Thursday, April 28, 2011

nothing much to say...

hye, assalamualaikum! :)

cuaca kat luar sekarang ni tengah hujan lebat, lebat selebatnya
ermm, camane nak balik nii?
ade setengah jam lagi, hop lepas setengah jam hujan ni berentilah

dalam seminggu aku tak berupdate still ade yg dtg jenguk blog aku ni
ade yg tanya khabar, thanx much ye
aku sihat jee, cuma sekarang ni tengah merangkak2 kat opis baru
ari senin baru ni mula keje kat opis baru
my bos is great.. alhamdulillah :)

aku agak bizi kat sini sebabnya banyak nak berkemas barang2 yg bersepah kat bilik bos aku ni
about situasi kat sini, aku akan cuba belajar n biasa2kan
walaupon masa tengah shrade document kat bilik fotostat tadi aku sebak, hampir menitik air mata!
ade sebabnya buat aku sedeh, bukannya takde pape sebab
tak sudah-sudah cengengnya, orang lain lg teruk ujiannya rase aku
aisssyyy! entahlah.. sampai satu tahap macam dah takde motivasi nak gi keje dah aku ni!

-__-


google


**pagi tadi je 3x aku senyum kat sorang staff tu tapi haram dia tak senyum.. ape nak kata?**





signsara

Wednesday, April 20, 2011

macamana nak cakap ek? errrmmm...

hye, assalamualaikum.

ermmmmmmmmmmmmmmm
panjangnya aku punyee errmm kan?
tu menunjukkan aku sedang khusyuk memikirkan suatu 'masalah'
bermakna ade sesauatu yang sedang bermain di akal fikiranku sekarang ni

sebenarnya menda alah ni dah lama tapi aku simpan dulu
saja tak share kat sini sebab macam biar jelah dulu
tapi bila semalam aku dimaklumkan tentang 'suasana' yang aku akan tempuhi lepasni
aku macam sedikit down

aku terfikir, bolehkah aku terima keadaan tu physically n mentally?
aku bukan nak ambik alasan sebab aku tgh preggy sekarang ni
tapi tulah hakikatnya, macam agak berat aku nak terima 'keadaan' itu

mesti korang tertanya2 ape jugaklah masalah aku yg sebenarnya kan?
okey, straight to the point jelahh, taknak berlapik-lapik lagi dah
sebenarnya aku dah dapat bertukar, tapi internal jee
yang nak keluar betol2 drp sini tak dapat lagi
yang itu, terus jelah menunggu dan menunggu T_T

yg paling tak bleh blah aku tanya kementerian aku surat aku dah ke jpa ke?
dorang boleh terlepas pandang surat aku tu
daripada bulan 1 okey! ni dah bulan 4!
kuang asam tol! tak pelah.. redha -__-

tapi dapat tukar internal ni pon aku bersyukur
at least ade perubahan n dapatlah aku timba pengalamn baru
setelah over 5 yrs kat sini, mmg patut aku keluar beralih angin kan?

sebelum ni aku pon ade jot down kat sini yg aku mmg nk keluar drp sini kan
n apa jugak keadaan di tempat baru nanti aku akan terima walau mcmne keadaanya sekalipon
tapi tulah, bila macamni keadaannya agak berat plak utk aku terima

sebenarnya dah hampir sebulan aku bertukar, n dah report duty dah pon ngn new boss tu
n my new boss tu is a very cool person! alhamdulillah!
boleh bersembang dr hati ke hati.. dia pon faham masalah aku kat tempat lama aku ni

cuma aku masih duk di opis lama aku lagi
means my new bos tu kat bangunan sebelah, aku plak still kat opis ni
so, ape2 memo, document nak sign kenalah par aku yg terjah ke sana
aku agak pening lah nk handle sebab selagi aku xkeluar drp sini
selagi tulah bebanan keje2 kat sini still aku kena buat kan
takkan nak goyang kaki plak *redha lagi*

aku tak dpt ikot my new boss tu sebabnya my boss tu takde bilik lagi
sebabnya actually seksyen kitorang ni seksyen baru
so, tak de pejabat lagilaa
semalam dah dapat bilik, aku pon g buat lawatan ngn my boss tu
tempat tu okey cume 'orang2' kat situ yang tak okey
sebab my boss tahu la camne org2 kat situ punye peel perangai
sampai bos aku cakap

