Sunday, July 29, 2012

weekend oh weekend!

hye, assalamualaikum! :)



hari jumaat haritu kan aku halfday  sebab nak kejar *macam lari-lari pulak* ambik aqif yang demam kat taska.. sampai kat nursery dekat pukul 1 lebeh... ye.. memang demam dia tak kebah lagii.. cian sangat bucuk ibu sorang tuu.. baliklah umah aku tiga beranak.. aku, aqif n abang aqir..  cuaca haritu panasnya ya tuhan jelah tahu... terik semamcam cuaca kat kl sepanjang puasa ni kan! *dugaan puasa*


eh kenapa jadi half gambar ni? ahh abaikan janji anak dah sihat! :)


meragamm je bila demam.. biasalah budak kan.. kita mak budak ni kalau demam pon kalau leh nanges meragam nak gak meragam suruh laki layan *ada ke mcmtu? :P*



petang tu terus bawak dia gi klinik bila tengok demam dia tak kebah lagi.. ubat dah nak abis tak surut jugak panasnya... neb pon ambik sekali.. batuk dia tak hilang lagi :(  dah bagi makan ubat, madu tak kurang jugak.. normal macamtu? sekarang ni walau cuaca sangat-sangat panas, malam pon tido berkipas je, aku dah keluarkan pekeliling tak boleh on aircond kau rumah selagi adik aqif tak baik batuk *tak kejam kan :D*




malam tu tido agak aman sebab takde kekacauan daripada abang aqir *sedeh sebenarnya*.. abang aqir ikot akak aku balik kampung!  ikot hati aku cik suami release je kitorang tiga beranak nak ikot balik *dia kan keje sabtu*, tapi dah tengok keadaan aqif macamtu, bagi aqir jelah ikot..  2 hari 3 malam lah jugak tido tanpa aqir.. sunyi sepi je rasa rumah aku hari sabtu tu.. tak pernah lagi seperate ngan dia.. huhu.. pagi tadi dah sampai kl dah, lepas rindu kejap je tadi..



ni aqif hari sabtu.. alhamdulillah dah okey, dah smile-smile.. tapi suam-suam lagi badan dia... tu pon cepat turun panas badan dia sebab aku jelung kepala dia ngan air asam jawa.. badan dia pon sama *petua mak aku masa aku kecik2 dulu demam mak buat camtu gak*... alhamdulillah memang terus okey :)


dah tepuk amai-amai dah :)


olo-olo sukenyee dieeee :)



dah okey demam jum teman ibu coping! ehehe.. ri ahad kua shopping sikit *sikit? macam nak pengsan gaklah time bayor tu, masa ambik tak hengat :D*  alah shopping baju anak-anak je pon.. makpaknya belom lagii *nak jugak? :P*  shopping kat midvalley je, tak kuasa nak ke jalan tar, sogo bagai.. penoh ngan manusia.. mak tak sanggup!






**dah balik rumah baru perasan baju melayu cik suami tu kaler lain pulak, tak sama ngan aqir n aqif.. nak kena gi tukar pulak..lahaii**





Thursday, July 26, 2012

masih dalam kerisauan

hye, assalamualaikum!



kejap lagi aku nak balik, kira halfday lah.. sebab nak ambik aqif.. demam tak kebah lagi, masih panas.. risaunya hati ni tuhan jelah yang tahu.. kalau ikot hati aku malas je datang keje harini, bos bukan ada pon, petang ni baru balik dari KK.. tapi takkan nak ngelat lak.. cuti tinggal ciput paham-paham jelah..



cayang ibu tunggu ibu yee..!




to u olls, selamat berweekend, selamat masak-masak best-best sempena dah dapat gaji dan kemasukan bonos, n selamat berasak-asakan bila keluar shopping raya tu nanti k!





