Thursday, June 30, 2011

tazkirah : amalan dimurahkan rezeki

hye, assalamualaikum! :)

seperti yang diberitahu sebelum ni, kalau boleh setiap hari jumaat aku akan buat satu entry khas perkongsian ilmu agama (tazkirah)... semua artikel ni aku copy daripada emel dan web2 yang aku google..tak salah kan kite kongsikan ape yg baik2..lagi2 ilmu agama ni.. selain untuk menambahkan ilmu pada diri kita dan peringatan serta amalan kita bersama.. insyaAllah.. harapnya sama2 kite beroleh manfaat ye kawan2..

selamat membaca n selamat beramal! :)


Amalan Memurahkan Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:



1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)



2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan

menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)



3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)



4.Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)



5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,

berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)



6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)



7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)



8.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.



9.Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”



10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti hariansebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.



11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)



12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)



13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)



14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah



15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)



16.Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)



17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;

misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, diatidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.



18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.



19.Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya,hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.



20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)



Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)



Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
 
 
sumber disini
 
 
**tak lupa juga ilmu ini adalah utk peringatan dan panduan untuk diri aku sendiri**
 
 
 

Wednesday, June 29, 2011

spend our quality time 4 (last dah.. kompim takde sambungan dah)

hye, assalamualaikum! :)

okey, seperti yang dijanjikan ini sambungan lagi daripada entry2 aku yang lepas.. last chapter yang nii .. ni dah last dah.. tak tipunya..cayelah :D  alaa, aku bukan penah pon wat entry chapter2 camni.. tgk org lain wat entry chapter2 camni aku nak gak try.. nak tengok sejauh mane korang layan entry merapu raban aku nii.. ingat.. tiada paksaan tau.. bacelah dengan kerelaan hati korang yee.. hikkkkkk  ^_^

okey, pagi tu kami masing2 memang liat lah nak bangunn sebabnya dah 2 malam berturut2 masing2 tido kul 1 ke kul 2.. memang spend quality time sungguh2! balik umah bukan reti nak tido memasing ni.. duk sambung sembang2, gosip2 lak, sedar2 dah pukul 1..baru reti nak tido! tehee!

aku tanya mak "tiket kul bape mak?" die cakap "pukul 10, abang long cakap die beli tiket bus pukul 10, naik kat greenwood".. aku oklah kan.. kalau tiket pukul 10, means bus tu sampai pukul 10.30 kat greenwood.. kami duklah siap2.. kene turun awallah sebabnya nak breakfast kat luar..akak aku tak masak ape pon pagi tu..takde stok lam fridge katenye! huhu..

then, masa dalam kete dikna tengok tiket bus tu balik cakap pukul 10.30.. la yekee.. ermm bolehlah lengah2 sket.. kalau kat tiket 10.30.. jawabnya pukul 11 lah baru samapi kat greenwood bus tu.. bus tu  kan dr hentian putra..

mulanya nak makan kat setiawangsa tapi tadi dah terkejar2 dah samapi kat gombak dah, makan jelah kat greenwood..kitorang sarapan kat kedai orang kelantan tu..mak ngan dikna makan nasi kukus ayam dara, aku akak n husbnd mkn nasi berlauk org kelantan tu.. total sume mase bayo tu RM 16.50 jee termasok 6 gelas air.. murah giler kot kan!

siap2 makan dlm kul 10.45..sedang eloklah nak tunggu bus sampai kul 11.. tunggu punya tunggu dah kul 11.30..bayang2 bus pon tak nampak.. si syaqir dah mule duk haruk ajak balik..nak naik kete..agaknya die pon pelik apehal lah duk lepak kat situ lame2 takde wat pe pon..haha..

then dah 11.45 takde dtg lagi gak bus tu.. mak ngan dikna pon gi lah kat kaunter tanya pasal bus tu.. rupe2nye bus tu dah terlepas.. katenye sekarang ni sistem dah lain tak cam dulu..kalau dulu kat tiket print kul 10 means bus tu dr hentian putra kul 10..kita kat greenwood naik lebih kurang kul 10.30.. now, dorang dah printkan time yg naik kat greenwood tu plak..means klo printed kul 10.30, kul 10.30 bus tu dah ade kat greenwood..takde bajet setengah jam lewat cam dulu lah..