"saya cakap terus terang ni, sara kena betol2 kuat n sabar la duk kat sini"

errkk, terkedu jap aku, cam pahit sgt bila telan air liur tu
bayangkan sampai mcmtu skali boss ckp kat aku, means?
errmm, aku tanya kenapa? my bos pon story bla..bla..blaa
takyahlah aku story detail kat sini ek
errmmm, aku pon dengar dgn penuh khusyuk

aissyyy! ape jugaklah nasib aku nii
aku harap aku kuat n dapat face all the situation dgn sabarlah
paling tak leh blah my boss ckp

 "sara ni nampak mcm budak2 baik, lagilah i tak sampai hati nak letak u kat sini, but we've no choice"

*budak baikkahhhh??* hehehe

then, ade sorang pegawai kat situ cakap kalu aku n my boss tu taknak duk situ
bolehla cari bilik lain, yg kat sebelah tu ade bilik kosong
aku pon cepat2 cakap kat bos nak tengok bilik yg sebelah tu
bila gi kat bilik sebelah tu jumpa lak ngn akak ex-housemate aku, kak ika tuu
happy japp! rase lega! sebab at least ade org yg aku kenal kan
dengan gelojohnya aku cakap

"haa, kita duk sini jela encik r****, sara rase sini lg selesa"

haha, dan dan tu jugak kan..hehe
kalau duk situ mmg terpisah drp tempat p**k* tuu
n pintu masuk kat situ pon aku boleh kunci, so dorang tak kacau
ermmm, bos aku cakap lagi

"takpe, sara duk lu kat sana, kalau tak ok baru kita pindah sini ye"

isshh, dah2 tentu sana environment sangat2lah menakutkan
buat apa nak menyerah diri kan?
tapi takkan aku nk protest gak bila my boss ckp cmtu kan..ermm oklahh
aku terima jelaa
tapi my boss cakap die ikot aku, kalau betol aku taknak situ, die ikot je aku
haaa.. see? cool kan my boss tu :)

sebenarnya mende2 ni aku takkan percaya kalau orang lain yg sampaikan kat aku
tapi boss aku sendiri yg ckp, haruslah aku percaya kan
nak cakap die nak uji aku? mustahil! ape hal nak test2 lak kan!
tapi mmg betol, bila aku masuk sane semalm org2 kat situ buat deek jee n pandang aku lain macam
macam aku buat salah ngan dorg
ermmm, belum ape2 dah macamtu.. *redha lagi*

so, minggu ni minggu terakhir aku kat sini
minggu depan aku akan mula bertugas kat tempat baru
aku harap semuanya okey2 saje n happy la
aku harap dalam ramai2 kat situ adelah yg okey
yang boleh jadikan kawan..

aku bukan nak buat tanggapan buruk, kalau boleh aku nak buat gud expectation jee
tapiiiii..tulah macam aku cakap tadi
takkanlah boss aku nak mereka2 cerita plak kan
dia dah lama duk kat situ, so dia lebih tahu orang2 kat situ mcmna ragamnya



google


"ya Allah, Kau kuatkanlah aku dalam berdepan situasi ini
aku hanya mahukan yang terbaik saja dalam perjalanan aku mencari rezeki di muka bumiMu ini..amin"




signsara

ya, saya kini hamil empat bulan

hye, assalamualaikum! :)


dia ni haa yang hamil 4 bulan..bukan akulah..aku baru 2 bulan :P


itu yang aku baca kat paper utusan harini, yang nak bace, sila klik sini..
baru kawin sebulan yang lalu, tapi dengan bangganya memberitahu para media bahawa beliau sudah pon hamil 4 bulan.. errmm apa nak jadilah ngan dorang ni kan.. bukan ke terserlah berlaku perzinaan dan maksiat sebelum kahwin? nilah dikatakan atas nama je islam, tapi cara hidup bebas macam orang tak beragama.. bila negara dilanda musibah, bencana alam barulah nak insaf..