**jadi ke plan shopping raya weekend ni kalau aqif duk demam lagi? alaaaa :(**






Wednesday, July 25, 2012

bila ada duka, pasti ada suka

hye, assalamualaikum! :)



malam tadi aku terjaga entah pukul berapa, tapi masa tu memang waktu tengah sedap nyenyak tido! macam biasalah tersedar pon sebab aqif mintak 'nak makan'... aku sua macam biasa.. bila tangan aku tersentuh kepala n badan dia, ya Allah, panasnya badan dia! alahaiii.. cute pumpkin pie ibu ni demam lagi keeeeee??  :(



janganlah melarat-larat demam tu cayangg.. ibu ni kalau boleh sepanjang bulan puasa taknak cuti-cuti lagi dahhh... cuti ibu dah tinggal ciputttttt jeee... baru-baru nii bos ibu pon dah tanya-tanya.. asyik cuti bila anak tak sihat... boss, i have no choice... my cute pumpkin pie tu bila dia tak sihat, dia taknak orang lain, merengek jee, n yang penting nak menepekk jee nenen :D  hope he'll understand my situation.. aku bukan saja-saja nak cuti bermalas-malasan kat umah.. takk.. bukan :(



okey sambung, bila terjaga rasa dia panas sangat tu terus kejut cik suami suruh ambik air sejuk.. nak lap n tuam badan kepala dia semua... cik suami cepat-cepat bangun, dia yang lapkan n tuam badan aqif.. tq cayang :)  nanti i upah yeee? :P


 my cute pumpkin pie! cepat sembuh ye sayang!




bangun sahur macam biasa, pukul 4 setengah, pukul 5 bagikan ubat kat dia... kejap jee sejuk pastu panas balik...  dia punya merengek tu jangan cakaplaa.. tadi lambat skit hantar ke nursery, nak bagi mood dia okey, merengek sikit-sikit tu kira oraitlah boleh dah tu hantar ke nursery... mood dia okey bila abang aqir dah bangun... tengok jee muka abang, terus senyum-senyum.. comel je anak ibu 2 orang nii.. :)



abang aqir yang nakal.. ngeri tak? haha!




pung pang pung pang, pukul 11 sampai opis, nasib baik bos takde, dia ada meeting kat KK... masuk opis jee apa lagi terus online :P.. tengok masing-masing status FB pasal  bonus raya!! weeehoooo! Pak Jib bagi bonus raya setengah bulan gaji! alhamdulillah! syukur! macam durian runtuhlah, dah dapat gaji backdated 7 bulan, plus lagi bonus raya, alhamdulillah.. syukur :)



haa kan.. bila ada duka, mesti ada suka yang datang... hidup ni kan penuh suka dan duka.. duka bila anak sakit, suka bila PM bagi bonus! hikkkk





**nak gi shopping raya weekend ni, kompom penuh ngan lautan manusia kan! tau jelah kl ni camane.. ayooo**




Monday, July 23, 2012

jangan tayang pic food tau :D

hye, assalamualaikum! :)


alhamdulillah, harini dah 3 ramadan, means lagi plus minus *lebihkurang* 27 hari lagi nak raya! yayy yayy raya! (??)  baru 3 hari pose dah tergedik-gedik jerit nak dekat raya... perangai sungguh tak mumayyiss!!



eh korang, kalau bulan-bulan puasa camni kan seronok masing-masing duk mengepost entry juadah berbuka puasa kan.. masing-masing duk berlumbalah duk menayang gambar hasil masakan mereka, hasil rembatan di param mereka...  aissyyy sungguh menguji kesabaran dan keimanan aku yang senipis kulit bawang ni! sungguh! tak tipu!