google


aissyyy! buang karan jee duk nunggu sampai sejam..kalau aku tau awal2 ikot cakap syaqir.. hehe.. so, terpaksa bli tiket baru.. melayang rm80 yg tiket mule2 tu tau! huh! nak wat camane kan.. dah tu, abang ipar aku tu satu hal tak plak dia cakap tiket tu sebenarnya kul 10.30 kat greenwood.. kitorg ingatkn kul 10.30 tu bus tu dari hentian putra.. mende nak jadi nak wat camne.. ( eh korang paham tak sebenarnya ni? penat aku taip klo korang tak paham tau :P )

so, beli tiket baru kul 1, sementara tu kami gi jj alpha angle lu sebab dikna nak carik handbag.. jalan2 pon rush sketlah sebab nanti nak patah balik..karang terlepas lak bus kul 1 tu.. dikna yg nk cari handbag, tapi aku lak yg rembat 1 handbag, haha! :P


nila muka syaqir kebosanan duk nunggu bus tak datang2 sampai sudah.. siap landing ok!


suke hati diee jee!


muka tak bersalah langsung! -,-



**bos takde sampai petang..ahh boringg!**

Tuesday, June 28, 2011

spend our quality time 3

hye, assalamualaikum! :)

okeh, sambungan cite dari entry nii.  malam tu kami kua makan2 steamboat kat Restoran Q Thai Steamboat, Taman Dagang, Ampang.  aku dah book dari hari rabu lagi for 6 persons.. tapi masa lepak2 kat umah makcik aku, cousins aku 2 org n makcik 2 org nak joint gak..  so, malam tu kenelah pegi awal sket takot xdpt meje sebelah2..karang satu meja sane..satu meje sini lak..padahal 1 family..hehe

so, aku gerak dari umah akak aku kat au3 tu lepas maghrib..sampai sane kul 8.15.. aku book kul 8 kira ngam2lah kan.. lucky dapat meja utk 10 org.. kitorang ambik pakej steamboat+bbq.. rm27 per person.. kira oklah.. termasok desert sume kecuali air.. pandailah dorang ni air xnak masokkn sekali dlm tu.. air dia agak mahal..milo ais pon rm2.50..tapi xkesahlah bukan selalu dapat makan sefamily camni..hikkk..

group aku mula makan dulu sebab cousins aku n makcik2 n mak samapi lambat sket..kat kul 9 baru sampai.. berpeloh gaklah membakor2 sume tu kan.. tapi aku ni tukang makan jee..dorang je jd chef haritu.. haha..



kami yang semakim menembamm.. terutamanya aku :D

mak (tudung hijau) yg sebok bergosip ngan mak uda :)

my cousins n busu

my sis

alamak tak nampak lak muke budak banyak mulot ni :D


**harap maaf, kualiti gambar amatlah mendukacitakan  :(**


disebabkan itu, aku cuma google je pic2 berkaitan tempat ni yee

pandangan dari luar..restoran ni ada 3 cawangan xsilap..kitorang gi yg caw ampang

pelbagai menu untuk dipilih..makanlah sampai muntah..
tapi jgn membazir ye..kalau xabis kene cas rm10 utk 100gm

haa ginilah rupe set steamboat + bbq yg kitorg makan :) 

aiskrim..pilih ah nak yg mane..banyak mane suke ati koranglah..

kuih muih n buah..comel2 je size kuihnya..


overall, aku rase okeylah makan kat sini.. lagi 1 lupe nak cakap..chicken wing die best giler! aku ambik banyak2 aritu.. pulun habis! haha.. kurang manis sungguh peel perangai aku ni kan.. jangan ikot yee :D

lepas makan-makan sampai puas..sampai boncet perot masing2.. aku yg bertambah boncet..tehee..kami gerak balik umah..malam tu kami stay umh akak aku kat keramat tu lak.. makcik aku dh hantar mak..lepak2 jap dorang baliklah umah dorang.. malam tu kami lepak2..sembang2 n masing2 ketiduran dlm kekenyangan..hikkkk

esok pagi kena bangun awal2..mak naik bus kul 10.. tapi ade sesuatu lak yg terjadi.. ape yg terjadi? tungguuuuuuuuuu... :D




**banyak sangat chapternya.. dh 3hari tak habis2 gi..haha**



week 18



Kebanyakan wanita hamil tidak sabar-sabar untuk melakukan ultrasound bagi melihat perkembangan bayi anda. Sebaiknya kosongkan pundit kencing anda sebelum melakukan ultrasound bagi mendapatkan imej yang jelas kerana pundit kencing yg dipenuhi air memaparkan imej gelap dan kadang-kadang menghalang imej bayi.



Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini memasuki 14cm panjang manakala beratnya pula kira-kira 150 gram. Bayi anda menyambung pertumbuhannya tetapi pertumbuhannya sedikit perlahan. Bayi kini mempunyai rupa bentuk manusia normal. Bulu badannya menjadi lebih kesat. Bulu matanya pula mula tumbuh pada kelopak mata bayi. Bibir mula terbentuk. Tunas rasa mula terbina. Tidak kira jantinanya, bayi kini mula membentuk puting pada bahagian atas dada. Ketebalan plasenta kini kira-kira setengah inci dan pada masa anda melahirkan bayi nanti ia akan menjadi 1½ inci tebal.


Apa yang berlaku pada anda?

Tambahan berat badan anda sepatutnya naik sekitar 4.5 – 5.8 kilogram. Bagaimanapun ianya berbeza dari individu kepada individu lain. Jika didapati berat badan anda tidak naik sperti julat tersebut, cepat-cepat lah rujuk kepada doktor anda. Anda masih ada separuh lagi masa kehamilan untuk berat badan meningkat naik. Pilihla makanan yang mengandungi nutrisi yang baik. Mungkin anda akan kerap merasa lapar daripada sebelum kehamilan. Dengan itu ambillah makanan ringan yang berkhasiat setiap 2-3 jam dimana ia mampu membekalkan makanan yang cukup untuk bayi anda.


Pengambilan nutrisi anda.

Zat besi adalah penting semasa kehamilan. Kira-kira 30mg sehari zat besi diperlukan bagi memenuhi keperluan yang semakin bertambah disebabkan peningkatan isipadu darah dalam badan. Elakkan minum kopi, the atau coca-cola sewaktu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi kerana ianya mampu menghalang badan daripada menyerap zat besi yang diperlukan. Jika anda merasa letih, kepeningan atau sembelit atau anda senang jatuh sakit, itu bermakna anda mungkin kekurangan zat besi. Satu cara mudah untuk mengenalpasti samada anda kekurangan zat besi atau tidak, cuba periksa bawah mata anda. Jika anda cukup zat besi, ianya patut bewarna merah muda gelap. Bahagian bawah pada kuku anda juga patutnya bewarna merah muda.


Biasanya hanya 10 – 15% zat besi yang anda makan akan diserap oleh badan. Zat besi diperlukan setiap hari bagi mengekalkan zat besi di dalam badan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuklah ayam, daging merah, organ dalaman haiwan (Hati, buah pinggang, jantung), kuning telur, bayam, kubis dan tauhu. Gabungan makanan zat besi bersama vitamin C mampu memastikan badan menyerap zat-zat tersebut dengan lebih baik. Contohnya gabungan makanan salad bayam dimakan bersama dengan jus oren. Jika anda mengambil makanan yang kaya dengan zat-zat anda tidak memerlukan ubat-ubatan sebagai makanan tambahan. Tetapi ianya harus berbincang dengan doktor supaya ia dapat mengimbangkan keperluan nutrisi badan.


sumber disini


**alhamdulillah, dah masuk 2nd trimester :)**
 
 
 

Monday, June 27, 2011

spend our quality time 2

hye, assalamualaikum! :)

ok, entry ni sambungan entry nii.  kitorang gi icity malam tu jap jee..tak lama sangat..aku ngan adk aku dah xde excited cam ritu..sbb ni dah 2nd time..haha.. ambik gambar pon tak banyak.. mak lak kalau ajak ambik gambo kemain susah.. bila acu nak snap je die tgk ke lain..tgk org tula..tgk org nilaa..haha

yelah kitorang kua dr umah pon dah kul 10.. kat kul 11 sampai..jalan2 jap..kul 12 lebeh tolak balik umah dh.. akak n wani  ikot balik tido umah aku malam tu..mak ngan adikna (adik bongsu) ikot balik tido umah kak long..