same-sama kita renungkan..semoga kita dapat jauhi diri kita drp maksiat


(^_^)





signsara

Tuesday, April 19, 2011

bercakap pasal 'madu'

hye, assalamualaikum! :)


google
nak bercakap pasal madu nilahh.. madu yang manis nii..bukan nak cakap pasal 'madu' yang pahit yang pompuan anti tuu! :P


minggu lepas dah lame dah aku ada buat lempeng susu untuk minum petang
memang sedap sungguh! makan panas-panas dengan teh o panas, terangkat!
tiba-tiba husband bersuara

"yang, makan ngan madu la sedap lempeng nii"



google


tiba-tiba rase lain macam semacam jee bila laki aku sebut 'madu', haha!
aku pon laju jela ke dapor, bukak fridge, memang ade pon madu tu
keluarkan sekali mentega.. wahh! skali makan rase cm hot cake mcD ko! hehe

laki aku makan 2 keping dah surrender, kenyang katanya
aku laa laju lagi duk makan lagi, tak habis2 makan jee kejenyee :D
tiba-tiba lak laki aku sound

"aii, suke nampak ngan madu"
*sambil buat muka cam kerang busuk*

cett! mula ah tu! gataiii!
buatlah kalau beranii!
ggggggrrrrrrrr! *tiba2 lak bini die nak meroyan, beranak pon blom, meroyan sudah*
ahahahaha!


eh, sebelum tu aku merajinkan diri nak bagi korang resipi lempeng susu
hehe, yg senang2 ni aku berlagak lah kan
cube masak2 yg rumit sket tu, awl2 dah surrender :D

resipi lempeng susu

bahan-bahannya :-
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 cawan susu segar @ cair  *aku pakai susu cair je
  • gula - terpulang berapa sudu
  • secubit garam
  • 1 biji telur
cara-cara :- 
  • campurkan kesemua bahan di dalam satu mangkuk hingga sebati
  • panaskan nonstick fry pan *kalau boleh ade yg saiz kecik comel tu lg elok
  • masukkn mentega, cairkan
  • sendukkan adunan tadi, masakkan hingga kekuningan
  • hidang dan boleh dimakan dengan sambal bilis, madu atau terpulang pd selera masing-masing




signsara

Monday, April 18, 2011

macam biskut chipsmore

hye, assalamualaikum! :)

yup! aku macam biskut chipsmore! kejap ade, kejap takde
semua kerana gara-gara line internet yang mereng kat opis ni
semalam langsung tak boleh bukak sume2 blog! termasuklah aku punye blog!

so, semalam aku adalah seperti orang sasau!
keje pon ape langsung takde, duk melangut dari pagi sampai petang
puas dah duk belek paper, dari pagi sampai petang
belek jelah, tak bace pon.. isu politik, elimination tak habis2, bosan!

harini masuk opis lambat, 9.30 baru sampai
memang saje datang lambat sebabnya mood sangat2 malas datang keje weyh!
ishhh! adakah kerana sebab aku tak dapat layan blog, fb kat opis or pembawakan?
itu tak dapat aku pastikan, tapi itulah sebenarnya kenyataan
hari2 tiap2 pagi liatttt kemain nak bangun -___-

so, sorrylah, pagi  ni baru aku dapat bw n tinggal jejak kat blog korang ye
meriah ngan cerita weekend memasing
aku lak tak ke mana pon, sebab weekend ritu hujan kemain lebat
duk umah 'buat taik mata' memang paling nikmat! hahaha!

oh yee, semalam aku g selayang rumah kak long aku
pegi ambik stok yang mak kirim n yang aku ngade2 pesan kat mak dari kampong
kak long balik kampong last week, so ape lagi
ape yang terlintas kat tekak ni yang aku rase nak makan sume aku pesanlah! teehhee!