pleaselah korang, dah masak tu, masak ah.. takyah tayang-tayang kat belog boleh?? *dengan gaya samseng*... pastu kawan-kawan datang tengok mulalah meleleh air lior... tengok gambar je apa ada hal kan?  kalau takat hak yang masak biasa-biasa tu okey lagilah boleh terima lagilah, sendiri pon boleh masak kan... ini yang masak luar biasa tu.. ohh mulalah berangan tak sudah *sambil joget angan tak sudah jayjay* yelah, nak buat sendiri takotnya tak seindah rupa, sesedap rasa camtu kan... kempunannnnnnn jelah sampai sudah :D



setakat dah 2 hari pose aku belom jejak ke param lagi... harini tak tahu lagi nak masak ke nak rembat kat param kee.. tengok dulu camane.. kalau agak-agak sampai umah dah pukul berapa tu, sipi-sipi nak azan tu.. memang rembat kat param jelah..



ini juadah hari 1st pose..gambar cilok fb adik aku.. sorryy.. cakap kat orang..sendiri nak tempek-tempek gak! huahuahua... lariikkkkkkkkkkkk! :D




Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan

hye, assalamualaikum! :)



sepuluh jari disusun, dari hujung rambut ke hujung kaki, seribu kemaafan kupohon kepada semua kawan-kawan seangkatan di belog ini andainya sepanjang perkenalan di alam maya ni ada entry-entry, kata-kata, komen-komen yang tidak sedap dibaca or kurang disenangi..sesungguhnya akau hanyalah manusia biasa..


sempena bulan puasa yang akan menjelang esok hari, diucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubaraq kepada semua bloggers.. semoga ramadahan kali ini memberikan seribu rahmat dan keberkatan kepada kita semua.. selamat berpuasa kawan-kawan! :)


entry wish happy ramadhan diserikan dengan wajah-wajah keletah Aqiff makan fingers food.. boleh? hehehe :D





















gigihlah dia menyuap biskut tu ke mulot dia :D







**buka puasa jangan makan sampai takleh bangun tau.. makan tu berpada-pada.. nanti baju raya tak muat.. eh, sebut baju raya baru teringat diri sendiri tak prepare pape lagi..huwaargghhh! :(**





Tuesday, July 17, 2012

wordless wednesday

hye, assalamualaikum! :)












dinner malam tadi.. masak campak-campak jee pon.. *ceh, stetment nak gempak saje*
alhamdulillah kenyang kami sekeluarga :)






**eh ada yang pose ke harini?? jangan marah no tengok gambor2 tu :P**







Monday, July 16, 2012

bergedik bersama....

hye, assalamualaikum! :)



ini kesah bulan 5..aci tak nak cite kesah basi kat sini? bulan 5 punye cerita.. tajuk nak gempak sajee walaupun realitinya aku bukanlah seorang yang gedik *tolonglah percaya*  lama punya cerita baru nak cerita tu biasalah kan... tuan belog ni kadang-kadang tak boleh baca dia punya tahap kerajinan mengupdate entry sekarang nii... tengok kawan-kawan seangkatan sunyi sepi tak berupdate lagilahh rasa malas.. hihikkk.. okey back to the story.. tengok gambor dulu ye..



henpon tak canggih maklumlah..tu pasal gambarnya tak cantik T_T


okey, now nampak tak sape tuu?  tak nampak??


haaa okeyy nampak kan?? ;D


tu jee gambar yang termampu aku ambik... contact ngan Abang Isa, photographer yang snap gambar haritu nak minta dia emelkan gambar aku bergedik-gedik di sebelah astronault nii sampai sudah tak teremel.. bizi manjangg.. nyampahh aku!  ehehe.. tu pasal tak update lagi cerita nii..hahaha





actually tu adalah Majlis Sepetang Bersama Dato' Dr Sheikh Muszapahar kat my opis.. kelas kau! ehehe... orang lain dah lama bersalam ngan astronault ni, kitorang baru merasa.. majlis tu bersempena untuk memberi semangat kepada kami sebagai penjawat awam bahawasanya dalam dunia ni tiada apa yang mustahil.. semua impian pasti akan tercapai.. InsyaAllah dengan usaha, semangat, doa dan tawakal kepadaNya.. tulah yang dikabor oleh Dato' Sheikh haritu..