esoknya.. tengahri jumpa kat kenduri kawen sedare kitorang kat dewan tabung haji, kelana jaya.. bila pegi kenduri kawen sedare faham2 jelah..bukan bleh kejap pon.. tambah2 lagi mak..sembang ngan org tu..sembang ngan org nii.. sampai nak abis majlis baru nak balik..hehe..sampai tak sempat gi kenduri akikah pengasuh syaqir..aissyy -_-

balik dari kenduri tu, pegi kepong lak.. umah makcik aku.. lepak2 makan2 lak kat situ.. gamat..riuh rendah.. kompol sedare mare ni memang seronok kan.. lagi2 bila kitorang pakat cakap loghat ganu.. cousin aku yg keras lidah tu nak gak speaking ganu..dgr aku adik beradik speaking ganu asyik duk gelak jee..tah pape..haha

petang aku pon gerak balik ke keramat umah akak aku lak..ngan akak n adik2 aku..mak tinggal umah makcik aku sebab tak muat kete..hehe.. n malam tu plak ade activiti lagii..sebab tu tinggalkan mak kat umah makcik aku.. kitorang gi ane? tungguuuuuuuuu :D



**tak best ah entry ni takde pic kan..hikkkkkk**

spend our quality time

hye, assalamualaikumm! :)

entry aku yg lepas cakap aku halfday hari jumat tu nak pegi shopping kat sogo ngan mak, akak n adik aku kan.. tapinya tak jadi.. tak jadi shopping ngan mak n adik aku..just ngn akak aku je.. berdua.. janji jumpa kt lrt masjid jamek.. tapi tak ke mana pon.. sempat gi jln tar jee.. nk ke sogo tak sempat sebab akak aku kene masok opis blk..die tak pat halfday..aissyy frust aku nak beli baju raya! -__-

aku bukan ape.. ingat nak shopping awal2 utk raya nii..klo bleh sblm pose bia sume dh clear sbb mls lah nak berasak2 bln pose nnti.. esok lagilah perot dh boyot lagi tak kose nak hadap org2 ramai kan..

mak n adik aku xikot sebabnya mak baru sampai pagi tu.. cam penat lagi.. n nak masak nasi kuning yg aku request kat mak tuu..mak cakap nnti xsempat nak masak..esok ri sabtu nak gi kenduri n hal2 lain..ri ahad pagi dh naik bus blk kg :(

tapi puas hati sebab dpt makan nasi kuning tu!  aku bertambah 3 ke 4 kali lupa dah! betoooll.. tak tipu! penuhi keinginan betol2lah! pic takde..sorry kawan2.. aku skang ni kan kureng mood nk bergambar bagai :D



ni aku google pic nasi kuning.. kot korang tak tau camane rupenyee..hihi..saje je kan nak korang terliur! :P nasi kuning ni bkn cam nasi minyak biasa tu tau..bahan2nya lain skit ngan nasi minyak..rasa akulah.. aku mane penah masak pon..klo nak suh mak masak jee.. ni skang dah duk jauh ngan mak..skali skala jela teringin mak dtg suh la masak :D

nasi ni lauknya gulai ikan tongkol ( mcm gulai ns dagang ), acar timun n sambal belacan.. kalau takde sambal belacan tak kick.. n kuah gulai tu pulak kalau tak taruk cili api dalam tu pon tak kick.. lauknya simple.. tapi masyaAllah sedapnyaa tak terkata! kalau yg mak i masaklah..org lain masak tak penah rase gi! hihi

so pas shopping2 kat jln tar jee  , dlm kul 2 stgh kitorang dah balik..akak aku balik opis, aku lak balik selayang umah kak long..sebab pagi tu mak sampai kak long yg pick-up mak.. sampai2 je terus balun nasi kuning tu sampai 4x tambah! tehee! 

then siap solat sume terus gerak gi sepang tgk baby anak tiri kak long.. dua beradik besalin..so 2 buah umah lah kitorang gi..sib baik area sepang gak..kalau tak jenuh gak tu..  aissyy tgk baby org ni tak sabor2 aku nok beranok! hikkkk! :D

pung pang pung pang kul 7 lebeh balik umah kak long balik.. pastu husband dtg ngan syaqir, tp sebelom tu die g amik akak n adek aku kat keramat tu dulu sebab kitorang nak gi icity lak mlm tu.. mak nak tengok lampu2 cantik katanya.. sebelom tu makan nasi kuning dulu termasok aku, then baru gerak ke icity..