ni namanya jeruk pauh pedas! pergghh meleleh dapat makan ni aku cakap korang!  sebenarnya mak call aku bagitau die ade buat jeruk ni, mak tanya aku nak tak? haruslah nak kan! dari hari sabtu lepas mak call, terase2 kat anak tekak ni akan kesedapan jeruk nih! uhh! semalam dapat jee, sementara otw sampai umah, dalam kete tu jugak aku bantai makan! haha! banyak, satu tupperware besar, sampai umah sambung lagi makan, tinggallah ciput banyak tu jee, tehee!

Zaa, sara pon dah dapat makan jeruk nii, berbaloi lepas tengok pic Zaa rituu.. lalalala :D


yang ni jeruk pauh manis.. sikit jee mak bagi sebab aku lagi suke jeruk pedas tuu,fuhh! memang terangkat!


yang ni sambal ikan tongkol nasi lemak mak! satu dalam dunia! memang tak jumpa kat mane2 sambal nasi lemak sesedap mak punya! ckup rase pedas! fuhhh! makan sekali memang nak berkali-kali.. betol tak tipu punyee.. errkk, comot giler kan.. sorrylah sebabnya masa nak isi lam pinggan tu tangan aku menggigil2 sebab dah kelaparan.. haha, tak senonoh! rupe ikan tongkol tu pon dah hancor dibuatnya..sebab mak kasi seketol besar, bila aku potong ngan sudu tu dah hancor.. makan ngan nasi putih panas2.. fuhh! memang terangkat! takde lauk lain.. gaul sambal ni dah cukup buat aku menambah nasik..hehe.. nak buat nasi lemak leceh lak..makan jelah ngan nasi putih..hehe

sebenarnya ade lagi makanan lain yang aku kirim, tapi semalam baru makan yang atas2 ni jee dulu, nanti aku makan yang lain tu aku masukkan lagi kat sini ek.. yg lain tu adelah kepok lekor, yang tu biaselah kan, then kuih ropa, kuih bung.. haa mesti korang pelik kan.. takpe nanti aku tunjuk picnya okeh? ;D





**selingan**

menu lunch hari ahad kari ikan bawal, udang goreng tempura n terung goreng sambal.. haritu aku masak karinya agak kow, dah cam kari mamak lak aku rase, haha.. pastu udang goreng tempura tu kurang menjadi sebenarnya..tapi bantai jelah, husband cakap sedapp :)





**korang! aku wat entry tempek pic makan sedap2 takpe tau! jangan korang sudahlah eekk! hohoho :P**




signsara

Thursday, April 14, 2011

tak tahu apa masalahnya

hye, assalamualaikum. :)

sekarang ni aku tengah mengantuk sangat-sangat
tu pasal lewat bersiaran, aku nak blogwalking pon tak dapat ni
ooh boringnyaa! sebab line opis ni mcm tau2 je aku rajin blogging kan
banyak blog korang bila aku klik, keluar warning pangkah merah means dh kena block la!


google


isshh! boringg gila!
aku nye blog ni pon ade time dapat, ade time tak dapat
eeeii..boringla camnii.. fb block, youtube block, nk download mp3 pon block
boleh dikatakan sume block lah! isshh!
tah ape2 laa dorang ni, tak sporting langsung!



(-________-)"



*ade sesetengah jee yg dpt bukak, 1 2 cmtu jee..sorry guys, xdpt nk komen blog korg**




signsara

Wednesday, April 13, 2011

tengok jee, jangan tegur

hye assalamualaikum! :)

jangan cakap apa-apa dulu, layan je pics bawah ni dulu yee..




