D



budak ni kan dah besar.. dah macam-macam ragam.. dah nak masuk 8 bulan aqif menunjukkan tumbesaran yang membanggakan dan membahagiakan hati ibu dan abahnya... walaupun kalau pergi mana-mana orang tanya "boy ke girl ni?"  pastu dengan bangganya ibu dia jawab "boy"  pastu orang yang bertanya tu mesti cakap "la boy ke... ingatkan girl" O_O



aku taulah masa pregnant haritu aku memang berharap sangat dat my baby tu girl.. tapi bukan rezeki aku lagi untuk timang cahayamata perempuan *fuhh ayat*.. keluarnya boy.. aku tetap bersyukur and happy.. anak kot.. sape tak sayang anak senah oiiii.... takpelah tak dapat girl lagi sekarang ni, nanti kita proceed baby girl tau b! *pesanan untuk suami tersayang* :D



aku ni dukla tilik-tilik aqif, tang manalah girl nyaaa... muka dia lah kann.. orang mesti tengok muka nak teka boy ke girl.. sebab takat ni aku pakaikan baju seluar sume yang boy je kat aqif.. tak penah lagi bagi pakai pink! hehhh, tak betollah tu mak dia nak bagi pakai pink kat anak laki kan! 



tapi aku penah jumpa kat shopping mall ritu, kat dalam nursing room, sorg lady ni tukarkan pampes anak dia... aku mati-mati ingatkan girl, sebab pakai pink dari atas ke bawah, siap pakai gelang tangan lagi.. sekali dia bukak pampes anak dia, keluarlaa bebird tuu.. terang-terang laki.. bebird lak sikit punya b***r :P  pelik lak aku.. kalau camtu, anak tu besar esok terpesong lak, sape nak disalahkan kan?  nauzubillah, minta dijauhkan =)



takpelah aqif, orang cakap boy ke girl kee, yang penting anak ibu comey, sihat sempurna seadanya.. ibu tau, kecomelan aqif tu tak lain tak bukan menurun daripada ibulaa.. sape lagi kan?? kan... kan... kannnn? =P




**ada yang cakap nanti besar mesti jambu aqif ni, ohh jambulah sangatttt =P**

11 comments:

mamyharraz said...

akk pun teringin nak gegirl jom berdoa sesama moga di kabulan doa kita yg satu ni ;)

comelnya dia..berketak kaki.geram!

Ezy Chiaki said...

muke ade rupe pompuan ckit.
nt besar macho la..
hehe

Riri Yoorin said...

semangat baby kamu :)

Kakzakie said...

Bila dah ada lelaki teringin nak perempuan dah ada perempuan nak lelaki. Kakak nie tiga-tiga perempuan tak apalah sara, besar kelak dia menikah dapatlah kakak anak lelaki hihi...

Qhaifa Nur said...

anak ke 3 amzar muka jambu..orang kata sebab nak gegurl..mungkin betul rasanya...yang penting lasakkan boy sorang ni...

Irfa said...

eh biar betul mak budak tu?siap pakai gelang lagi..emas ke suasa?kalau budak tu konflik jantina sapa nak disalah.mintak jauhla ..

dah besar sikit mgkin lebih nampak ke lelakiannya ;)

nn lylyn said...

cutenye =) bulat2 je

eMMe said...

Sara~ Aaqif muka dia lembut kan, tu yg org tgk ingat girl, hehe.. tapi.. didikan mak ayah tu yg penting.. nak bentuk anak dia jadi seorang lelaki tulin nnt, hehehe....

ieda said...

ekek aah janji aqif tetap comel di mata ibu dan ayah

zahrien tuu sampai skrg org ingat perempuan , nak2 masa dia berambut panjang tuu
dah besar nie barulah , bila dipakaikan pakaian lelaki , baru nampak handsome dia ekek ;)

syariza09 said...

OMG biar betul smuanya pinky..agaknya maknya betul2 kepingin bb girl kot...sob sob

syariza09 said...

OMG biar betul smuanya pinky..agaknya maknya betul2 kepingin bb girl kot...sob sob