buktinya??  dia kata dia pon macam-macam budak-budak kecik normal yang lain, mempunyai impian.. impiannya sejak kecik memang dia nak naik ke bulan... and sejak kecik jugak dia suka tengok langit..  dia tengok langit tu bukan sesaja tengok, nak cuci-cuci mata yee.. dia tengok dengan penuh perasaan, semangat dan iltizam dengan impian yang tersemat di jiwa semoga satu hari nanti dia dapat naik ke atas.. and, his dream came true.. he become the 1st Malaysia's Astonault! 



dengar cerita dia daripada sesi pemilihan, latihan masa tu aku rasa "ohhh! dialah lelaki sejati n paling kuat sekali!"  sebabnya ujian kemasukan tu bukan calang-calang jah!  memang tough!  hanya lelaki sejati yang kuat saja yang berjaya tempuh! ohh! ehehehe :D



selain daripada tu, haritu dia banyak share experience dia sepanjang dia kat atas kapal Soyuz tuu... ada tayangan video... tengok cara dia makan, mandi, solat.. ahh bangganya!  orang Islam berjaya naik ke angkasa lepas, melihat keagungan ciptaan Illahi.. Allahuakbar!



ceramah haritu sejam lebih jee, kejap pulak rasa, tak puas dengar cerita Dato' n tengok dato' yang hensem itu... ehehe.. akak-akak opis pula nak bergambar bukan main rakus masing-masing!  dah tak ingat laki kat rumah gamaknya, dengan selamba memeluk pinggang Dato' berposing sakan! ahaha! masing-masing takleh sorok keterujaan jumpa astronault kot..hehe



dengan habisnya ceramah Dato Dr Sheikh haritu, masing-masing dengan penuh semangat iltizam menanam keazaman bahawasanya nothing is impossible! lepas nii jangan ragu-ragu dengan impian sendiri... kejar impian supaya menjadi kenyataan! pesan Dato' Dr Sheikh..Insyaallah! :)



google
we proud of u Dato'! :)





**eh tapi kan,ada gak yang menanam azam nak jadi 2nd astronault haritu.. ehehekkk**




mihun sup bersama sambal belacan dan ayam goreng sihat walafiat

hye, assalamualaikum! :)



dah lama tak up entry masak-masak... kat dalam memory card ni tengok-tengok adalah 2 3 gambar masak-masak..berzaman duk dalam tu konon nak up kat belog tapi tak ter up pulak...  actually ni gambar aku masak minggu lepas.. makan malam hari kamis lepas, masak simple-simple jee tapi laki i kata sedapp.. motip pujian-pujian di malam jumahatt?? teeetttttttt... hahahakkk :P



nama menu ni macam kat tajuk entry :D


mihun sup


ayam goreng sihat walafiat.. namanya camtu sebab tengoklah drumstick tu..beso bapok :D


sambal belacan.. partner makan ngan mihun sup..memang terangkat! tak caya cer try!


close up lah sangat konon :P




portion kecik sudah untuk tukang masaknya :P


drumstik besar sihat walafiat ni untuk sape lagi kalau bukan untuk syaqir.. haruslah kan! spesis upin-ipin katanya! :D


alhamdulillah kenyang :)


Resipi Mihun Sup *untuk setengah bungkus mihun*

Bahan-bahan :-

1/2 bungkus mihun
1/2 biji besar dimayang
3 ulas bawang putih diketuk
bunga lawang, kayu manis *agak-agak banyak mana*
sayor-sayoran *terpulang nak pakai sayor apa - aku pakai sawi n carrot, kalo ada tauge lagi sedap*
binatang-binatang *terpulang - aku pakai ayam jee*
garam / serbuk perasa * aku letak tumix ayam*
sos tiram

Cara-cara :-

tumiskan bawang putih, bawang besar, rempah tiga sekawan hingga naik bau.. dah wangi masukkan binatang-binatang, sos tiram agak-agak dah empuk masukkan air.. didihkan dan masukkan bihun, sayor-sayoran, garam dan bahan perasa..sesuaikan rasa, bihun dah lembut boleh tutup api dan siap dihidang :)