aissyy lupe lak..ni je pic lam hp aku.. yg lain dlm hp akak aku.. :D
golap lak tuu.. hp tak canggih cam korang camnilah ropenye :P



haa tu kesah ri jumaat.. weekend baru2 ni mmg hari utk spend quality time with my family.. nanti tunggu next entry ade cite lagii.. tungguuuuuu.... kalau korang nak bacelah..taknak bace takpee..tiada paksaan pong..hikk



**sume org gelak ngn keletah syaqir jee.. mulot potpet2 tak berenti..letih nak layan :)**

Thursday, June 23, 2011

tazkirah : besarnya ganjaran seorang wanita yg bergelar ISTERI

hye, assalamualaikum! :)

di malam hari jumaat yang indah ni, elok juga kita tambahkan ilmu agama kita utk kebaikan dan panduan kita semua kan.. terutama utk kite2 wanita yg bergelar ISTERI.. petikan ni aku ambik drp 1 of my fb's fren.. aku tertarik n nak share ngan kawan2 kat sini :)

harapnya kita beroleh manfaat dan mengamalkannya dgn penuh ikhlas.. syurga seorang isteri adalah di bawah telapak kaki suaminya.. renung2kan dan selamat beramal! :)


tahukah kamu?

1. Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.  

2. Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suaminya yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.  

3. Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.  

4. Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah.  

5. Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat tujuh ketul perak.  

6. Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.  

7. Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya cepat, dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang disukainya.  

8. Apabil isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.  

9. Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan akan menjadi ketua bidadari.


Subbahanallah! cukup besar ganjarannya kita seorang isteri yang berkhidmat dgn penuh ikhlas kepada suami dan anak-anaknya.  patutlah orang kata, orang perempuan ni senang je nak masuk syurga.. janji perkara yang wajib tidak ditinggalkan dan berlaku taatlah pada suami.. nescaya pahala dan syurga menantinya di sana...

InsyaAllah.. semoga kita sama-sama memanfaatkannya :)



**tghri nnti nak keluar gi sogo, jln tar ngan mak, akak n adek.. dh jnji jumpa kat sane.. weehhuu! drp aku duk opis yg penuh 'langau' ni.. dhla seminggu ni bos xde, kursus+cuti, dtg opis pon melangut je, lebih baik aku manfaatkan maseku pd mereka yg tersyg! weehhuu! jgn jeles tau!**

Wednesday, June 22, 2011

rezeki Dia bagi untuk kami...

hye, assalamualaikummm! :)

kemarin masa dalam kereta on the way balik rumah macam biasalah sembang-sembang ngan husband.. ade berita gembira dr husband untuk kami sekeluarga..alhamdulillah.. ade lagi rupanya rezeki Dia aturkan untuk kami sekeluarga.. walaupun mungkin bagi orang lain kenaikan gaji sebanyak itu taklah banyak mana pon, tapi bagi kami tu pon dah mencukupi dan bersyukur sangat2.. lagi2 tak lama lagi dgn kehadiran anak ke2 dalam perot nii kan.. syukur padaMu ya Allah!

sumenye berkat kerja keras husband and his boss trust him.. so his boss bagilah tanggungjawab tu kat dia.. cepat2 aku cakap kat husband "ni rezeki untuk baby kitala ni" sambil tarik tangan husband pegang perotku yang makin membesar ni..hikkk :D

betollah apa yang penah my ex-boss pesan dulu :

"sara percayalah cakap saya.. Tuhan tu Maha Kaya.. makin bertambah mulot anak2 untuk kite bagi suap makan..insyaAllah akan ade rezeki lain yg Dia bagi kat kita"

means makin bertambah bilangan anak-anak kita, akan ade rezeki lain yg dtg.. memang betollah.. pengalaman aku sendiri mase pregnnt 1st dulu pon rezeki mencurah2.. yg ke2 ni pon ade rezeki Dia bagi..alhamdulillah.. jangan risaulah nak pikir gaji xcukup bagi anak makan ke ape.. yg penting kita percaya pada Dia dan berusaha dengan jujur dan ikhlas :)

plus, sekarang ni husband dah dapat off hari sabtu..selang seminggu dia akan cuti pd hari sabtu..ermm legalah skit aku ni kan.. tambah skang preggy..esok2 makin sehari makin sarat..mane nak buat keje umah..mane nak layan kerenah syaqir lagi.. nak pegi mana2or kenduri pon senanglah skit..kena hari die off dapatlah gak aku pi kenduri org..slalu xdpt pegi kenduri kawen yg biasanya hari sabtu..huhu