*habis tin biskut pon dihangkutnya!*



*tak pasal2 mak c sam ni interprame lam blog aku*


apa perasaan korang, kalau korang ngah syok tengok tv, pastu ada budak cam dalam gambar-gambar kat atas ni duk ngah layan main toys die kt kabinet tv tu?  smbil driftkan kete menan die tu.. konon2nya tu lebuhraya utk berlumba kete laa.. memang sangat2 terganggu kan!

macam tulah syaqir selalu2 pon.. die nak gak main kat situ, kat bawah taknak, bila aku larang mulalah die memberontak.. cara die memberontak? menangis meraung kuat2 bagai nak rak! so, larat ke korang nak dengar die meraung cmtu? nk tengok tv pon xde feel, heh!

tapi mase ambk gambar ni aku okey jee, tak marah pon die duk main depan tv tu sebab aku tak layan pon drama baru kat tv3 yg pukul 7 tu.. tak menarik hati langsung nak tengok sbb cam kurengggg.. pelakon die ke tak best, cerite die ke tak best.. ntah ape tajuk cite tu? korang layan tak? tapi laki mak layan okeyy! huh, tak kuase! :D *tapi sekarang ni aku mmg dh jarang layan drama2 melayu ni, ngarut2 jelah*




*selingan*

minggu kepas pegi tesco kat kepong village mall tu, beli abc cool blog ni, sedaapp die punye black pearl tu kan.. kenyal2 cam best jee gigit..haha! tapi makk aii, manisnya kemain endon tu buat akunye abc ni! cepat2 suh suamiku beli mineral water! *yg bestnya cool blog ni ada tanda 'Halal' tau :)*





signsara

tolong jangan buat entry yang tempek pic makanan sedap2 boleh tak?

hye, assalamualaikum! :)

okey, korang baca tajuk pon dah faham n tahu ape yg aku nk cakap kan?
perangai burok aku sekarang ni, keinginan makan itu dan ini yang melampau2!
adakah pembawakan atau keinginan nafsu semata2?

atau adakah kerana aku ingin membalas dendam
setelah melalui tempoh diet yg agak lama sebelum ni?
dan tiba-tiba dapat tahu aku preggy
selera makan pon datang membuak-buak
kerana tekak aku dapat menerima semua makanan yang masuk dengan selesa
tanpa sebarang masalah, bukan mcm mase prgnntkan syaqir dulu

dulu,bau minyak nak goreng ikan dah uweekk, bau menumis cili boh dah uweekk
tengok kerang, udang dah uweekk
lepas makan mesti nak cover dengan asam sebab terase tekak ni loya lepas makan
sekarang ni segala2 masalah itu tak ada
kee belum datang lagii? i m not sure lah, tehee!

so, skrg ni aku 'bercuti' drp terjah ke blog2 masakan
sebabnya tak tahan weh, tengok gambar2 dlm tu mcm aku nak telan je pc nih!
betooooll, aku tak tau kuasa apa yg dtg kat tekak aku nii
lainnnn macamm woo! sampai ke dalam perot rasenye! isshh!

sebenarnya kalau ikotkan sekarang ni aku takde ngidam ape-ape pon
takde teringin makan apa-apa pon
cumee asyik terbayanggggg2, bermain-main dalam pale otak tu banyak!
haha! sape bleh tolong tuuu?

kalau aku terbayang2 jee, tak sebut kat mulot ni okey lagi
kalau terbayang, then sebut kat mulot ni, haa yg tu yg kene jaga2 tu
sebab kalau tak dapat mesti mcm frust kan!

so korang, please lah yee
kalau nak buat entry sal makan2, masak2 yg sedap tu tolonglah fikir 10x ye!
tolonglah fikir demi aku yang setia menerjah blog korang ni :D
sebab nanti yang jadi mangsanya sape?
haruslah encik suamiku tuu! kesian diaa!
aku gasak gak suh dia carikan! :D

macam semalam balik keje, aku cakap nak makan mee bandung
tapi aku nak makan mee bandung kat kg. melayu frim, kepong
yang masuk dlm jalan2 cari makan weekend hari tu tuu
korang tengok tak kat tv3 tu?