**actually haritu aku malas nak celur mihun tu, terus aku masuk je dalam sup tu, so kena makan habis terus kalau tak mihun tu kembang, kering supnya.. so disarankan korang celur dulu mihun tu, buat asing antara mihun n supnya..



okey, sekian saja resipi untuk harini puan-puan.. selamat mencuba! :)






**lain macam jee aku tengok cara masakan aku ni kan.. dah.. jangan nak compare ngan blogger-blogger terer masak Mat Gebu, Masam Manis bagai tulah.. aku ni bukan pro macam dorang pon.. korang nak ikot cara aku boleh jee..cara yang simple tapi takleh nak jaminlah sedap ke tidok.. tapi laki i kata sedap aje..ehehehkkk**




Tuesday, July 10, 2012

wordless wednesday

hye, assalamualaikum! :)







alhamdulillah, he's getting better :)

Monday, July 9, 2012

batuk kahak

hye, assalamualaikum! :)



baru-baru ni aqif batuk kahak, dah pergi nebulizer, dah okey ..selang 3 hari..datang balik batuk kahak tu.. sampai tak boleh tido..muntah-muntah..minum susu pon kurang... risaunya hati ni tuhan jelah yang tahu.. ikutkan hati nak je aku jaga dia sampai sembuh, tak payah datang kerja nii.. tapi nak buat camane?  tuntutan kerja perlukan kita jugak... cuti nak jugak kena simpan.. *b, if u ask me now wat is my ambition , my answer is i want to be a FULLHOUSEWIFE.. get it? :(*



google



kelmarin bawak pergi klinik, ambik nebulizer lagi..kalini aku terpaksa ambil ubat-ubat sekali sebab tengok keadaan aqif teruk sangat... haritu aku berkeras ngan doctor tu tanak ubat.. ubat ni tidak digalakkan untuk baby below 1 year kan?  tapi dah sebab agak teruk, aku mengalah jugak... masa kena neb tu punyelah meraung budak tu jangan cakaplaa.. doctor cek paru-paru dia sume okey..risau sebab dia bernafas berbunyi..



semalam petang gi ambik kat nursery, sampai umah, sampailah dia tido takde dengar dia batuk dah.. alhamdulillah.. tido pon lena jee.. tapi pagi tadi bangun tido batuk pulak lagi.. ermm sayang ibu cepat sembuh ye, selagi tak sembuh ibu tak senang hati kat opis nii tau...



sekarang ni dunia modern, macam-macam penyakit.. anak sakit sikit tapi kita punya kerisauan tu melampau-lampau *ke aku je cmtu? :P*.. takot jadi yang bukan-bukan... tapi dalam hati, dalam solat tak pernah putus berdoa semoga anak-anak terlindung daripada perkara-perkara yang tidak baik dan penyakit yang berbahaya.. tapi jika itu juga yang ditentukan olehNya kita terima ia sebagai ujian...  



semalam aku google pasal batuk kahak dikalangan bayi, memang penyakit ni normal pada baby.. sikit melegakan aku..  simpom-simptom aqif sekarang adalah simptom yang normal..alhamdulillah.. doct haritu pon cakap lung dia okey.. bunyi mungkin sebab hingus tersumbat kat hidung.. 




to aqif bucuk cayang, 

cepat sembuh ye sayang! nanti kita pegi mandi pool nak? abang aqir dah lama harut kat ibu, cuma tak tersampai lagi kat abah... ehh?? ;D