**selingan**


hari ahad baru ni pegi taman layang2 kat kepong, saje bawak syaqir main layang2..ermm tapi haram xde layang2 tu terbang pon..haha..org ramai sgt.. xde space nak naikkn layang2 tuu betol2.. beli layang2 tu rm4.. tapi balik je umah terus hancor tak nampak rupe layang2 dah.. aissyy.. serik ah gini! :P








mase dorang duk main2 layang2 tu aku duk je atas padang tu.. bila dah penat syaqir pon dtg kat aku nak joint duduk atas padang tu.. tapi duduk jap je die terus bangun sambil sapu2 bontot die, mulot duk ngomel     " isshh, banyaknya sayor..takleh duk atas sayor lah"

rumput tu dia kata sayor! gelak aku laki bini! haha! T__T


bila balik umah tgk balik gambar2 ni.. tiba gambar yang ni die cakap "eh awek ah"
sambil jari die tunjuk kat budak pompuan dlm gambar tuu.. aissyy syaqir syaqir.. ni mesti abah yang ngajor ni
T__T




**malam ni mak naik bus, esok sampai kl..yayy!!**

Tuesday, June 21, 2011

WW : apa.. ingat korang je boleh drive-thru?


gambar ni dah lama aku ambik..bulan lepas kot.. mcD kat umah aku.. kemain brader ni drive thru order mcD ngan motor..pedulik ape yee.. selambeee jelahh.. hehe :P



**eh wordless ke tuu? dah berword-word dah.. haha**

Monday, June 20, 2011

short trip to melaka

hye, assalamualaikummm! ;)

cerita ni cerita 3 minggu lepas sebenarnya..mase musim cuti sekolah harituu..aci tak? aci jelah untuk orang yang asyik berkira2 jee nak update blog cam aku ni kann.. *gedebusshhh kuat2 kat muka sendiri sampai lebam* :D

tiga minggu lepas masa musim cuti sekolah kami ke melaka..tetiba jee akak aku ajak pi makan seafood kat sane..her treat katenye! aku ape lagi, on jelah sebabnya sabtu tu kn public holiday, asben off memang laju-laju jelah kami setuju..org nak belanja kott..belasah jelah kan..hehe..

tapi kan nak gak kitorang ni menyelit menyibukkan diri ke melaka time cuti sekolah kan..macamlah ade anak sekolah..tehee..tapi takpelah.. kite redah jelah..  pastu time tu gaklah aku terfikir alang2 pegi biarlah check-in skali..barulah puas nak berjalan2.. seminggu sebelum tu puaslah aku duk google hotel, homestay kat melaka.. call sane, call sini, sumenye full house! yg tinggal rm400 semalaman! erhhh, tak yahlah setakat utk 1 mlm je kot!  tapi kitorang decided standby jelah bawak baju, mane tau walk-in je nanti kot nasib baik ade hotel kosong kan.. tehee!

bukan main lagi mase hari sabtu tu 4hb, kami keluar bertolak dr rumah pukul 11, then pick-up akak n adik aku kat keramat..then gi isi perot lu kat kg baru..siap2 makan pukul 2 baru mulakan perjalanan ke melaka..

kitorang ni manelah terfikir hiway tu jem kan..lagi2 hiway plus manelah kitorang penah lalu pon pegi mane2..blk kg kitorg hiway karak n LPT je kan.. sekali tengok kerete tak bergerak..jem teruk mung! aiissyy! kematu montot den duk lam kete.. sampai exit tol ayer keroh tu dah kul 5 lebeh..then nak masuk ke town lak sume kete stuck jalan slow2 kalah siput!