semalam balik keje gigihlah pusing 1 kg melayu frim tu, sampai ke ulu kepong
tak pernah masuk sampai ke situ pon, tapi malang nasib aku
tak jumpa ponn :(
sampai kul 7 lebeh, tak jumpa2
walaupon aku ade makcik kat kg melayu tu, padahal bleh je tanya dorang kan
tapi sebab dah lambat, syaqir pon tak jemput g kat taska
so, pulanglah kami ngan hampa tanpa mee bandung muo yang kow katenye tuu
akulah yang hampa, suamiku ape kesah kan.. ermmm -_-




red velvet cake, red velvet cake..
yg tu sedang bermain dimindaku sekarang ni
(~____~)"




**taknak google pic, nanti lagi parah keinginanku!**




signsara

Tuesday, April 12, 2011

siapa boleh tolong?

hye, assalamualaikum. :)


sebenarnya aku nak letak pic ni as header, tapi semalam bila try, die duk ke tepi lak, tak center.. siapa tahu camane nak letakkan pic ni duk center? tiba-tiba lak, mood blogging swing tapi mood tuko header yg datang.. bila tak dapat letak center, tu yang terus togel je header kt blog aku ni :D

eh, sape yg terer bab2 header ni tolonglah ye! tolong ek!

tq in advance! :)





**sejuuukkknyaaaaaaaaa kat opis nii, ggrrr**





signsara

Sunday, April 10, 2011

TQ Kak Liza :)

hye, assalamualaikum :)

tiba-tiba rase keras jari ni nak menaip, haha
sebenarnya tiba-tiba je mood nak update blog hilang wehhh
kenapa nii? kenapa nii?? ermm taknaklah camni
tapi dah takde mood nak kate camne adakah pembawakan?
cuma bw tu aku still rajin lagi
yg ade aku tinggal jejak tu adelah jugak

so, this is just a short entry la
i think my mood dah stat swing swing ni
cam tak lalu pon ade *sigh*

act, i just wanna thank you to blogger Kak Liza
sebabnya beliau telah mempromot entry Saya Gembira Bila Mereka Gembira
eh, mesti sukee blogger yang agak otai promot kite kat blog dorang kan
tenkiuu so much Kak Liza :)
kalau nak tengok, klik sini

walaupun entry kak Liza tu bukanlah semata2 cerita pasal entry akuu
tapi ade terselit pon aku suke dah
of course i really appreciate dat kan :)
lagipon bukan sekali ni je baru Kak Liza promot psal blog aku, dh banyak kali jgk la
so ape salahnya kalini aku buat entry pasal beliau lak kan

korang2 boleh klik link kat atas tu n terjah blog beliau okey
erat-eratkan hubungan silaturrahim antara blogger tak salah kan
kita suke orang, orang pon suke kita jugak :)
janji kita happyyyyyy!

okey, daaaa





**dah cam agak terpanjang plak entry ni :D**





signsara

Wednesday, April 6, 2011

saya gembira bila mereka gembira

hye, assalamualaikummmmm! :)

thanx to semua yg wish congrats kat saya semalam
baik kt blog, kat fb, yg call pon ade, thanx much ye :)
sebelum publish tu tanya kat husband dulu boleh tak nak publish
sebabnya kan baru lagi, malas gak nak heboh2 lagi
tapi sebelum tu dia dah banyak kali tanya "syg xcite kat lam blog ke syg prgnnt?"

dah tau seminggu dah, yg pegi guardian haritu tu beli urine test tulah
sebab my period dah lewat 10 hari
mmg +ve, esoknya baru pegi klinik utk dptkan confirmation
alhamdulillah, memang +ve.. memang yg tulah kami harap2kan
lagi2 husbandku, memang sgt berharap
n bila dah confirm +ve, dialah org paling happy sekali
selalulah duk gosok2 perot ni sambil ckp "yang, ni mesti baby girl ni"
haha, pepandai je kan

tapi aku taknak terlebeh2 excited sgt, sebab baru lagi kan
cuma sekarang ni aku kena jage betol2 lah
yang masalah air slow kat umah tula aku paling lemah sekali
harapkan husband jelah angkat baldi dr sinki dapor ke bilik air
aku langsung tak bleh nak angkat
kalu aku xpreggy, dah lame aku bantai angkut air2 tu