Thursday, July 5, 2012

bangga sekampung dengan Ustaz Azhar Idrus (UAI) :)

hye, assalamualaikum! :)








source from Google



sapa tak kenal ustaz u-tube nii kan? Ustaz Azhar Idrus a.k.a UAI.. atau ada jugak yang panggil Ustaz Youtube... kelas kau ustaz! hehehehe... sapa yang dengar ceramah or kuliah beliau kalau tak gelak or gusi kering memang tak sah kan! dengar ceramah ustaz ni memang tak kering gusi!  selain daripada gaya penyampaiannya yang terang, jelas dan bersahaja, contoh-contoh keadaan or situasi yang diberikan bagi menjawab sesuatu hukum memang mudah diterima dan jelas kan.. yang penting unsur lawak yang bersahaja dalam loghat teganung!  sebab tu kalau tengok kat mana-mana kuliah or ceramah beliau, memang beribu-ribu jemaah... alhamdulillah :)


eh, i kan terengganuan, haruslah bangga! ustaz kegemaran ramai yang berjaya menarik minat jemaah-jemaah muda khususnya untuk lebih dekat dalam mendalami ilmu-ilmu agama dan lebih seronok ke masjid untuk mendengar kuliah agama yang disampaikan.. syukur.. paling aku banggakan kerana aku adalah sekampung dengan ustaz! orang Kappung Ladang! *sebut gaya orang teganung cakaplah wehh..hihi*


alhamdulillah! ada anak jati Kg Ladang yang berpendirian agama, sebagai orang berilmu agama dan pendakwah yang berjaya menarik perhatian dan minat masyarakat untuk mendekatkan diri ke arah ilmu agama!  "ustak, ingat saya dok??"  eh, tetiba?? ;P



dulu-dulu masa sekolah, kawan aku selalu duk cerita kat sekolah, dia selalu dengar kuliah ustaz ni kat Surau Ladang *masa tu aku tak tahu nama ustaz tu Ustaz Azhar ni*... dia cerita kat aku apa yang ustaz tu ceramah, aku dengar dia cerita pon dah bantai gelak sakan!  sehari tu aku cakaplah kat kawan aku tu, aku nak joint dengar kuliah ustaz tu kat Surau Ladang... sebab macam best, kelakar kan.. sambil tu yang penting dapat ilmu agama...  lepas tu aku ikutlah kawan aku ni dengar ceramah ustaz ni kat Surau Ladang tu... memang kelakar , best n sempoi!



now, bila UAI ni dah jadi satu fenomena, aku pon tanyalah kat kawan aku tu "Shah, ceramah ustza yang kita dengar kat Surau Ladang tu UAI ke?"  tanya kat FB je pon, kata canggih kan..ehehe.. kawan aku tu pon bagitaulah memang UAI... dia kata tak sangka UAI tu dah femes habis sekarang ni sampai dah jadi macam satu fenomena! 



masa tu barulah aku ingat muka dia camane sume, pastu masa bulan puasa zaman aku sekolah dedulu selalu gi ambik bubur lambuk kat Surau Ladang... UAI nilah yang tukang cedokkan bubur lambuk tu dalam bekas kitorang... masa tu ustaz muda lagi... hensem kau! hidung terletak...hehehe.. masa ambik bubur tu plak selalu mintak nak lebih "bang, letok lebeh sket bang"... hahaha! Abang tu aku panggil, kau ada? hehehekk :P



apa pon, aku harapkan UAI terus success dalam menyampaikan ilmu agama beliau... dan kita yang mendengar biarlah mengambil segala ilmu yang disampaikan sebagai panduan dan amalan bersama...  mungkin ustaz ni sense of humour... cara penyampaian dia memang bersahaja dan kelakar.. tapi kalau dia serius pon orang boleh terima dan seronok mendengarnya kan ;)



sekali lagi aku nak cakap, sebagai orang Kampung Ladang, aku memang bangga!  gud luck ustak! :)





jom sama-sama like fb UAI  disini







Tuesday, July 3, 2012

wordless wednesday

hye, assalamualaikum! :)































boleh klasifikasikan sbg kes dera tak??!!  ni Ateh punya kerja... cian adik Aqif tauuu! :D





**Ateh tu my kakak**