walaupon tujuan asal nak gi makan seafood, tp dah alang2 kami nak gaklah melawat n kenal2 tempat2 menarik kat melaka tu kan..ater, aku tak penah sampai melaka lagi u! hahaha, malu aku nak wat stetmen ni tapi tulah kenyataannya..kesian sangat2 kan? -___-

kat bawah ni ade sikit2lah gambar aku tempek..nak tgk sume kt fb i ye! :)


tengok..sampai banda hilir dah gelap camni dah..tapi kami redah gak masuk kapal ni..bayar sorg rm3..

kat luar kapal.. abaikanlah muka aku comot giler dh mase ni..mau taknye..dahla jalan2 express kejar mase tau..nak ambil gambar sebelum malam menjelma..haha

nampak tak tangga kapal tu? nampak je camtu, tapi mengah naik tau..dahlah condong..nasib baiklah mak yong ni tak sarat gi, kalau tak, memang takde ah aku nak naik masuk kapal tu, hikkkk!


ini bazaar ape ye namenye? kami sempat gak masuk kejap..carik kuih muih n cencalok ngan harga 3 barang rm10


gambar hari 1st tak banyak sangat..sebab dah malam nak jalan apenye kan? kitorang fikir terus nak ke muara sg duyong, tempat makan seafood tu jelah.. n sambil tu survey2 hotel or homestay yg ade kosong..tibe2 nasib kami baik n tergerak hati berenti kat satu hotel ni.. fairway hotel..dekat ngan dataran pahlawan tu, aku n akak aku turun n masuk hotel tu..tanya2 alhamdulillah ade 2 bilik kosong.. ape lagi terus bayar n ambik kunci then kami terus ke muara sg. duyong utk sesi isi perot! :D

bila sampai kedai makan tu, ramai giler manusia, sampai kene que utk tunggu meja kosong..tapi sorrylah ye kekawan.. battery hp masing2 mase tu dah weak, so 1 gambar makan seafood pon nan ado! :D  tapi puaslah makan empat orang penuh seafood satu meja bulat, sumenye rm175 jee! murahh gilerr kannn! pasni kompom pegi lagi! tu suamiku lah yg janji..hikkk :)

k, bawah ni gambar hari ke-2 :)




syaqir tergedik2 kemain ambik gambo!  tengok, aku pakai tudung yg semalam tuu sebabnya sebok duk packing brg anak ngn bapak, tudung sndri lupa..sib baik baju ade gak bawak! kalau takk..ermm..









kiki bahh!

layan jelah gambar syaqir ni yee :D


ni museum ape tak taulah.. kat melaka ni kan mcm2 muzium ade..


takde ah nak naik beca ni.. sekali naik rm60..aiissyy... kayalah penarik beca kat melaka ni kan..duk jelah tepi2 beca tu nak amik gambo :P

a famosa

penat giler jalan.. syaqir benti duduk jap..ilangkan penat... ibunya tu asal? aissyy :D





haa sampai kat gerai2 ni siaplah.. ade jelah mendenye diharuk syaqir -__-


dapatlah seketoi mende nii haa..yg tiup2 belon sabun tu..rm5 melayang..


melayankan anak punya pasal.. aku ni duklah tiup sabun belon tu..sampai budak2 ngan mak bapak budak2 tepi tu skali duk layan tgk aku tiup belon..haha..ingat street show ke ape dorang ni? hulur lah singgit dua :P


sebabnya belon2 yg ditiup besar2 jadinya..sebab tu ralit dorg tgk belon2 tuu..haha


puas main2 belon, die nampak air kolam ni plak..


puas lak aku nak pujuk si syaqir nii



okey dahlah, aku taulah korang dah muntah tgk gambar2 tuu kan..hikkk.. dahlah rupa aku dah kembang semangkuk kan! mau taknya.. hari2 selere brekfest asyik nasi lemak jee!  kadang2 tu petang balik keje pon bantai nasik lemak gak! tehee! :D