setakat ni alhamdulillah, still boleh makan macam biase
loya2, muntah pon takde lagi,maybe baru lagi kot
org ckp jgn sebut2, nanti dan2 tu la kena kan
ehehe..dah banyak kali sebut, takde pon, takde pon *_*

selera makan jangan cakaplahh, asyik laporrr jee
pastu dalam pale otak ni macam2 nak makan
terbayang tulah, nilahh.. aissyyy.. saje jee kan :D
kemarin husbnd beli mcd, selambe bapak aku jee slrrpp air coke tuu
langsung tak ingat pape weh
air gas tak elok utk awl2 preggy kan?
harapnya takde papelah

tapi kan..sejak dah tau aku ni preggy barulah aku perasan
perot aku mmg beso weh! serius!
sebelum ni pn mmg la aku mengalami masalah perot yg boncet
tp xdelah seboncet skang ni,hehe
padahal barulah masuk 7mgu, tp klo aku selak baju ni
ermm, bulattt jee perot aku ni tau! tehee

tapi org opis aku ni sorang pon tak perasan aku preggy
pakai bju kurung tak nampak sangat kot

okeylah, dahlah tu merapu je entry nii
karang muak lak orang bace
jgn layan sgt, taulah awk tuu excited *ckp kat diri sendiri*

btw, saya mmg happy bila tgk org lain pon happy bila tau saya preggy! hikkkk :D



selingan :-

syaqir plak, bila aku cakap ade baby dalam perot aku dia buat deeekk jee, die cakap

"mane ade baby, tipu ah"

pastu dia selak baju die tunjuk perot die kat aku

"bu, baby lam perot aqir ah, baby kecik jee nii" sambil pegang2 perot die


T_______T





signsara

Tuesday, April 5, 2011

WW : alhamdulillah :)

hye, assalamualaikummmm! :)


our zuriat is 6weeks++

:)



signsara


rumah kaca katanya

hye, assalamualaikummmm! :)

hari ahad aritu keluar pegi wangsa walk
ramainya manusia, parking pon penuh
aku nak carik kasut, tapi sane tak banyak choice kan

masuk fos, carik baju syaqir 3 4 pasang
pastu terus bergerak keluar, kitorang g JJ Au2 setiawangsa
last day dah salenye haritu..huhu






eh, sebelum kua, sempatlah layan budak nii naik kete gerak2 nii..
huh! wajiblah naik kalau dah nampak mende alah tu  ^_^


sampai jee kat JJ ramai jugak manusia, aiissyy
yelah wiken kan.. sumelah pakat outing
dalam pale aku ni terus nak tuju kat atas jee, nak cari kasut tak jumpe2 lagi
'wajib' gak kena cari kasut tu tau! :D



tapi dah nampak mende alah ni plak.. inilah rupe die rumah kaca dak2 af trainin tuu..

mase ni budak2 tu baru keluar.. yo yo jelah dorang ni kan.. rumah kaca bagai..
lebih open katanya..ermm cam takk selese jee budak2 tu duk dlm tu, segenap ceruk habis sume nampak.. jgn 'plastik' sudah la kan..hehe

haa tu dorang kat lam tu ngan adlin..

tempat ni memang untuk trainin jee.. dining room takde lak..slalu af sblum ni skali ngn dining room kan..boleh tengok peel perangai sorg2 mase mentekedarah tuu... haha


google

**bercakap hal AF ni biase2 jelah, penuh ngan drama..dh boleh teka dr awal lagi, plus hos kalini Pak Nil kan.. yang paling best AF kalini pengetua diela, Amy Search kottt! uuhh, i likeeeee! :D**




signsara

Monday, April 4, 2011

nampak gaya macam kena pindah umah

hye, assalamualaikummmmmm!



