Sunday, July 1, 2012

Hartz Chicken Buffet @ BerjayaTimes Square *lah sangat!!

hye, assalamualaikum! :)


hari weekend, selalunya hari duduk beristerehat kat rumah dengan anak-anak tercinta..sebab cik suami keje kan *redha*  so, weekend selalunya penuh dengan tugas-tugas harian surirumah tangga.. laundry, masak, kemas umah, lipat baju, susun baju, buat stok makanan aqif.. tu jelah rutin harian aku on weekend *redha*



sekali sekala bila cik suami free, dia pon ajaklah keluar *sebenarnya bini dia yang ngajaknya :P*... paling best bila makan luar.. takpayah masak!  woohooo!! suke sangatlah bini dia ni.. cuti masaklah katakan! sebabnya bila time masuk dapor, selalu bertafakur depan fridge, tengok stok barang masak apa yang ada, mulalah terikir-fikir nak masak apa... gitulah kekdahnya ragam seorang isteri yang kurengggg pandai memasak macam aku ni *sape senasib macam aku? sila angkat keyboard masing-masing :P*



semalam, breakfast kat rumah macam biasa, tengahari takyah masak sebab nak makan luar kan... kalini aku teringin nak try makan kat Hartz Chicken Buffet... tak pernah try.. tengok pada harga murah n mestilah berbaloi sebab makan buffet style... syaqir lak memang his feveret ayam goreng! kami anak-beranak pon simpanlah perot tengahari tu nak makan kat sana... lokasinya kat Berjaya Times Square... masa google jumpa kat Sunway Pyramid.. pastu cakap kat my sis dia kata kat TS ada... watpe nak gi jejauh.. okey fine, let's go bebeh!



my anaks n my sis.. posing lu sementara tunggu cik suami ambik kereta...



kua rumah pukul 2, lepas zohor..terus gerak.. mata melilau tengok baju-baju murah kat butik-butik situ..dah banyak lain dah TS ni.. last pergi 2 3 tahun dulu kot..haha..nama je duk kl tapi macam katak bawah tempurung!  isteri dan ibu mithali lah katakan :P  zaman bercinta bagai nak rak dulu rajinlah laki hangkut gi TS ni.. masuk Cosmos World.. layan roller coaster macam nak tercabot jantung tu adalah 2 kali.. sekarang jangan harap dia nak layan hangkut lagi :P



tengok baju-baju murah, cakap kat sis "nanti dululah nak beli baju tu, kita gi makan lu"... okeyy... naik level 4... restorannya tingkat 4... pusing punyalah pusing sampai sejam lebih mana rupe restorannya langsung takde.. aku dah macam..ayoooooo... dah lapar niiiiii.. syaqir dah bising harut ajak makan.. aduh, kesiannya anak... jap yee syg, kita cari lagiii.. aku konpiden pegi TS ni sebab adik aku tu cakap die penah makan kat situ...  tawaf punya tawaf tak jumpa.. naik turun, naik turun, segala map floor dah tinjau sampai naik juling mata ni, memang takde Hartz Chicken Restaurant! dangggg!  *duk bersimpuh, lenguh kaki, menangis, huwarghhhhhhh* :(



daripada pukul 2.30 sampai... sampailah kat kul 4 masing-masing dah surrender..at last makan kat sini jerk! Chicken Hartz tak dapat.. Chicken Rice jelah! *menangis lagi kempunan chicken hartz :(*


kat TS ni tak banyak sangat choice tempat makan yang best kan..


semalam baby Aqif agak meragam... daripada hari sabtu lagi meragam merengek jeee.. sebab? nak tumbuh gigi! yay! anak ibu dah besar! :)


macam biasa.. pose abang aqir.. peace yaww di mana-mana sajerk!






**kena terjah Sunway Pyramid jugak nampak gayanya!**




9 comments:

Kakzakie said...

Ada kala cuti masak tujuan nak makan tempat yg dah plan tapi bila tempat di tuju tak jumpa menjadi terasa hampa. Tak apa dapat beli utk anak-anak rasa puashati Sara..

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

wah, abis licin!

eMMe said...

aa'ah.. kalo jalan kat TS, tak puas tau... kene rata satu TS, sampai rase lenguh kaki n tumit ni baru leh balik umah, hahahaa!

ieda said...

ekeke macam tulah dik
lain dirancang lain yg dpt ..
x perlahh janji ada chicken ;)

Hanis Azla said...

ala siannya.. sampai kelaparan cari harts yer.. takpe next week gi sunway piramid pulak.. mmg best makan kat situ sbb buffet style kan..

syariza09 said...

hohoho...mesti penat giler cari kedai tu kan..b4 puasa kena la ke Sunway

asna cute said...

peanh pergi sekali masa buka puasa last 2 years kot mmg berbaloi! hehehe =D

cik hani said...

kt TS mmg xbyk pilihan.lg satu jgn ikut apa yg dlm google.sbb TS mmg byk perubahan..xmcm sunway..

aku pun pnh tkena:-[

MomTom said...

kesiannya. dekat TS tu dah lama gak la Chicken Haartz tutup. Tahun 2010 atau 2011 mcm tu kot.