** mood malas edit pic..watermark pon takdok**




Tuesday, June 7, 2011

menghitung setiap detik, setiap masa

hye, assalamualaikummmm! ;)

mood aku sekarang ni kalau nak update blog pon berkira-kira
bukak tutup bukak tutup
malas ke, takde idea ke? haha
tapi gagahkan jugaklah update dah ramai tanya tauu
sebab taknaklah biar blog ni menyepi jee
karang dah lame sangat menyepi takde lak org sudi berkunjung ke blog hampes aku ni :D




korang mesti ingat aku bizi gila2 kot sampai tak update blog kan
hehe.. sebenarnya sejak aku tuko ke opis baru ni aku duk goyang kaki jee banyak!
sampai satu masa tu boring giler tak tau nak watpe!
dari pagi sampai ke petang duk hitung masa, saat, minit, jam jelah
hitung berapa jam lagi nak balik umah, haha :D

bos aku ni lak selalu meeting, pagi petang meeting
n surat pon tak banyak sangat masuk
keje aku hari2 duk remind meeting n appointment boss jee
buat memo ke surat ape ke langsung takde

okeylah tu kan! tapi boringlah
maybe sebab aku tak biasa kot
sebab sebelum ni aku kan ala-ala 'multi-purpose'
banyak keje, goyang kaki sekali sekala jee
ni hari2 camni mau mati kebosanan aku kat sini, haha
pasal masalah aku 'cannot go' ngan orang2 sini aku cubalah atasi
bila bos aku ada kat opis aku rase okey sket
bila bos aku g meeting, xde kat opis tu yg masalah sikit
sebab dorang tunjuk taring masing2

yang aku peliknya sampai harini taknak senyum, tak tegur sapa ngan aku
pandang semacam kat aku macam aku ada wat salah ngan dorang
pelik lah aku, tapi aku buat deeekk jelah
watpe nak fikir sangat
mane yg boleh aku in aku in lah
mane yg cannot go tu aku buang jee jauh2

tapi ada sekali baru2 ni aku cam tak tahan sangat
luah perasaan kat husband pasal masalah kat opis ni
menangis sampai teresak2 bagaikan anak kecil harukkan barang mainan kat bapak die :P
bangun esok pagi bengkak bijik mata :P
yelah dah sebulan orang kat sini tak terima aku
buat aku rase cam outsider, sape tak sedeh, tak tensyen weh

tapi skang aku dah set kat mind aku nak buang jauh2 drp fikirkn sangat
janji aku buat keje aku, bos aku senang ngan aku tu dah cukup rasa aku
aku keje ngn bos aku, bukan ngan dorang pon
prestasi aku esok bos aku yg bg markah, bukan dorg
lagipon ade lagi akak2 yang okey kat sini yg layan aku ni

tapi tulah kadang2 terfikir gak sampai nak bangun pagi dtg keje pon liat kemain
dalam hati cakap

"kalaulah laki aku gaji 10k, dh lama aku berenti keje, xkose nk hadap muke2 dorg ni"



** oitt, terpanjang lak entry ni, maklumlah sesi luahan perasaan, sorry ye kwn2 :P **




signsara

Sunday, June 5, 2011

minggu 15

Bayi
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.


Anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.



alhamdulillah, lagi seminggu 4 bulan lah usia kandungan aku
tak sabar nak rase baby kicking2 kat dlm perot ni ;)
my baby yang ni mmg sangat2 gud behave..tak banyak ragam
alahan takde, cuma bila balik keje petang2 ade pening2 sikit

maybe sebab naik tren tu campor ngan orang ramai macam2 bau aiyarrkk
mase tu memang minyak angin cap kapak jela peneman aku
aku akan pegang botol minyak tu daripada memula naik tren sampai lah last station aku turun
duk sapu2 kat kepala n cium2 bau minyak angin tuu
rase bestttt jee n lega lah sikit :)


google
minyak angin cap kapak
*sebutan cam nyanyi lagu iklan minyak ni tau, haha*


bila takde alahan ni, selera makan tu jangan cakap apelaa
memang lapaarrrrr jee memanjang, hikkkk :D
berat badan pon dah naik kat 4 kg..aiiyooo!
nanti ade pic aku tempek kat sini ekk

syaqir lak skang ni makin banyak celoteh mulotnya
tiap2 malam nak tido mesti mesti kiss perot ibu dulu
sambil cakap "assalamualaikum baby, gd nite baby" pastu kiss perot aku :)
comel sangattt! :)




** badan penat sangat ni, semalam balik dr melaka sangkut jem 2 3 jam, tapi sukeee dpt spend quality time with my family :) **




signsara