kalau tengok banyak baldi bertadah air camni sebab apa? dah tentulah masalah takde air! :(  hari sabtu, masa tengah aku masak2 kat dapor, syaqir duk main mandikan ultraman dia dalam bilik air, n husband plak tengok mesin basuh, tengah pusing basuh baju.. pastu tiba2 air dalam  bilik air makin kecik.. makin lama makin kecik.. sampailah tinggal sebesor mi kuning yang kembangg!  aissyyy!

pelik betol.. sebelum tu okey jee, air kuat macam biase.. tapi aku perasan seminggu dua ni air kat sinki dapor memang kecik, tapi okey lagi laa untuk masak2.. sebelum tu air kat sinki dapor aku ni memang kuat airnya, bukak sikit dah laju airnya keluar..

baju yang berbasuh dalam mesin tu pon terpaksa angkut air dlm baldi, tuang dlm washing machine tu.. nasib baiklah husband cuti haritu, dapatlah mengangkut2, kalau aku sesorang memang tak larat lah! mane bleh nak angkat2 air lam baldi tu, berat..



aku suruh husband cek tangki, kotnyalah air kering ke ape.. sebelum tu husband pegi cek kat pili kat bawah, kotnya ade orang gatal tangan pegi tutup pili tu, tapi sume pili terbukak, takde orang tutup.. masa husband bertungkus-lumus cek tangki tu syaqir kat bawah ni bising jee mulot die :-

"ayookk, abah takde pale, ayoookk, sape buat abah..ayookk... haa abah takde pale, ibuu..  abah takde pale"


aku : errmmm.. okeeyy..abah takde pale -,-


bila husband naik atas sampai kaki pon ternaik ke atas, syaqir lagi bising :-


"haaa padan muke abah.. abah takde.. abah hilangg.. padan muka abah"

*aissyyyyyy, sabor jelah aku!*


dari hari sabtu, mandi pon kene tadah isi air lam baldi drp sinki dapor, nasib baiklah air kt sinki dapor tu okey okey lagi.. takde besar sgt tp okeylah drp dlm bilik air tuu, langsungg kecik gilerr! pelik lak asal leh jadi camtu, tapi aku ni pon 1 hal, tak inform lagi kat owner umah kitorang tu.. kalau camni gak, tak sanggup weh nak berangkut2 air, nak basuh baju n mandilah paling seksa! nasib baik kat dapor okey, kalau tak memang sah2 aku bercuti drp memasak lah! tehhee!

pindah umah pon lagi bagos kot! aiissyy, nak survey umahlah! :D




signsara

kalau harini menangis, esok akan datang bahagia tak?

hye, assalamualaikum.

orang suka tengok kita jatuh
suka tengok kita teraniaya
suka tengok kita menjadi mangsa keadaan

bila dalam situasi begitu, secekal macamanapon hati kita
akhirnya jatuh juga air mata ni
terutamanya hati seorang perempuan yang lemah macam aku
dalam keadaan yang 'begini' hati aku sangat2 cepat terusik

ya Allah, Kau cekalkanlah aku
Kau berilah aku secebis kekuatan dengan sedikit kesabaran
kerana bila aku menangis sekuat-kuatnya harini, akan datangkah kebahagiaan itu pada aku akhirnya?


aku sentiasa mengharapkan semua ini berakhir dengan kegembiraan dan kebahagiaan




**mode : sedih, sebak**




signsara

Friday, April 1, 2011

contest foto anakku ceria

hye, assalamualaikummmmmmmm! :)

1 lagi contest aku joint! tag from Kak Lieza
kalini aku joint dgn penuh harapan hop ade 'luck' lah sebab adiahnye besttttt! :D







gambar yang aku pertaruhkan adalah



nama anak : muhamad syaqir amsyar bin yusri
umur : 3 tahun
nama ibu : sarah binti abu bakar

aku nak tag :-







**aku ni selalulah over, org tu suh tag 3 je, sampai 5 aku bantai! haha

expiry date : 10 April 2011

nak tau ape adiahnya, ape syaratnya, korang boleh klik link kat atas tu tau! :)

good luck korang!




**yg bujeng pon bleh joint gak, ambik pic anak sedare korang k?**




signsara